Arkib | June, 2006

Doa Selamat Ibu

Posted on 30 June 2006 by mazudi


Dulu sebelum balik Tawau ingat nak buat sikit majlis doa selamat untuk ibu supaya nanti dia kandungannya takder problem dan nanti masa bersalin nanti pun insya allah takder apa apa. Tapi time tu dah start cuti dan ramai pulak kengkawan yang balik kampung, so cancel jer majlis tu kat KK.

Hari ni ibu cadangkan untuk buat jer bacaan doa selamat tu kat rumah ni pastu sama sama family kami jer yang baca surah yassin dan baca doa selamat. Jadi hari ni keluar ngan ibu untuk beli ayam dan apa apa peralatan untuk makan malam nanti.

Nenek masak masakan special dia, soto jawa tu. Disamping tu ada la sikit lauk yang lain untuk dihidangkan bersama ngan nasik juga.

Lepas Isyak kami sama sama baca surah Yassin yang diketuai oleh Ustad dan kami kami semua, atuk, Rahman dan sorang Mas dari rumah sebelah.

Comments (0)

Pusing Tawau

Posted on 27 June 2006 by mazudi


Pagi ni takder mender nak buat so bawak Syafique jenjalan pusing bandar Tawau. Tujuan asal dia nak gi isi minyak kereta jer, terlanjur dah tu, so pusing pusing jer la.

Bandar dia ni tak besar sangat, dalam 20 minit dah abis la pusing satu bandar. Tapi ok jugak la, banyak aktiviti yang ada kat sini.

Kat Tawau ada satu Port yang ulang alik ke Nunukan di Indonesia. So, ramai orang Indon yang masuk Sabah ni kebanyakan nya melalui pelabuhan ni. Nak cop passport pun kena ikut pelabuhan ni. Semalam bawak dua orang kerja dengan nenek Syfique balik chop passport ke Nunukan.

View pantai dia cantik, tapi bukan untuk mandi. Dah kotor kot sebab kat sebelah dia ada satu kampung nama dia kampung Icebox ( yer, peti sejuk), yang dibuat kat tepi laut, yang kebanyakan orang Indon ngan Filipin. Nama pantai tu dia orang panggil Highway jer. Ada tempat lepakjugak kat situ. Ok jugak la.

Sempat singgah ambik gambar Syafique kat situ.

Comments (0)

Balik Tawau

Posted on 27 June 2006 by mazudi

Ini view dari belakang rumah Atuk

Dah lama tak balik Tawau. Sementara cuti ni bawak Syafique ngan Faeiz jumpa Atuk dan Nenek serta semua sedara dia kat kampung.

Bertolak dari KK jam 9.30am sampai kat Tawau dah dekat jam 6.00pm. Boleh tahan jugak drive.
Tak banyak plan yang nak dibuat kat Tawau. Cuma nak balik kampung pastu relax betul betul. Tapi tu la, sesampai jer banyak pula citer yang nak dibuat. Ok la, at least takder pulak terperuk kat rumah jer.

Comments (0)

Tamu Tamparuli

Posted on 21 June 2006 by mazudi


Kat Belakang Faeiz Tu Jambatan Tamparuli

Hari Rabu ada tamu di Tamparuli. Kebetulan hari tu Hishamudin dari Politeknik Kuching datang nak naik Gunung Kinabalu pastu nak gi Rumah Anak Yatim kat Tuaran, so sementara dia naik gunung, dia pesan suruh cari anak pokok mangga ngan pokok jambu.

Semalam ada pergi cari kat nursery tapi semua pun besar besar punya pokok. Since hari ni ad tamu kat Tamparuli so carik kat sini la. Dapat pulak anak pokok mangga epal ngan satu lagi mangga Manila. Pokok jambu air kaler merah pun dapat jugak.

Comments (0)

Tamu Jalan Gaya

Posted on 18 June 2006 by mazudi


Setiap hari minggu ada tamu kat KK, kat Jalan Gaya. Dah lama tak pergi sebab dulu dulu, time awal awal kawen dulu boleh dikatakan tiap tiap minggu pergi sana.

Minggu ni sebab takder apa nak dibuat dan wife pun dah lama tak keluar rumah, so dia mintak gi tamu. Semua nya pun masih macam dulu dulu jugak. Susah cari parking dan crowded. Kalau awal awal datang dulu syok datang sini sebab banyak benda pelik pelik yang ada, tapi sekarang dah jadi biasa pulak.

Tapi yang best sekarang, kalau dulu Syafique ngan Faeiz kena dukung, sekarang dua dua dah pandai jalan sendiri.

Tak lama tu, beberapa bulan lagi kalau datang sini, ada pulak adik dia orang yang nak kena dukung.

Comments (0)

Sleep

Posted on 16 June 2006 by mazudi


Sleep is the regular state of natural rest observed in all mammals, birds, and fish. Sleep is not actually “unconsciousness,” but rather, it is a natural state of rest characterized by a reduction in voluntary body movement, decreased reaction to external stimuli, an increased rate of anabolism (the synthesis of cell structures), and a decreased rate of catabolism (the breakdown of cell structures). Therefore, since consciousness is literally the awareness of the surroundings, being asleep is just an altered state of consciousness, as opposed to being unconscious. It is heavily influenced by circadian rhythms and by hormonal and environmental factors. Sleep performs a restorative function for the brain and body as evidenced by the myriad symptoms of metabolic dysfunction that result when animals are deprived of sleep.

From Wikipedia, the free encyclopedia

Semalam diaorang tidur awal, pukul 7.00pm, pastu Syafique bangun balik pukul 9.30, bukak Channel cartoon kat dia. Pukul 10.30, baru nak start tidur, Faeiz pulak terjaga, ikut abang dia layan cartoon. Pukul 1.00am, terkejut dengar dua dua ketawa mengilai, rupa rupa masih lagi layan cartoon. Dekat pukul 2.00 am, tersedar lagi sekali, bergaduh pulak dua orang tu.

Pagi tadi bangun, dua dua lentok. Tah pukul berapa bangun tak tau pagi ni.

Comments (0)

 

HAPPY-O-Meter


BLOGGER

    Loading...

ADS

MESEJ

ADS

BLOG INFO

Ranking

  • Pagerank :3/10
    AlexaRank :1,190,688
    Technorati :262,934

  • Backlink

  • Google :32
    Yahoo :0
    AltaVista :956
    AllTheWeb :186
    AOL :0

  • RSS Subscriber

  • Feedburner :0

Statistik

  • Comment :763
    Post :580
    Hits :  2086

META