Bookmark and Share


Twitter » 

Arkib : June 2006

Sleep

16 June 2006 | 3:17 am


Sleep is the regular state of natural rest observed in all mammals, birds, and fish. Sleep is not actually “unconsciousness,” but rather, it is a natural state of rest characterized by a reduction in voluntary body movement, decreased reaction to external stimuli, an increased rate of anabolism (the synthesis of cell structures), and a decreased rate of catabolism (the breakdown of cell structures). Therefore, since consciousness is literally the awareness of the surroundings, being asleep is just an altered state of consciousness, as opposed to being unconscious. It is heavily influenced by circadian rhythms and by hormonal and environmental factors. Sleep performs a restorative function for the brain and body as evidenced by the myriad symptoms of metabolic dysfunction that result when animals are deprived of sleep.

From Wikipedia, the free encyclopedia

Semalam diaorang tidur awal, pukul 7.00pm, pastu Syafique bangun balik pukul 9.30, bukak Channel cartoon kat dia. Pukul 10.30, baru nak start tidur, Faeiz pulak terjaga, ikut abang dia layan cartoon. Pukul 1.00am, terkejut dengar dua dua ketawa mengilai, rupa rupa masih lagi layan cartoon. Dekat pukul 2.00 am, tersedar lagi sekali, bergaduh pulak dua orang tu.

Pagi tadi bangun, dua dua lentok. Tah pukul berapa bangun tak tau pagi ni.

Marking Paper

13 June 2006 | 3:51 am


Marking paper ni pun dia ada sains dia tau. Setakat study ni dibuat, didapati brader kat atas ni mempunyai sistem marking yang paling best.

En. Syahrul Azmin: Work Study On Final Exam Paper’s Marking

Arrangment paper kena ikut kat bawah, sila rujuk gambar kat atas, kategori dia:
1. Belum marking
2. Soalan
3. Skema Jawapan
4. Partially mark
5. Sedang marking
6. Ration.

Kaedah Marking.

1. Ambik paper yang belum marking pakai tangan kanan.
2. Rujuk Soalan kat depan
3. Rujuk Skema jawapan kat sebelah soalan
4. Marking dan kasi markah
5. Susun paper yang dah marking kat area partially mark
6. Ambik ration (air tin ker apa ker), minum.
7. Ulang langkah (1), sampai habis marking.

*Kalaula ada 150 paper yang nak kena marking, agak agak berapa kali kena pergi tandas eek?

Playground

11 June 2006 | 1:47 pm


Lately ni hujan pulak kalau sebelah petang. Hari ni kebetulan tak pulak hujan so bawak Syafique ngan Faeiz main kat playground kat depan rumah. Dah lama dia orang tak main kat situ. Hari hari main game kat CartoonNetwork.com, dari pagi sampai petang, kengkadang bawak ke malam.

Seronok la dia orang kalau bawak kat sini sebab ada ramai kawan-kawan. Kalau nak tengok camana Syafique bersosial ngan kengkawan dia, tengok kat playground ni la. Faeiz mengikut jer apa yang abang dia buat.

Hari ni tak sampai sejam main kat situ. Faeiz terkencing dalam seluar.

E.X.A.M

9 June 2006 | 2:16 am


Minggu ni start final exam sampai minggu depan. Aku kalau ikut jadual kena jaga tiga kali. Dah abis dah dua kali, hari Rabu ngan hari Khamis hari tu. Tinggal sekali lagi next week.

Kalau nak tahu, boring sebenarnya jaga exam ni. Dua jam tercanguk kat situ.

Minggu ni jugak ada audit inventori untuk jabatan. Kena audit Jabatan Elektrik ngan Pentadbiran. Baru sekejap tadi abis kat Pentadbiran. Petang ni ada meeting untuk conclusion.

BAS

7 June 2006 | 7:25 am


Awal awal datang KK dulu terasa peliknya jugak. Apa yang dipanggil bas kat sini kebanyakannya adalah van. Tapi dia ada tulis la kat badan bas tu “Bas Mini”, pastu ada kawasan kawasan yang dia masuk. Bukan kat KK saja boleh jumpa ngan bas macm ni, almost semua town kat Sabah ni, inilah bas dia. Ada la jugak yang bas mini betul, tapi tak banyak, kalau ada pun kat area bandar KK tu jer.

Dalam hidup aku kat KK ni baru sekali jer naik bas mini ni, masa belum kawen dulu, time tinggal kat Kingfisher dulu. Terasa pelik jugak. Bas dia mana ada konduktor yang kutip tiket tu, tiket pun takder, main bayar kat drebar jer. Time tu aku pulak yang terasa kampung, tak pernah naik bas.

Anyway, gambar kat atas tu sebenarnya, view dari tingkap opis aku. Bus stand kat luar pagar Politeknik KK. Hari hari tengok gelagat drebar bas, tengok student poli yang naik bas dan tengok awek poli yang kalau keluar naik bas majoriti dia totally berbeza dengan apa yang kita kenal kat kelas, dengan dressing dia laa.

Tapi satu kena respek ngan abang drebar bas ni, dia orang pandai jaga tempat ni. Biasa pagi pagi tu ada la nampak sorang dua geng geng drebar bas ni yang sapu sampah kat area ni. Bus stand ni sebenarnya Politeknik KK yang buat, tapi ok la sebab dia orang boleh maintain kebersihan kat situ.

Page 2 of 3
«123»