Arkib | July, 2006

Hobi

Posted on 29 July 2006 by mazudi


Tadi petang boss call kasi tau yang ada pegawai dari Dungun yang datang ke KK. Boss call sebab dia orang plan nak naik Gunung Kinabalu. So, dia ingat aku orang yang tau camana nak arrange mender ni sebab aku dah banyak kali naik. Boss aku tak tau apa apa pasal ni.

Malam tadi kami keluar makan kat KK, ambik dia orang kat Le Meridien Hotel pastu bawak gi makan kat Anjung Senja. Sambil sambil makan aku citer la kat dia orang macam mana prosedur nak naik gunung semua. At last aku yang kena uruskan juga sebab besok weekend, opis Kinabalu Park kat KK tutup, hari Isnin dia orang punya flight.

Citer punya citer, sampai la ke part kenapa orang suka naik gunung.

Boss : Apa sebenarnya yang korang dapat berjalan kaki jauh jauh naik gunung ni?

Pegawai : Tah la, macam orang bodoh ada jugak aku rasa. Naik gunung tinggi tinggi, jalan jauh jauh, bukan dapat apa pun, letih ngan sakit badan ada la. Tapi aku kalau lama tak naik, macam gian pulak.

Aku : Yer la. Rasa nya apa yang buat gian saya naik gunung ni pasal apa yang saya boleh lihat kat atas sana, dia punya bau, dia punya rasa, itu la yang best dan takleh nak citer kat orang lain.

Boss : Alaa, sama ngan orang main golf juga. Tak ker giler. Pukul bola sorang sorang, pastu gi carik bola tu sorang sorang, abis pusing padang nak carik lubang. Giler!

Dan gelak besar la kami kat situ dengar statement boss aku.

Tiba-tiba, tah dari mana mana.

Encik X : Saudara, sebenarnya saudara semua ni silap. Sebenarnya golf ni…..bla bla (berhujah la dia tentang kebaikan main golf dengan menggunakan istilah istilah pelik yang digunakan dalam permainan golf tu yang kami semua tak paham.)

Pegawai, Boss, Aku : Senyum, angguk dan buat bodoh.

Moral : Jangan memperkecilkan hobi orang lain kalau kita tak minat, nanti ada orang dari meja sebelah akan naik angin.

Comments (0)

Situasi

Posted on 27 July 2006 by mazudi


Salah satu subjek yang aku kena ajar semester ni ialah Aplikasi Komputer untuk semester satu. Subjek pasal penggunaan asas komputer seperti MSWord, MS Excell dan Powerpoint. Pagi tadi dah start masuk kelas dan kena buat intro pasal komputer ni la, dia punya sejarah, apa yang ada kat dalam komputer dan macam macam lagi yang basic basic tu.

Disebabkan student untuk kelas ni ramai pastu kena buat kat lab computer, so aku berkongsi mengajar dengan satu pensyarah lain. Pada masa pembahagian subjek kat lecturer, kadang kadang orang yang bagi subjek tu tak tengok background kita. Main bubuh jer.

Pensyarah : Aku tak berapa boleh ajar subjek ni nih.
Aku : Ala senang jer, semua pun yang basic basic jer ni.
Pensyarah : (Ambil nota kat meja aku, buka dan baca)
Aku : Tengok la, benda biasa yang ko dah selalu pakai jer pun.
Pensyarah : Reboot ni apa? Hoh, Spreadsheet ni lagi la, mender nih?

Last semester, dalam situasi yang lain.

Aku dipaksa untuk menyertai perlawanan badminton antara staff kat Politeknik ni. Aku kena main double dengan satu lagi kawan yang lain yang ada ranking dalam badminton kat tempat ni.

Kawan : Kau jangan risau. Main jer, bukan susah pun, shuttle datang ko tebas jer la.
Aku : Aku sejak dari tingkatan dua dulu lagi tak pernah main badminton ni.
Kawan : Ala yang penting ko boleh pukul jer.
Aku : Kalau nak servis, aku kena duduk sebelah mana eek? Point dia caner kira eek kalau main beregu ni?

Dan perlawanan tu pun berjalan, dan kami kena main empat game, dan keempat empat game tu pun kami kalah, disebabkan oleh aku yang tak dapat nak tebas shuttle tu dalam apa jua posisi dia datang. Ada perasaan yang teruk sangat kat dalam hati aku. Mana dengan kena marah kat kawan tu lagi.

Hari ni, aku paham situasi pensyarah pembantu aku ni. Aku biarkan dia bertenang dan aku masuk kelas sorang sorang.

Comments (0)

Cerita

Posted on 26 July 2006 by mazudi

Masa tengah meeting Penyelaras Kelab dan Persatuan Ko-Kurikulum tadi sorang kawan tegur aku sebab aku keluarkan kamera. “Hati hati sket ngan Mazudi ni, nanti esok gambar kau keluar kat internet”. Bila meeting dekat nak abis dia datang kat aku bertanya, “Apa citer kau nak tulis kat blog kau hari ni? Caner ko boleh ada idea nak cerita eek?”

Teringat aku kat satu kawan. Dia orang IT, ngajo kat kolej IT dan berjiwa IT. Dia ni kira tempat aku rujuk bila coding script aku huru hara. Bagi orang IT ni, blogging tu kira dia punya lifestyle kot.
Cerita ni berlaku sebulan lepas.

Geek: Aku takder blog.
Aku : Ok.
Geek : Tadi aku dapat satu resume mamat ni, apply kijer kat kolej aku. Budak IT gak.
Aku: Ok.
Geek : Aku search kat google, dan terjumpa la blog dia kat myspace.
Aku : Ok.
Geek : Kau tahu apa. Dia suka clubbing. Hampir semua bar dan club kat KK ni dia tahu. Pastu ada jugak gambar dia yang tengah enjoy ngan awek. Macam macam jenis awek dan ramai pulak tu.
Aku : Ok

Dua minggu lepas, sambil makan goreng pisang kat Likas.

Geek : Aku dah interview budak tu.
Aku : Ok
Geek : Nampak baik dan pandai pulak.
Aku : Ok
Geek : Hari isnin ni dia start kijer.
Aku : Hmm…

Kan dah dapat satu lagi cerita.

Comments (0)

Matematik

Posted on 25 July 2006 by mazudi


Hari ni start Program Intensif Matematik untuk pelajar baru semester satu. Bergegas datang ofis pagi pagi tadi nak bagi nota kat lecturer untuk edar kat student. Program ni bertujuan untuk pengukuhan matematik dia orang. Apa yang diajar adalah modul modul yang simple peringkat sekolah menengah dulu.

Selepas pukul 10.00 tadi sorang lecturer masuk bilik aku dalam keadaan yang tensen dan nak smoking.

Lecturer : Teruk la. Dari mana dia orang ni datang tah. Sapa cikgu dia tak tau.
Aku : Kenapa?
Lecturer : Nak kira campur nombor pecahan pun takleh. Tu tak masuk lagi tolak ngan darab.
Aku : hiyaa…abis macam mana nak belajar math untuk engineering ni?
Lecturer: Esok esok kau tengok la, nak tukar titik perpuluhan pun tak pandai tu.
Aku : Mati laa.

Sapa yang salah dan sapa yang jadik mangsa.
Dari 50 student dalam satu kursus tu cuma ada kurang dari 10 orang yang mathematic SPM dia dapat 5 kebawah. Yang lain 7 ngan 8. Disebabkan nak memperbanyakkan kemasukan pelajar, ini jadi dia. Mungkin juga passing mark time SPM dulu diturunkan graf dia. Tak tau la.

Satu masa nanti bila budak budak ni graduate, ada ker orang nak ambik pekerja yang bila ditanya (1/4 + 1/2) kena cari calculator dulu baru boleh bagi jawapan.

Mati laa.

Comments (0)

Prasarana

Posted on 24 July 2006 by mazudi


Last semester kami propose ke pihak admin untuk adakan beberapa kemudahan pelajar kat jabatan kami. Mintak disediakan satu ruang student center kat tempat yang kami cadangkan. Pagi tadi boss cakap partially dah approve dah cuma tunggu duit. Selain dari student center tu diselitkan jugak dengan projek untuk tanam pokok kat sekitar jabatan kami ni.

Aku : Boss, kenapa kita tak tanam jer pokok durian ker, mangga ker, jambu ker kat area ni boss.
Boss : Tak boleh. Dah ada dalam general order yang kawasan jabatan kerajaan macam ni takleh tanam dengan pokok yang mengeluarkan hasil.
Aku : Kenapa boss?
Boss : Tak tahu. Itu orang dulu dulu punya citer.

Aku pun terpikir. Apa logiknya eek, sampai keluar G.O untuk mender yang simple macam tu. Sebab tu la semua kawasan ni ditanam dengan pokok yang tah apa apa.

Mungkin alasan dia, kalau dia tanam durian kat kawasan tempat kerja macam ni, kalau durian tu berbuah 15 tahun kemudian, dan pada masa tu dia dah pencen, maka dia takleh merasa la buah durian yang dia tanam. So, bagus kalau buat G.O supaya jangan tanam pokok yang mengeluarkan hasil. Mungkin la!

Kenapa kita selalu beri alasan “tak boleh” sebelum sesuatu benda tu dilaksanakan?

Comments (0)

Kiulu

Posted on 23 July 2006 by mazudi


Kiulu adalah satu kampung dekat Tamparuli. Penduduk dia orang dusun. Kat sini ada satu sungai yang cantik dan sejuk air dia, dipanggil Sungai Kiulu. Kat sini juga famous dengan white water rafting selain dari Sungai Padas.

Dulu aku selalu buat aktiviti student kat sini. Bawak student camping pastu organise aktiviti macam bengkel, motivasi atau camping biasa untuk suka suka. Awal awal dulu tak banyak kemudahan yang ada dan tak banyak aktiviti yang dibuat kat sini. So ada juga kemudahan prasarana yang ada kat situ kami yang sumbangkan. Ini macam signboard, tempat rehat dan tanam tanam pokok.

Sekarang tempat ni dah ramai yang datang. Banyak aktiviti dari Unit Ko-kurikulum sekolah Sabah yang buat kat sini. Mild Seven pun ada ambik trek sini untuk Mild Seven Outdoor Quest.
Sekarang juga dah ada Kiulu 4M Challenge yang dia buat secara tahunan. Tempat yang bagus juga untuk mountain bike.

Semalam aku bawak anak anak gi mandi kat sini. Dah banyak kemudahan yang ada nampaknya. Pondok tempat rehat dah banyak. Dah ada stage yang dia orang buat untuk buat persembahan. Ada juga nampak dia orang tengah buat tempat penginapan. Padang pun dah terjaga, rumput pendek dan bersih.

Bangga pulak nampak pokok ceri yang kami tanam dulu dah besar dan terjaga. Signboard yang kami pasang dulu pun masih ada kat situ.

Macam biasa jugak Syafique masih takut masuk sungai.

Comments (0)

 

HAPPY-O-Meter


BLOGGER

    Loading...

ADS

MESEJ

ADS

BLOG INFO

Ranking

  • Pagerank :3/10
    AlexaRank :1,190,688
    Technorati :262,935

  • Backlink

  • Google :32
    Yahoo :0
    AltaVista :889
    AllTheWeb :184
    AOL :0

  • RSS Subscriber

  • Feedburner :0

Statistik

  • Comment :763
    Post :580
    Hits :  1447

META