Cerita
Masa tengah meeting Penyelaras Kelab dan Persatuan Ko-Kurikulum tadi sorang kawan tegur aku sebab aku keluarkan kamera. “Hati hati sket ngan Mazudi ni, nanti esok gambar kau keluar kat internet”. Bila meeting dekat nak abis dia datang kat aku bertanya, “Apa citer kau nak tulis kat blog kau hari ni? Caner ko boleh ada idea nak cerita eek?”
Teringat aku kat satu kawan. Dia orang IT, ngajo kat kolej IT dan berjiwa IT. Dia ni kira tempat aku rujuk bila coding script aku huru hara. Bagi orang IT ni, blogging tu kira dia punya lifestyle kot.
Cerita ni berlaku sebulan lepas.
Geek: Aku takder blog.
Aku : Ok.
Geek : Tadi aku dapat satu resume mamat ni, apply kijer kat kolej aku. Budak IT gak.
Aku: Ok.
Geek : Aku search kat google, dan terjumpa la blog dia kat myspace.
Aku : Ok.
Geek : Kau tahu apa. Dia suka clubbing. Hampir semua bar dan club kat KK ni dia tahu. Pastu ada jugak gambar dia yang tengah enjoy ngan awek. Macam macam jenis awek dan ramai pulak tu.
Aku : Ok
Dua minggu lepas, sambil makan goreng pisang kat Likas.
Geek : Aku dah interview budak tu.
Aku : Ok
Geek : Nampak baik dan pandai pulak.
Aku : Ok
Geek : Hari isnin ni dia start kijer.
Aku : Hmm…
Kan dah dapat satu lagi cerita.
Artikel Yang Berkaitan
» Radio Frequency kat Dungun
» Retro 1
» Smile And Play Fool
» Moral Dari Lawak
» Bila Ada Tekanan
» Masalah Mereka
» Aplikasi
» Balik Kampung

















