Bookmark and Share


Twitter » 

Arkib : July 2006

Kiulu

23 July 2006 | 3:49 am


Kiulu adalah satu kampung dekat Tamparuli. Penduduk dia orang dusun. Kat sini ada satu sungai yang cantik dan sejuk air dia, dipanggil Sungai Kiulu. Kat sini juga famous dengan white water rafting selain dari Sungai Padas.

Dulu aku selalu buat aktiviti student kat sini. Bawak student camping pastu organise aktiviti macam bengkel, motivasi atau camping biasa untuk suka suka. Awal awal dulu tak banyak kemudahan yang ada dan tak banyak aktiviti yang dibuat kat sini. So ada juga kemudahan prasarana yang ada kat situ kami yang sumbangkan. Ini macam signboard, tempat rehat dan tanam tanam pokok.

Sekarang tempat ni dah ramai yang datang. Banyak aktiviti dari Unit Ko-kurikulum sekolah Sabah yang buat kat sini. Mild Seven pun ada ambik trek sini untuk Mild Seven Outdoor Quest.
Sekarang juga dah ada Kiulu 4M Challenge yang dia buat secara tahunan. Tempat yang bagus juga untuk mountain bike.

Semalam aku bawak anak anak gi mandi kat sini. Dah banyak kemudahan yang ada nampaknya. Pondok tempat rehat dah banyak. Dah ada stage yang dia orang buat untuk buat persembahan. Ada juga nampak dia orang tengah buat tempat penginapan. Padang pun dah terjaga, rumput pendek dan bersih.

Bangga pulak nampak pokok ceri yang kami tanam dulu dah besar dan terjaga. Signboard yang kami pasang dulu pun masih ada kat situ.

Macam biasa jugak Syafique masih takut masuk sungai.

Tamak

21 July 2006 | 12:38 pm


Hari ni ada pendaftaran modul untuk student lama. Semalam dapat surat suruh jaga pendaftaran student ni kat library.

8:30 :Sampai tempat pendaftaran tu, makan karipap dengan kek lapis yang disediakan.
8:45 : Onn laptop dan login ke sistem pendaftaran modul tu.
8:50 : Turun bawah cari port nak smoking.
9:05 : Naik balik dan tengok semua laptop dah ada orang yang jaga, laptop yang aku onn kan tadi pun dah diambil.

Saya : Sapa yang jaga kat computer ni?
Kawan : Aku! Jangan ngada ngada nak ambik. Sapa suruh datang lambat.
Saya : (Diam, dalam hati :”kena marah ker ni?”)

9:30 : Pendaftaran bermula. Aku takder kerja nak buat.
9:35 : Secara diam diam balik opis layan blog kawan kawan.
11.30 : Datang balik tempat pendaftaran, tunjuk muka, nanti orang cakap aku takder plak.

12.00 : Pendaftaran tamat.

Kawan : Mana boleh dia buat macam ni, 4 jam aku direct kat pc tu, nak kencing pun takleh.
Saya : Yer la.

Pesan atuk aku : “Buat kerja jangan tamak”.

Sesi Julai 2006

20 July 2006 | 2:09 am


Minggu ni start kerja balik. Rasa macam hidup balik sebab cuti baru ni banyak masa yang memboringkan selain dari balik kampung seminggu tu. Tapi, at least banyak jugak masa boleh spend dengan family. Sayangi keluarga.

So start awal minggu hari tu dengan registration student baru, setengah hari jugak kat sana. Time table pun hari Selasa baru ni dah dapat. Nampak macam pelik sikit sebab ada hari yang ada kelas sampai jam 5.15pm, hari Isnin ngan Selasa. Computer Application sampai tiga kelas kena ambik campur satu kelas Material Tech. Total semua sekali 15 jam.

Semalam dapat paper work dari JMSK dia orang suruh buat Intensif Matematik kat student baru on 24 dan 25 Julai ni. Pagi tadi dah setel ngan schedule lecturer yang kena buat kelas intensif tu. Boss pun dah endorse, dah tampal pun.

Next two week, 3 - 4 Ogos, Syahrulazmin suruh buat kursus untuk Metallurgy Testing, complete dari Heat treatment sampai hardness testing, insyaallah. Semalam dia suruh aku cadangkan date untuk kursus ni dan dah proposepun. Harap-harap takder problem.

Well, blog pun dah ada skin baru. Ambik setengah hari jugak semalam nak setup dan masukkan semua yang ada dari template yang lama dulu.

Allergy

18 July 2006 | 11:26 am


Weekend hari tu Makcik Atai ada datang rumah. Dia bawak lauk apa semua datang masak kat rumah kami. Ikan, sotong dan macam macam lagi yang dibawak. Lepas masak dan makan dia orang pun balik semula ke Kinarut.

Malam tu ibu terperasan ada dua tiga biji macam ruam kat muka Faez. Aku ingatkan biji gatal kena gigit nyamuk, so buat biasa jer la. Pagi semalam Faeiz bangun awal nak terkencing. Bila angkat baju dia nak bukak seluar, dah ternampak biji biji kaler merah kat dada dia.

Memang kita orang punya first expectation campak dah.

Ibu call nenek dia kat Tawau. Dia orang panggil kerumut. Cara nak kasik keluar dia: Jangan mandi, minum air kelapa pastu pakai baju kaler gelap dan warna yang terang terang dilarang sama sekali. Kalau nanti dah abis keluar satu badan, disuruh pulak mandi air rebusan daun peria supaya tak berparut.

Pastu aku call pulak kat nenek dia di Kelantan. Dia orang pulak panggil Bunga Rambai. Cara
nak kasik hilang, dia cakap, jangan kasik mandi pakai sabun, jangan cakap dengan dia kuat kuat, takleh makan telur dan mender berminyak. Pastu disuruh minum air kelapa time ruam tu dah penuh kat badan.

So semalam Faeiz tak mandi satu hari dan di pakaikan dengan baju kaler hitam. Petang tu aku gi beli air kelapa muda untuk dia minum sebab petang tu ruam dah macam penuh kat badan dia. Yang best Faeiz dapat minum setengah gelas jer, yang balance dia ibu dia tolong abiskan.

Hari ni bawak Faeiz gi klinik Tuaran. (Ingatkan dari semalam nak bawak, cari surat beranak tak jumpa pulak, pagi ni baru jumpa). Masa tu memang confiden dengan campak atau kerumut atau bunga rambai tu la. Doktor suruh buat blood test. Nak tengok ya atau tidak. Selepas buat test tu baru tau Faeiz sebenarnya allergy dekat sesuatu yang dia makan. Doktor kasik ubat untuk disapu kat seluruh badan Faeiz, sambil tu sempat jugak dikasik faeiz minum ubat cacing kat hospital tu tadi.

Baru ibu teringat, rupanya sotong yang dimasak oleh makcik Atai hari tu. Bukan sotong biasa, tapi macam sotong kurita tapi saiz nyer kecik.

Terima kasih untuk petua dari nenek Tawau dan nenek Kelantan.

Istilah

15 July 2006 | 12:38 am


Syafique akan duduk depan PC ni at least 2 jam sehari. Apa yang dia buat ialah main game kat cartoon network. Banyak game yang dia tahu dan dia dah pandai ajar kita balik. Banyak jugak term pasal IT yang dia tahu.

Semalam kat depan PC bila aku buat kerja.

Syafique: Ayah main game apa tu?
Ayah : Ayah bukan main game, ayah buat kerja pejabat.
Syafique: Ooo.. ayah main game kerja pejabat.

Semua benda yang boleh dioperasikan dengan PC ni dia anggap sebagai game.

Page 2 of 4
«1234»