Bookmark and Share

11
user

Lelong barang permainan
Dapatkan permainan berkualiti dari jenama yang terkenal. Harga boleh runding.

Penilaian

8 August 2006 | 10:03 am  |   405 pembaca. Blogspot


Masuk opis lepas abis kelas tadi baca satu memo kat atas meja. Memo pasal interview dan penilaian budak yang habis practical.

A.

Kamal telah menajalani latihan industri di sebuah syarikat kepunyaan pak cik nya di bandar Tawau. Tempat praktikal dia dekat dengan rumahnya dan dia tiada masalah untuk hadir ke tempat latihan setiap hari.

Sewaktu buat lawatan, selepas bertanya dan menginterview pengurus syarikat tersebut, merangkap pakcik beliau tu, didapati beliau telah menjalani latihan dengan begitu cemerlang. Tidak ada masalah dengan kerja. Mengikut pemerhatian pensyarah itu juga pemakaian beliau juga cukup kemas pada hari lawatan tersebut, sedangkan syarikat tersebut adalah adalah sebuah bengkel mesin yang service enjin jentera berat.

Bila diminta untuk melihat buku catatan harian nya, beliau tertanya tanya kepada kerani kat pejabat. Namun begitu, buku itu cukup lengkap dan kemas sekali.

B.

Asrul telah menjalani latihan industri di satu kawasan perindustrian di Kolombong, Kota Kinabalu. Syarikat tempat beliau menjalani praktikal adalah satu syarikat multinasional dengan operasi utama adalah pemasangan badan kenderaan. Beliau berasal dari Sandakan dan tidak mempunyai saudara mara di KK, oleh itu beliau terpaksa menyewa satu rumah bersama pekerja kilang ditempatnya.

Sewaktu buat lawatan, selepas bertanya dan menginterview pengurus syarikat tersebut, yang bahasa melayu yang boleh diucapkannya hanyalah “ok”. Didapati Asrul mendatangkan banyak masalah kepada syarikat, ini termasuklah dari segi kedatangan, kebolehan beliau serta pergaulan dengan rakan sekerja.

Bila diminta untuk berjumpa Asrul ditempat kerjanya, didapati pemakaiannya sungguh tidak menampakkan identiti seorang pelajar, dengan minyak enjin penuh dekat overall beliau. Pada masa pertemuan itu, beliau sedang melakukan kerja pemesinan menggunakan mesin larik.
Bila diminta untuk melihat buku catatan harian nya, didapati buku itu telah lusuh dengan minyak dan didalam nya penuh dengan sketching machine part.

C.

Penilaian dari syarikat ada ditangan aku sekarang dengan Kamal hampir mendapat full mark, sedangkan Asrul cuma cukup cukup makan, malah ada kriteria yang dia fail.

Soalan:
Bagaimana nak mendefinisikan “pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi” dari kedua dua pelajar ini.



Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan

» PiTiKay
» Kursus CPCM, Kuching, Sarawak
» Kenapa Perlu Cari Salah

Imej Imej Rawak

 

Maklumbalas...

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




Creative Commons License   1472   717  239492
©® 2004 - 2010 www.mazudi.com | 199 queries. 0.327 seconds