+ mazudi≈dah lagu tu nak buat lagu mana » Blog Archive » Gurah



Bookmark and Share


Twitter » 

Gurah

21 August 2006


Ya, aku mengeja nya dalam Bahasa Melayu yang betul. Bukan Gubra. Gurah.

Tadi pergi pasar cari lauk. Nampak budak Filipin main guli kat kaki lima pasar. Korang kalau pergi pasar ikan KK, ini adalah senario biasa, kekadang bukan main guli, tapi main lambung duit syiling, satu jenis judi yang aku tak paham caner nak main. Duit syiling diaorang dapat dengan jual plastik kat orang ramai yg beli ikan kat pasar.

Gurah adalah sejenis permainan guli yang aku main kat kampung masa sekolah rendah. Guli dia bukan yg guli kecik yang ada kaler kaler kat dalam tu, tapi kaler putih. Saiz dia besar, dalam satu inci diameter.

Ada tiga lubang yg dibuat pada gelanggang untuk bertandingan ni. Dia punya target adalah untuk masukkan buah gurah tu sebanyak sembilan kali dalam lubang tu (tiga kali setiap lubang), sapa yg paling awal dapat sembilan point dia menang. Jadi kena halang orang lain dari cepat dapat point. Cara dia dengan pakah (tembak, jentik, pukul, whatsoever) gurah pihak lawan dengan gurah kita yg boleh membuatkan gurah pihak lawan berada jauh dari lubang yg ditarget. Ini memerlukan skill yang tinggi. Kalau nasib tak baik, gurah pihak lawan boleh pecah bila dipakah. Banyak lagi undang undang dia yg aku dah tak ingat.

Permainan peringkat amatur biasanya dibuat kat laman rumah PakSu Ya’akub dengan pemain pemainnya adalah dari peringkat sekolah rendah sampai tingkatan satu. Bila dah jadi juara kat sini, baru boleh main dengan geng pro yg biasanya dibuat kat depan rumah PakNik Deraman. Kalau amatur nak main kat gelanggang ni boleh jugak, tapi kena pagi pagi sebelum geng senior datang.

Dikatakan ada tiga kualiti buah gurah. Satu yang dibuat dari gandum, kedua dari kaca dan ketiga dari batu. Yang terbaik adalah yang dibuat dari batu. Untuk menguji kualiti buah gurah, masa kita beli kat kedai KakWan Jarah atau kedai Jah Wail atau kedai Lee Me Hin tu, kita digalakkan untuk menjilat buah gurah, jadi kita dapat tahu dari kualiti mana buah gurah tu.

Dari dalam kereta sambil tunggu bini gi beli ikan, aku lihat budak filipin tu main guli kat situ sampai habis. Dia punya undang undang dah lain. Permainan sekarang tak sama lagi ngan permainan pakcik dulu dulu. Pakcik main sebab masa tu TV ada siaran jam 5.00 petang. Syafique ngan Faeiz pula permainan dia ialah game kat CartoonNetwork. com


E-Book Download
1. Not Just a Living
2. Finding a Job on the Web
3. Total E-Mail Marketing
* Give me a credit by clicking the ads. Thank You.

Artikel Yang Berkaitan

  » No related posts

 

Ada apa apa komen ke?

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


« Hujung.  |   Hello world! »