Catu
Dah dekat dua bulan tempat aku kat sini ada krisis air. Banyak masa masa bekalan air terputus terus.
Satu memo telah dikeluarkan:
Politeknik Kota Kinabalu sedang mengalami kekurangan bekalan air. Ini disebabkan oleh tekanan air rendah dari paip utama Jabatan Air Sabah. Pihak Politeknik Kota Kinabalu terpaksa meminta bekalan air dihantar menggunakan lori untuk di isi ke dalam tangki utama. Semua warga PKK diharap dapat menjimatkan pengunaan air.
Sekarang nipun takder air. Cuma tinggal lagi air tangki di dua bilik yang sentiasa kami jimat jimat. Tahan saja telinga bila bini mula merungut ketika nak masak dan nak mencuci itu ini.
Tadi tengahari Faeiz minta nak minum air. Ibunya cakap, “Jimat jimat sikit kalau minum air sebab kita ada krisis air. Gula pun semakin takder ni”. Faeiz cuma menjawab dengan berkata, “OK”.
Gula semakin susah nak dapat disini. Minggu lepas pergi ke Likas Mart, bukan bertujuan untuk beli gula, terlihat sign kat situ “Gula Habis. Harap Maaf”. Di pertengahan bulan Ogos hari tu lagi, kalau pergi pasar, orang akan bising pasal gula ni.
Dekat rumah aku, cuma tinggal sekilo saja lagi gula. “Dah dekat bulan puasa dah ni”, rungut bini aku.
Bila dah siap air teh “o” ais yang dibuat oleh ibunya, Faeiz akan mula duduk dekat depan PC dan macam biasa buka CatoonNetwoork.com. Sepertimana juga seminggu yang lepas, site tu masih lagi dibanned oleh Admin tercinta kami.
Banyak site yang aku takleh masuk sekarang sebab admin IT aku dah semakin cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab beliau sebagai admin.
Alasan awal yang diberi oleh admin pada minggu lepas ialah:
Saya telah membuat penyelengaraan dan peningkatan sekurity utk access ke Internet. Ini disebabkan ramai pengguna yang menyalahgunakan kemudahan internet ini hingga menyebabkan line internet slow dan kerja-kerja rasmi terganggu.Komplen dari pihak HHP telah diambil kira kerana mereka menggunakan internet sepenuhnya untuk update process pengambilan ke Kementerian. Kerja-kerja rasmi seperti ini sentiasa diberi keutamaan dalam pengunaan kemudahan di politeknik
Selepas di banned, aku ada buat tiga permintaan dengan admin,
1. Blogspot.com/ blogger.com
2. StatCounter
3. Ads.google
Cuma blogspot yang dilepaskan.
Aku tak nak buat apa apa permintaan lagi, walaupun di forum website tempat aku kijer ni nampaknya dah penuh dengan karangan karangan yang menunjukkan ketidak puasan hati. Diam lebih baik dari mengkritik. Nanti dia lagi sakit hati, lagi la semangat dia nak meng”banned”.
Minat Syafique dan Faeiz terhadap PC tu semakin merosot sekarang. Tidak lagi mereka berebut rebut dengan aku untuk guna PC.
Begitulah adanya.
Artikel Yang Berkaitan
» No related posts


















