Tolong

Last week buat test untuk modul Aplikasi Komputer tu. Lepas test terus semak kerja student kat disket. Ada lima orang yang jawapan dia sebijik sama.
Petang tadi, time lab panggil dia orang.
Aku,
“Saya nak gagalkan awak lima orang untuk first test ni.”
Student,
“Kenapa incik?”
Aku buka semua kerja yang dia orang buat yang telah diletakkan kat desktop pc.
Aku,
“Boleh awak kasik tau yang mana satu awak punya kerja?”
Student #1,
“Ha’aa, ini la incik.”
Student #2, #3, #4,#5,
“Ha’aa, ini la saya punya incik.”
Aku,
“Semua orang pun bijak la, bukan awak jer. Boleh bagi saya sebab kenapa semua jawapan awak ni, tempat salah dia sama, sampai titik titik pun sebijik sama ni?”
Student,
“Minta maaf incik. Memang saya ngaku saya copy incik. Tapi tolong jangan kasik fail. Kami baru semester satu incik. Tak tau apa apa lagi. Sebenarnya ini Student #1 yang buat incik, kami mintak tolong dia. Saya mengaku saya takleh buat test hari tu.”
Aku,
“Tolong? Ini bukan tolong ni, ini dah kira menipu dah ni. Awak tipu saya dan awak menyusahkan diri awak sendiri. Awak kalau nak meniru buat dengan cara yang lebih bijak dari saya. Sebab, saya masa study dulu dah habis semua cara saya praktikkan untuk meniru. Kalau awak buat sama dengan cara saya meniru, for sure awak akan tertangkap. Awak akan saya anggap bijak sekiranya awak tak tertangkap macam ni. Tapi sekarang awak adalah orang paling bodoh sebab dah tertangkap dengan saya. Markah awak dikira dari markah student #1 ni dan dibahagikan dengan lima.”
Maka dapatlah markah dia orang (38/40) bahagi dengan 5 = 19%.
Padan muka.
*Ini adalah senario biasa bila student kena tangkap meniru. Sejak dari zaman aku belajar sampai sekarang. Situasi dia sama jer.
Artikel Yang Berkaitan
» Cik, Tolong
» Peluang
» Silap Nombor la beb.
» Qistina dah pandai tiarap
» Orang Dalam Kesusahan
» Part time
» Call And Locate
» New Look Of My PDA

















