Warganegara
10.30am :
Sampai KK, cari parking dekat setengah jam, baru dapat satu, tu pun kat Jalan Gaya, terpaksa jalan kaki dekat 0.8KM untuk ke Wisma Dang Bandang.
11.15am:
Tingkat 3, Wisma Dang Bandang.
“Nombor dah habis ya. Yang mana belum ada nombor boleh balik, datang semula esok.”
12.15pm:
Rumah.
Buat muka ngan bini. Sib baik dalam pantang.
2.00pm:
Pejabat Pendaftaran Daerah Tuaran.
“Anak incik ni lahir kat Hospital Likas, incik kena pergi KK untuk buat surat.”
“Ooo yer ker. Ingat mana mana pun boleh. Terima Kasih”
Hari ini (10/10/2006)
9.50am:
Sampai KK, cari parking, dapat parking kat tempat semalam juga, walau dah pusing 4 kali. Cuma yang ni tambah 50 meter lagi jauh dia.
10.10am:
“Nak buat surat lahir anak la puan”
“Dah abis isi borang? Potostat ic mak ngan ayah dia ada?”
“Ada puan. Sini”
“Nih ambik nombor, tunggu panggil”
“Terima Kasih”
No. sekarang 1040,
No. Anda
1059.
Sila tunggu. Anda akan dilayan sebentar lagi.
11.00am
Ada satu perempuan mengamuk sebab tak dilayan kat kaunter. Yang jelas kedengaran,
“Kurang Ajar. Aku mau tanya saja bah!!”
Yang lain, bahasa Filipin.
11.20 am:
“Satu. Kosong. Lima. Sembilan. Kaunter Empat”
Hooray. At last naik jugak nombor.
11.30 am:
“Okla, kalau semua dah betul macam incik semak. Sila tunggu dulu, nanti kaunter satu akan panggil”
“Terima Kasih”
12.05 pm:
“Satu. Kosong. Lima. Sembilan. Kaunter Satu”
Huh. At last naik jugak nombor.
“Bayar tiga ringgit incik yer. Terima kasih”
“Sama-sama”
Maka hari ni baby baru aku disahkan WARGANEGARA Malaysia dengan nama
MUHAMMAD ASYRAF DANIEL BIN MAZUDI.
Artikel Yang Berkaitan
» Iklan Jawatan Kosong di Politeknik


















