+ mazudi≈dah lagu tu nak buat lagu mana » Blog Archive » Retro 1



Bookmark and Share


Twitter » 

Retro 1

28 November 2006

Satu hari ibu tanya aku, ” Kenapa ayah suka dengar Sinar.fm pulak sekarang ni”

1970an - 1980an

Dulu time aku kecik, TV takder lagi kat rumah, karan pun takder lagi, setiap malam Jumaat ayah akan dukung aku dan mak dukung adik aku, Zura, ke rumah Paksu Ya’akub untuk tengok tayangan gambar melayu. Ayah akan membawa pelita minyak tanah yang ditutup dengan daun pisang pada satu bahagian nya supaya tak ditiup angin. Cerita P.Ramlee dan Mat Sentul adalah kesukaan aku.

Rumah kami adalah rumah kedua dikampung kami yang ada TV. Itupun tv hitam putih 20 inci yang ada pintu. Bila nak tengok TV, buka pintu, onn kan tv pastu gi ambik nasi kat dapur, keluar balik pun gambar masih lagi belum keluar. Dekat 5 minit ada kot baru keluar gambar. Jiran jiran akan bertandang untuk tengok tv selepas isyak. Kalau nak makan nasi kena awal awal.

Siaran TV akan start pada jam 5.00 petang pada hari hari yang biasa. Pada hari Ahad jam 3.00 petang. Masa ni yang ada cuma RTM1 ngan RTM2 jer. Ayah ngan mak suka menonton slot Drama Minggu Ini. Anjang Aki, Tok Perak dan drama drama lakonan Ahmad Tarmimi Serigar, Rahim Razali, Dian P.Ramlee, Azean Erdawati adalah yang selalu ditunggu tunggu.

Selain drama melayu, salah satu citer yang mak aku suka dan aku selalu tengok ialah Litle House on the Praire. Tah kenapa mak aku suka citer ni. Mungkin sebab ini family nyer citer dan dia ada anak ramai kot. Tapi Donny and Marie pun mak selalu tengok jugak.

Drama drama bersiri melayu mula muncul diawal 1980an. Ini seperti Opah dan PJ tu yang cuba untuk tiru soap opera Dallas. Mak tak kasi tengok citer Dallas sebab perempuan dia seksi. Cerita Fantasy Island pun jarang jarang jer boleh tengok. Lagipun citer citer cenggini start dah jam 10 malam, selepas slot PERISTIWA atau Laporan Parlimen. Boring. Pakcik aku yang masih bujang time tu selalu jugak datang rumah aku tengah tengah malam untuk tengok Starsky and Hutch. Aku tak pernah tengok sebab dia main tengah malam.

Aku masih budak budak. Mana paham tengok drama yang berat berat cenggitu. Cerita Combat, Charlie’s Angel dan Lone Rangers adalah cerita cerita yang selalu dibualkan di sekolah. Cerita katun pun banyak yang memboringkan sebab semua cakap omputih dan mana ada subtitle. Asyik asyik Flinstone atau Hanna Barbara punya katun yang keras keras jer semua tu. Katun pertama yang cakap melayu seingat aku ialah Tempen Asoka, cerita jepun yang robot ada driver pastu boleh tukar tukar bentuk cam transformer tu. Kalau hari Rabu yang ada citer ni, balik ngaji Quraan kena awal, takut termiss pastu esok orang citer kat sekolah kita takleh join. Ada juga sesekali RTM tu tunjuk Wonderful World Of Disney, time ni katun Mickey Mouse ngan geng geng dia tu kira best sangat la tu. Gelak sampai keluar air mata.

Selain tu ada juga slot slot yang lain. Kalau macam malam jumaat, memang takleh nak buat apa sebab Atuk ngan nenek akan datang rumah untuk tengok Sinar Islam. Ada satu slot masak masak KESUMA yang main sebelah petang tu, time ni pun takleh kacau sebab mak akan tunggu depan TV. Ada satu slot yang dorang takleh kacau aku adalah bila CUMI dan CIKI main. Yang ni aku punya. Teringat kat Wazata Zain ngan Kak Yong.

bersambung….

Artikel Yang Berkaitan

  » Retro: Finale
  » Retro 2

 

Ada apa apa komen ke?

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


« Retro 2  |   Hilang »