Bookmark and Share

14
user

Lelong barang permainan
Dapatkan permainan berkualiti dari jenama yang terkenal. Harga boleh runding.

Retro: Finale

5 December 2006 | 6:51 am  |   371 pembaca. Blogspot

Era Rock

Pertengahan 80an adalah era Rock. Time ni aku dah remaja dan dah pandai mengikuti perkembangan muzik tanah air. Semua orang kat sekolah nak jadi Rock. Kalau nak jadi Rock, dressing pun semua kena Rock. Kalau nak tahu camana dressing budak budak Rock korang tengok la cerita ROCK Mamat Khalid tu.

Tak banyak kat TV time tu yang expose pasal Rock ni. Masa tu Tok Mat jadi menteri penerangan. Sikit sikit banned, sikit sikit gam. Rockers yang keluar kat TV biasanya akan di ikat rambut dorang pastu letak klip supaya nampak pendek. Kalau ada yang keluar TV pun kat Muzik Muzik TV3 tu. Apa apa pun lagu Rock mesti menang dalam Muzik Muzik.

Sebelum nak timbul Rock ni, lagu lagu new wave banyak mempengaruhi. Time ni, video clip muzik mana ada banyak banyak macam sekarang. Kalau nak ada pun time raya, merdeka atau tahun baru. Salah satu rancangan yang tunjukkan video clips mat saleh kat TV, itu pun hujung tahun, adalah Flashback 85, atau kalau tahun 1986, Flashback86. Time ni la kalau nak tengok Michael Jackson, Culture Club, Lionel Richie, The Police, WHAM dan macam macam lagi.

Selain dari hiburan berbentuk muzik, sitcom sitcom komedi mula untuk mengambil tempat kat TV pada masa ni. RTM ada satu sitcom yang cukup diminati pada masa tu iaitu Santan Berlada. Ramai pelakon sitcom ni jadi popular. Salah sorang dia Os. Sitcom Pi Mai Mai TangTu yang cukup lama bertahan tu juga bermula kat RTM. Awal awal dulu dia muncul dengan tajuk Shhh… , pastu tukar tajuk jadi Flat Sri Wangi ker, last sekali tu baru jadi Pi Mai Pi Mai tang tu, yang ni baru TV3 yang siar.

Cukup la kot pasal citer citer lama ni. Last sekali, nak test kalau kalau korang dah hidup dan ingat ngan citer citer ni.

The A-Team, Airwolf, Cagney and Lacey, Fall Guys, CHIPs, Lone Ranger, Lucan, Manimal, Falcon Crest, The Greatest American Hero, McGyver, Magnum P.I.

Kalau korang masih ingat, sedarla yang series tu dah jadi klasik, dan korang pun semakin klasik la gamaknya. Hahah.

Mender ni sebenarnya salah satu cara untuk ukur usia jugak ni. Aku suka dengar Sinar.fm kerana lagu dia nostalgia. Student aku suka x-fresh sebab dia orang ingat Sinar.fm tu lagu klasik.



Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan

» Retro 1
» Retro 2

Imej Imej Rawak

 

Satu Komen untuk “Retro: Finale”

  1. muck:

    sinar dan x-fresh dua2 pun sa xsuka encik…bagus lg dengar playlist mp3 sendiri ngahahahaha

    [Jawab Komen Ini]

Maklumbalas...

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


« »


Creative Commons License   1383   712  144010
©® 2004 - 2010 www.mazudi.com | 193 queries. 0.348 seconds