Kita, Teman dan Fasa Masa
Bila kita kenal dengan seseorang dalam hidup kita dan orang tersebut boleh membuatkan kehidupan kita menjadi sesuatu pada masa perkenalan tersebut, kita akan ingat masa tersebut sebagai satu slot fasa masa yang ada kita, ada dia dan ada suasana pada masa tersebut. Suasananya adalah satu daripada kemungkinan pembolehubah yang berbagai dalam satu garisan masa yang tetap dan sentiasa berlalu. Suasananya bersama dengan persekitaran semasa dan perasaan yang juga berubah menjadi riang, sedih, blurr, simpati, marah dan macam macam lagi akan menjadikan satu fasa masa tersebut berbeza dari satu masa dengan masa yang lain.
Terdapat satu fasa masa dalam hidup aku dipertengahan sembilan puluhan sebelum aku further study untuk degree dan masa tu adalah masa aku kerja dekat Kelantan. Aku ada empat orang kawan serumah yang mana tiga dari mereka kerja di tempat yang lain manakala aku sama sorang lagi kerja ditempat yang sama.Kehidupan kami time tu agak happy sebab umur masih muda dan ada duit serta takder tanggungan apa apa.Berada dirumah bersama dengan mereka cukup seronok selepas balik dari kerja. Ada saja cerita yang seronok nak dibualkan sepanjang masa.
Kita, Teman dan Fasa Masa [...]






30 October 2007 | 9:19 pm
635 pembaca

1383  
712
145143