+ mazudi≈dah lagu tu nak buat lagu mana » Blog Archive » Gangguan Kerja



Bookmark and Share


Twitter » 

Gangguan Kerja

13 November 2007

Dalam pengurusan organisasi, kalau tak silap aku, salah satu perkara yang menjadikan kecekapan kerja kita menjadi kurang dari yang sepatutnya adalah gangguan atau inteference dari tetamu tetamu yang tidak diundang. Mereka mereka ini boleh terdiri dari berbagai pihak samada rakan sepejabat, pelanggan, jurujual dan sebagainya dalam organisasi tersebut. Bagaimana cara nak mengurangkan gangguan ini lebih bergantung kepada individu yang diganggu. Ini soal keupayaan seseorang dalam menghindari dari gangguan tersebut.

Bengkel
Ada ujian yang aku kena buat untuk student. Biasanya soalan aku akan siapkan awal awal supaya takder tergopoh gapah sangat bila nak masuk kelas. Jadi pagi tu, bila sampai jer kat opis, dengan semangat yang berkobar kobar aku mulakan satu blank document dalam Microsoft Word untuk aku buat soalan ujian.

Baru nak ambil buku dan pikir tentang soalan pertama, talipon kat meja berdering.

Student1 : Incik, nak hantar assignment. Boleh masuk bilik ker?

Aku : Awal juga awak ni. Masuk lah.

Student tu masuk bilik, kasi salam, letak assignment. Perempuan.

Ok, start nak sambung balik buat soalan ujian. Bau perfume student tu tak hilang lagi. Takperlah, sekurang kurangnya tambah lagi semangat di pagi hari ni. Buka balik buku, maximize kan balik blank document. Ok, dapat idea untuk soalan pertama. Kalau ikut Bloom Taxonomy, soalan pertama lebih kepada pemahaman fakta. Yang paling mudah la ni.

Tiba tiba telepon berdering lagi sekali.

Student2 :Hello incik. Nak hantar assignment. Boleh masuk bilik tak?

Aku : Ni kelas mana ni? Baru kejap tadi kawan awak masuk. Hah, masuklah.

Student tu masuk. Kasi salam, letak assignment atas meja.

Student2 : Sori incik hari last baru hantar.

Aku : Tau pun. Pasni kalau nak hantar assignment boleh tak tolong kumpul semua sekali satu kelas lepas tu baru hantar.

Student2 : Ok. Terima kasih incik.

Sambung balik pikir pasal soalan. Masih lagi blank document. So, taipkan tajuk subjek, kursus, ujian ke berapa dan Soalan 1.

Berdering lagi telepon kat atas meja. Minimize kan balik document yang dah ada isi tadi tu.

Student3 : Hello incik. Nak hantar assignment. Boleh masuk ker?

Aku : Alamak korang nih. Tak payah masuk. Korang kumpul dulu assignment tu satu kelas semua yang mana belum hantar, lepas tu letak dalam pigeon hole saya. Tak yah nak hantar direct ngan saya. Nanti saya ambik jer kat sana. Paham!?

Student3 : Yer la incik.

Sambung balik nak buat soalan ujian. Mood dah terganggu dah ni. Hampir terlupa dah yang mana satu untuk soalan yang pertama tadi. Tapi takperla, at least takder lagi student nak telepon untuk hantar assignment lagi dah. Hopely.

Tiba tiba, pintu bilik aku diketuk dan menonong masuklah seorang kawan seperjuangan.

“Boss, tumpang hisap rokok kejap. Takder gang la”

“Eh, masuk jer la. Aku pun tengah tunggu geng la ni”

Dan bercerita la kami pasal isu isu semasa tentang kerja dan sebagainya kat situ. Setengah jam lebih kat situ baru la dia cakap “Aku ada kerja ni, jalan dulu yer”. Itu pun ambik masa lima minit lagi sebelum dia betul betul jalan.

Belum pun sampai lima langkah kawan tu beredar, kawan dari bilik sebelah buka pintu dan ajak minum dulu kat restoran kat luar. Tak upaya nak menolak, aku tutup kan jer tanpa save pun document yang ada tu dan aku pun ikut sekali. Bila keluar minum dengan kawan kawan macam ni dan dia yang drive, kita takder hak untuk ajak balik opis, walaupun semua kawan kawan situ tau yang masing masing ada kerja yang perlu dilakukan.

Petang tu aku print balik soalan ujian semester lepas dan masuk kelas untuk buat ujian dengan jayanya.

Artikel Yang Berkaitan

  » Istilah
  » Buat kerja
  » Part time
  » Atuk Ayah
  » Pasangan Sepejabat
  » Masuk Kerja Lepas Raya
  » Another Untitle Drawing
  » Dilema Dunia Pekerjaan

 

7 Komen untuk “Gangguan Kerja”

  1. Azhar Ahmad:

    Ahahahahah, masa saya conduct pengurusan organisasi untuk pengerusi persatuan dan kelab UTM dahulu, perkara yang saya dok ulang-ulang adalah halangan pembentukan kerja yang optimum adalah diri sendiri.

    So, uruskan diri sendiri, yang mana perlu kata tak, yang mana ya. Jadi, orang mahukan kita, ikutlah rentak kita. Hehhehe.

    Dulu, saya selalu letak kat pintu bilik research saya. “Do not disturb, research on progress”, “Disturb me, its time to make friends”, juga “I’m outstation”, walaupun tgh panas kepala fikir simulation. Hhahahah

  2. megat:

    Tidak semua orang boleh berfikir sama macam cara kita berfikir. Kena pula ia berkait rapat dengan pengalaman hidup.

    Aku pula lihat pada tahap kepentingan sesuatu tugasan, klu ia benar-benar penting maka tahap sekuriti atau ignoring aku tinggi uhuh

  3. vangardx:

    huhu..bnayk betul dugaan yg dihadapi tu..haha :D sabar sabar :D

  4. pB:

    Salam …

    pB pun banyok jugok gangguan gangguan semasa buat kerja

    11 am = drama tibi 1

    230pm = drama indonesia tibi 3

    330pm = drama cino tibi 7

    430 pm = drama thai tibi 3

    530 pb = balik time ….

    he he he

  5. Tiara:

    Jangan layan ar..kalo ada tetamu x diundang leh kan?

  6. Ayu:

    hehehe sbao jek laaaaa

  7. kemat:

    kadang2 blog juga leh jd gangguan… kalau surfing time kerja…

Ada apa apa komen ke?

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


« Presentation Day 1  |   Makan jom! »