Kuasa Beli Kita
Kawan aku seorang yang minat berniaga. Walaupun dia seorang kakitangan kerajaan sama macam aku, tapi dia juga ada sebuah van yang digunakan untuk berniaga. Time dekat dekat raya baru baru ni, banyak tempat yang dia pergi untuk menjual. Baru baru ni kami sempat bertanya khabar dan bercerita tentang hal masing masing.
“Rakyat Malaysia sekarang mempunyai kuasa beli yang paling rendah”, katanya.

Dia buka cerita dengan sesuatu yang agak berat. Terkedu sekejap untuk memberi soalan susulan.
“Kenapa?”, aku tanya.
” Tahun ni aku menjual tak sama dengan tahun tahun sebelumnya. Orang tak keluar membeli time raya baru baru ni. Bukan satu dua tempat, tapi hampir semua tempat yang aku pergi, kurang orang yang membeli. Mereka yang keluar membeli pula cukup berhati hati bila nak membeli. Kalau dulu dulu 3 dari 5 orang yang berenti untuk pilh barang kat gerai aku akan membeli barang aku, tapi baru ni mungkin 1 dari 12 orang yang singgah untuk tengok barang aku, akan membeli.” jelasnya.
“Mungkin orang tak dapat bonus tahun ni kot.” Aku cuba beri alasan.
“Aku ada satu kawan tionghua. Dulu kami selalu menjual sama sama kalau ada pasar minggu (orang sini panggil tamu). Pertengahan tahun baru ni dia tak menjual lagi. Dia pergi kerja kat Australia. Kau tahu kerja apa dia buat kat sana, dia kerja cabut carrot. Dengan kerja cabut carrot tu, dia bagi tau aku, masih lagi mampu untuk dia simpan duit dan baru ni dia balik ke sini. Katanya, walaupun kerja yang macam tu, pendapatan harian beliau masih lagi melebihi perbelanjaan harian beliau kat sana.” jelasnya lagi.
“Owh”, aku memberi tanda yang aku mengikuti ceritanya.
“Kita di Malaysia sekarang, walaupun gaji kita besar, tapi perbelanjaan terhadap barang keperluan harian kita saja pun dah hampir tidak mencukupi. Bukan sebab kita berbelanja dengan cara yang tidak berhemah, tapi memang begitu, harga barangan pengguna kita terlalu tinggi. Kalau lah perbelanjaan untuk membeli keperluan harian pun telah mengambil hampir 50% dari hasil pendapatan kita, mana dengan hutang hutang yang lain lagi, bil bil, pendidikan anak anak, perbelanjaan untu kesihatan dan sebagainya, jadi mana lagi orang ada duit untuk membeli barangan yang macam aku jual ni. ” hujahnya lagi.
“Ya la memang begitu. Macam pendapatan kita RM10 sehari tapi kita kena berbelanja sebanyak RM12.00 sehari”. Aku menyokong.
“Hmm, macam tu la. Sebab tu syarikat kad kredit boleh buat duit dan kita penggunanya ni tah sampai bila akan habis bayar hutang kad kredit” Sambil tersenyum dia.
Cerita ini baru dari seorang kawan yang meniaga di pasar minggu. Apa la agaknya cerita yang akan kita dengar dari seorang yang betul betul kerja meniaga.
Aku pula sedang tunggu 22hb. Lama betul rasanya tak dapat gaji. Sejak hari raya dulu lagi tak pergi mana mana sebab kuasa beli hampir tiada.
Artikel Yang Berkaitan
» Tamu Tuaran
» Perkongsian Ilmu : Dimana kita berdiri.
» R.O.C.K
» Kill The Time
» Minyak Masak Pulak
» Beli Curtain Color Pink
» Minta Duit Nak Beli Aiskrim
» Teman Wife beli pearl kat sinsuran, KK.


















btul²..no wonder rmai yg grade oversea x nk blik serve for own country..[x ramai sebenarnya... :D]
compare to gaji kt sini..let say…
1/5 drpd gaji pekerja kilang biasa kt sini,dier bleh bli hndset yg harganya sebulan gaji pekerja kilang malaysia …[bnyk faktor yg patut dinilai sepatutnya...]
-lama x jln² sini…
17 November 2007 : 2:12 am
wear
Wooo.. memang betul la.
17 November 2007 : 1:03 pm
Bagi yang berpendapatan tetap setiap bulan, boleh lagi membuat belanjawan asas setiap bulan. Cuba bayangkan penjaja kecil di tepi-tepi jalan. Pendapatan tak seberapa, anak ramai bersekolah, baranbg-barang keperluan pulak mahal…. Isk!
17 November 2007 : 4:57 pm
aku dah pening Malaysia nih…. makin naik..
17 November 2007 : 8:29 pm
Mungkin itu petanda rakyat semakin berwaspada untuk berbelanja
17 November 2007 : 11:17 pm
Ya, tetapi itu bukankah satu cara mengurangkan inflasi? Hahhaha.. Ha’alah 22hb lama gila….
18 November 2007 : 1:15 pm
benar en mazudi. aku pun masih pening memikirkan solusi untuk meningkatkan kuasa beli dan dapat membuat tabungan yang lbh banyak.
19 November 2007 : 9:34 am
Ku personally rase ade sesuatu yang tak kena dgn ’sistem’ sekarang neh.
p/s: wear, ko kerja je kat sana hehe. tapi bukankah cost of living pong tinggi biasanya?
19 November 2007 : 10:08 am
makin byk gaji makin naik le harga barangnya.. bih tu camne kan?
19 November 2007 : 1:23 pm
adik even bawu tingkatan 6 da rase cam tbeban ngan macam2 hal lagi2 sal duet.
parents kite kaye camne pong stil pning2 lalat pk sal sekolahkan anak2, ni kan lagi owang2 bese..cian eh..
25 February 2008 : 4:52 pm