“Awak semua pernah beli jagung ker?” Tanya aku pada student kat dalam satu kelas. Semua orang nampak blur dan heran dengan soalan aku. “Pernah jugak Incik”. Masing masing menjawab dengan serentak. Pernah tak bila beli jagung, korang bukak pastu biji dia jarang jarang atau rongak sana sini?” Tanya aku lagi. “Kenapa incik?”

“Bila kita kena jadi seseorang yang berada kat hadapan khalayak dan mendapati khalayak lebih suka untuk tidak memenuhkan ruang ruang yang kosong dihadapan, kita akan rasa kurang selesa tau. Macam rasa tak selesa bila kita dapat jagung yang isinya rongak kena makan ulat”.
Sejak dari zaman cikgu aku barangkali, zaman aku jadi student, pastu zaman aku jadi orang yang mengajar dan zaman student aku, budaya ini masih berterusan dalam komuniti yang aku ada ni. Bila masuk ke satu satu perhimpunan yang resmi atau pertemuan yang ditentukan oleh jadual, kita lebih suka untuk mengambil tempat di bahagian belakang dulu, biarkan tempat duduk hadapan kosong dengan harapan akan ada orang yang datang terkemudian akan mengisi ruang ruang kosong tersebut.
Bila menghadiri apa apa perhimpunan peringkat jabatan atau apa apa mesyuarat, aku juga lebih suka untuk duduk dibahagian yang aku fikir tidak akan menonjolkan diri aku pada pengerusi, penceramah atau lecturer kat depan. Bukan apa, takut kalau kalau kita jadi perhatian dan banyak pula yang kena jawab soialan seperti mereka mereka yang popular kat situ.
Dulu bila masuk meeting, boss aku cakap, sila penuhkan tempat duduk kat depan dulu sebab nanti bila orang yang datang kemudian daripada kita boleh mengambil tempat dibelakang, jadi takder la nanti dia melenggang berjalan dikhalayak ramai untuk ambil tempat di hadapan. ( What if, pintu masuk kat depan?)
“Percayalah cakap saya, bila saya berada kat depan, saya nampak semua benda yang awak buat. Kat ceruk mana pun awak duduk kat dalam dewan ni, saya akan nampak setiap pergerakan awak. Saya akan nampak sapa sapa yang tunduk bila saya bertanya soalan, saya akan nampak mata yang menjeling ke sebelah time jawab test dan saya akan nampak tangan tangan yang menekan henset kat bawah meja.”
“Sekarang, barisan yang belakang sekali, tolong pindah kedepan! Terima Kasih.
8:03 pm | Pelajar.
| RSS 2.0
| Komen
| Trackback
Tags: Pelajar.
Hmmm….saya sekarang ni selalu tuju depan…kalau meeting pun duduk depan…sbb selalunya org belakang yg selalu jadik tumpuan….sbb tu kalau meeting, asyik tidooo jer kejernya huhuhu….
19 November 2007 : 11:19 pm
Ahahahahah, betul. Tapi zaman saya belajar dahulu, ramai yang berebut duduk di depan. Kenapa, pasal mata rabun… Hahahha
19 November 2007 : 11:49 pm
hehehhe… itu mmg selalu berlaku. aku pun suka dok kat belakang. teori aku macam ni la, kat cinema kan kita suka dok belakang…. kat depan kang tak clear….
20 November 2007 : 8:19 am
budaya kita ke ni!? uhuhu. dulu time sekolah memang betul. tapi skang ni zaman kejar duit, so sentiasa ke depan eheh.
20 November 2007 : 8:37 am
Alex Lacey:
Ooo.. macam tu pulak. Sebab bos awak tau yg duduk belakang nak curi tulang dan mungkin dia dulu selalu duduk belakang kot.
Azhar Ahmad:
Zaman sekarang ramai yang rabun la, mungkin sebab lahir lahir jer TV warna dah dean mata. Cepat rosak mata.
Debik:
Yer pulak. First class seat belakang.
megat :
Bila dah start masuk dalam dunia berkarier, baru kita tahu yang kita nak kena sentiasa berada dihadapan dari orang lain. Competition.
20 November 2007 : 9:20 am
saya pun suka dok depan..especially kalo cikgu hensem hahahahaa
20 November 2007 : 3:14 pm
kt sini.smer berebut nk duduk dpn.even klo dtng awal 20 minit ke klas..no more front seat 4 u..mean,u have to come 30 minutes earlier!
budaya yg dibudayakn…
20 November 2007 : 11:31 pm
Kalau ada hadiah untuk yang didepan, semestinya orang berebut kehadapan. Sebab itu ramai yang berebut untuk menjadi Ketua yang menjanjikan peluang mengaut kekayan.
Kalau jawatan sukarela, masing menolak untuk menjadi Ketua.
Terima kasih.
21 November 2007 : 8:32 pm
hmmm… but i do love to sit in front..
easier for me to understand more…
sitting at the back will only make me talking a lot than learning..he3
3 December 2007 : 8:45 pm