Bookmark and Share

15
user

Lelong barang permainan
Dapatkan permainan berkualiti dari jenama yang terkenal. Harga boleh runding.

Bila Ada Tekanan

25 November 2007 | 9:49 pm  |   735 pembaca. Pelajar, Pengajar

Minggu lepas ada persembahan projek oleh pelajar diploma semester akhir. Semua pensyarah termasuk aku ditugaskan untuk menilai persembahan dan hasil projek yang telah siap. Rata rata projek semester ini lebih baik dari sebelumnya, namun ada beberapa kelemahan yang perlu kami fikirkan. Semalam, sempat kami duduk bersama dan bincangkan hasil projek yang kami nilai. Bukan post mortem tapi perbincangan biasa.

“Aku rasa kebanyakan projek semester ni lagi ok la. Tapi, bab report on paper, aku rasa rata rata tak cerita pasal teknikal. Kurang sangat yang buat calculation. Nak juga aku tengok macam mana mereka calculate untuk dapatkan size chasis, torque apa semua tu bila buat Go-kart tu. Kebanyakannya cerita pasal design.” Aku.

“Aku perasan jugak tu. Tapi tu la, dorang ni report dengan PowerPoint tu, ada yang baru siap pagi sebelum presentation tu. Ada satu group tu lewat present sebab tak siap photostat report.” Pensyarah A.

“Memang susah betul la dorang ni. Group yang aku supervise tu, tiap minggu aku minta untuk hantar report. Tak juga hantar hantar. Aku minta nak tengok slide untuk presentation, pun tak sampai sampai. Last last pukul sebelas malam sebelum present tu call aku minta sign report untuk present. Tah apa apa. Mana larat aku nak baca semua. Tak sign kang, takleh nak present pulak.” Pensyarah B.

“Ultraman pun ada lampu merah yang berkelip kelip tu bila nak mati..” Pensyarah A.

“Haha. Inilah satu masalah yang paling subjektif dan tak tau bila boleh selesai. Selagi tak rasa tertekan, tak der yang nak siap. Kena tunggu dua generasi lagi baru boleh hilang.” Aku.


, .

Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan

» Catu
» Tanpa Kertas
» Cuti Sekolah
» Made Money
» Pasangan Sepejabat

Imej Imej Rawak

 

9 Komen untuk “Bila Ada Tekanan”

  1. Bat:

    huhuhu..Kenyataan yang sukar untuk ditepis lagi…Aku pun selalu jadi “Last minute” punya orang..

    Arrghhh, katakan TAK NAK pada kerja last minit!!

    En Mazudi, aku add ya blog ni dalam blog aku..

    [Jawab Komen Ini]

  2. Tok Rimau:

    Kena bagi tekanan awal. Pelajar kita “Grace Under Pressure”.

    [Jawab Komen Ini]

  3. ad3ck:

    orang kita ade satu penyakit “selesa” dalam buat kerja2 seharian, bukan saje dalam skop pembelajaran tp juge yang lain2. (orang yg tulis komen neh pong same jee ;p )

    [Jawab Komen Ini]

  4. pB:

    minggu lepas , aBear pun preset projek dio.
    Sib baik lulus …dapat A lagi gitu …..

    [Jawab Komen Ini]

  5. Alex Lacey:

    sesungguhnya “procrastination” itu adalah nama tengah aku huhuhuhu

    [Jawab Komen Ini]

  6. arsaili:

    last minute syndrome ke

    [Jawab Komen Ini]

  7. Azhar Ahmad:

    Ahahahahha, saya belajar dari pensyarah saya. Kenakan hukuman. Penghantaran selepas waktu pejabat adalah tak dibenarkan!

    [Jawab Komen Ini]

  8. blackpurple:

    Biasanya di saat-saat akhir nanti pasti semua beres! Tapi praktis yang tidak sihat, kalau diamalkan begitu selalu. :)

    [Jawab Komen Ini]

  9. titan:

    Ehm..itu keta apa aa??

    [Jawab Komen Ini]

Maklumbalas...

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




Creative Commons License   1472   717  239394
©® 2004 - 2010 www.mazudi.com | 197 queries. 0.371 seconds