Moral Dari Lawak
Satu masa, aku bercerita dalam kelas pada student aku. Cerita yang aku ambik dari satu forum, tapi telah disesuaikan mengikut keadaan setempat.

Ketua kampong orang kanibal tu telah buat satu keramaian dan memanggil tiga orang mangsa tadi. Ketua kampong tu cakap yang dia boleh bebaskan mereka semua kalau mereka boleh lepas beberapa ujian yang akan diberikan. Ujian pertama yang perlu dorang jalani ialah pergi cari dan bawa balik 10 biji buah-buahan dari jenis yang sama.
Mangsa kedua kemudiannya balik dengan sedih sebab dia bawak cuma 10 biji buah ceri. (Alaa.. buah dari pokok ceri yang selalu pomen kereta buat tempat baiki kereta tu). Dia sedih sebab buah ceri kecik jer. Tapi,bila ketua kanibal nyatakan ujian kedua, dia happylah sebab buah ceri kecik dan senang nak telan.
So, orang tu pun telan la buah ceri tu, 1, 2, 3… sampai yang ke 8 tetiba dia tergelak kuat kuat, pastu dia tercekik lalu mati jugak.
Lepas tu, bila dua orang tu mati, dorang jadi hantu dan jumpa balik. Mangsa yang pertama pun tanya la kat mangsa yang kedua, “ Pasal ko gelak tak hengat time telan buah ceri tu, padahal ko dah nak lepas dah pun?”. Mangsa yang kedua tu pun jawab la “Aku takleh tahan, aku nampak kawan kita yang sorang lagi tu bawak buah durian, siap dengan bakul sekali”.
“Apa moral yang awak boleh dapat dari cerita ni”. Aku tanya balik kat student bila semuanya diam tak gelak pun.
|
Kehidupan, Pelajar. |
Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan
| » Lawak Sepol Apek » Hyperaktif » Wash The Car » Hobi » Hilang |
Imej Imej Rawak
|
|






28 November 2007 | 12:10 am |
754 pembaca.

1472  
717
239454
hahahahhaha, saya pun nak tanya… Boleh ulang lagi tak cik?
[Jawab Komen Ini]
28 November 2007 : 3:48 am
bab moral yang lemah nak jawab nie uhuhu
[Jawab Komen Ini]
28 November 2007 : 8:33 am
moral nya…kanibal pun buleh cakap melayu jugak. he he
[Jawab Komen Ini]
28 November 2007 : 4:16 pm
moral nya..besar atau kecik bukan ukurannya..ahaks
[Jawab Komen Ini]
28 November 2007 : 5:54 pm
Moralnya .. Fikir dulu sebelum buat sesuatu ..
Betul tak?
[Jawab Komen Ini]
28 November 2007 : 8:17 pm
aah, ape moralnya.tang moral ni ssh sket nk bg jwpn,hehe
[Jawab Komen Ini]
28 November 2007 : 9:12 pm
aku tergelak tapi apa moralnya encik? hua3.
[Jawab Komen Ini]
28 November 2007 : 10:58 pm
moralnya..jgn gelakkan org lain..hehe
[Jawab Komen Ini]
29 November 2007 : 8:05 am
hahaha…aku sendiri tertanya-tanya apakah kesudahan orang ketiga
[Jawab Komen Ini]
29 November 2007 : 9:13 am
eekkekekeke ~
*gelak guling2* kat org ketiga tu,
hihi :p
moralnye, yg kecik lg comey dr yg besar..
eyh?? mcm lari dr tajuk je eh?
[Jawab Komen Ini]
29 November 2007 : 9:19 am
LOL… penah baca lawak ni… tapi memang la, camana laa gamaknya nak telan durian tu… keskeskes…
errr… moralnya?
[Jawab Komen Ini]
29 November 2007 : 10:17 am
yes, yes…apa moralnya ek? hehehe..
by the way, say hepi besday to your maam yer?
[Jawab Komen Ini]
29 November 2007 : 10:51 am
hahaha aku pun baca banyak2 kali..
[Jawab Komen Ini]
29 November 2007 : 4:42 pm
Moral nye
kalau pensyarah cuba cuba buat lawak , gelak kuat kuat …
Supaya , lepas tu pensyarah dah tanya yang bukan bukan ….
Ha ha ha ha haaaaaa
[Jawab Komen Ini]
29 November 2007 : 4:43 pm
huhu..pada pendapat aku, moral dia jgnlah kita mentertawakan org lain apatah lagi memperlekehkan mereka dikala kita sudah berada diatas atau diambang kejayaan kerana tidak semestinya kesenangan kita itu akan berkekalan, merujuk cerita ini, mangsa 2 mentertawakan mangsa 3 yg membawa durian, pada ketika itu semua sedia maklum yg sipembawa ceri pasti akan terselamat dari dimakan kanibal kerana 10biji ceri itu mudah namun atas sebab kecil dengan niat memalukan mangsa 3 siapa tahu, mangsa 3 itulah yg sebenar2nya org yg terselamat, kerana mungkin ketua kanibal mahu 2 daripada 3 org tersebut..mungkin?
erk..sori mengarut dah aku ni
[Jawab Komen Ini]
29 November 2007 : 5:57 pm
pernah dengar juga cerita ni sebelum ni, memang lawak
[Jawab Komen Ini]
30 November 2007 : 12:33 am
hihihi, moralnya jangan suka gelakkan orang, nasib sendiri kita belum tahu….
[Jawab Komen Ini]
30 November 2007 : 11:22 am
Ha ha ha!
Pernah baca cerita ini. Moralnya rabaklah nanti…! Ha ha ha!
[Jawab Komen Ini]
30 November 2007 : 12:15 pm
hahahahaahah gelak beso gak masa baca
lepas tuh baru terpikir moralnya.. hmm moralnya sama la dengan vangardx
[Jawab Komen Ini]
30 November 2007 : 4:06 pm
err..IQ rendah.aper moralnya…
[Jawab Komen Ini]
30 November 2007 : 11:45 pm
Terima kasih semua untuk maklumbalas.
Sebenarnya aku pun tak tau apa moral dia. Cuma aku buat cerita ni dalam kelas untuk menceriakan student masa kelas petang, tapi takder pulak yang nak layan. Tu sebab aku bagi soalan, “apa moral dia?”, tapi takder yang respon.
Jadi moral untuk aku, kalau dah nampak student tu boring, cepat cepat habiskan kelas suruh dorang balik. Tak yah nak buat lawak ker apa sementara menunggu masa habis.
[Jawab Komen Ini]
2 December 2007 : 6:23 pm