Posted on 30 December 2007 by mazudi
Sebelum balik hari tu dah call kawan kawan kat Dungun untuk tengok tengok kalau ada rumah untuk disewa. Disebabkan sekarang musim cuti, jadi dorang pun takder masa juga untuk cari dengan serius, tapi mereka cuba tanya tanya macam tu jer la. Semalam satu hari dekat Dungun cari rumah dengan Zainuddin. Continue Reading
Posted on 28 December 2007 by mazudi
Sebenarnya surat permohonan untuk berpindah aku dah buat dalam bulan June 2006 hari tu lagi. Terlalu banyak meja yang surat tu kena singgah sehinggalah pada bulan Oktober 2006, permohonan pindah aku dibawa ke mesyuarat perpindahan di Putra Jaya. First meeting agak mengecewakan sebab permohonan aku kena KIV dulu sebab nak bagi peluang pada orang lain. Second meeting, permohonan aku di KIV kan lagi dengan sebab yang aku tak tau. Nasib baik ada kawan dekat Putra Jaya yang sudi nak tolong dan bawa surat permohonan aku terus jumpa Dato’ Ketua Pengarah. Baru mereka tahu yang aku dah lapan tahun kat Sabah dan memang layak untuk dipertimbangkan untuk pindah. Pada 17hb Disember 2007 aku dapat surat pindah dan kena lapor diri di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu pada 01hb Januari 2008. Continue Reading
Posted on 19 December 2007 by mazudi
Politeknik ditubuhkan sebagai sebuah Institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk melahirkan juruteknik dan pekerja mahir peringkat pertengahan untuk keperluan kilang dan industri. Sasaran pelajar yang memasuki politeknik adalah mereka mereka yang berkelepasan SPM. Namun kebanyakan yang memasuki politeknik adalah pelajar yang gagal melanjutkan pengajian ke Universiti. Jadi politeknik berfungsi sebagai penapis bagi golongan pelajar ini, manakala bagi mereka yang lain yang tidak berjaya memasuki politeknik, terdapat Institusi latihan teknikal yang lain seperti ILP dan IKBN. Sistem pendidikan sebegini dibuat supaya tidak ramai lepasan SPM yang tercicir. Continue Reading
Posted on 09 December 2007 by mazudi
Kekerasan sesuatu bahan ditakrifkan sebagai kebolehan sesuatu bahan menahan dari cakaran. Semakin sukar bahan tersebut tercakar, maka semakin tinggi nilai kekerasannya. Namun begitu, semakin keras sesuatu bahan nilai kerapuhannya juga akan bertambah. Ini berkait dengan peratus kandungan karbon dalam bahan tersebut. Jadi, sepatutnya kita kena kawal kandungan karbon dalam bahan supaya ia boleh jadi keras dan dalam masa yang sama dia ada sifat liat.
Student nampaknya boring dengan teori yang sebegini. Continue Reading
Posted on 02 December 2007 by mazudi
Syafique ada seekor ikan laga yang warna merah. Ikan tu kami beli kat pasar tamu Telipok time ambil dia dari sekolah. Dia yang pilih ikan tu. Tak tahu kenapa dia pick warna merah. Bila balik aku sediakan satu balang bulat yang transparent. Ada lagi batu yang berwarna tu dari akuarium yang pecah dulu, jadi aku masukkan sekali dalam tu. Diawal awal masa dia dapat ikan tu, cukup rajin dia jaga. Pagi pagi time sarapan, dia akan bagi sebiji makanan tu kat ikan tu. Bila balik dari sekolah dia check lagi sekali ikan dia. Kadang kadang bila petang petang selalu aku nampak dia main main ngan ikan tu. Itu empat bulan lepas. Continue Reading