Bookmark and Share

8
user

Lelong barang permainan
Dapatkan permainan berkualiti dari jenama yang terkenal. Harga boleh runding.

Proses Pindah

28 December 2007 | 10:45 pm  |   973 pembaca. Kehidupan, Keluarga, Pengajar

Sebenarnya surat permohonan untuk berpindah aku dah buat dalam bulan June 2006 hari tu lagi. Terlalu banyak meja yang surat tu kena singgah sehinggalah pada bulan Oktober 2006, permohonan pindah aku dibawa ke mesyuarat perpindahan di Putra Jaya. First meeting agak mengecewakan sebab permohonan aku kena KIV dulu sebab nak bagi peluang pada orang lain. Second meeting, permohonan aku di KIV kan lagi dengan sebab yang aku tak tau. Nasib baik ada kawan dekat Putra Jaya yang sudi nak tolong dan bawa surat permohonan aku terus jumpa Dato’ Ketua Pengarah. Baru mereka tahu yang aku dah lapan tahun kat Sabah dan memang layak untuk dipertimbangkan untuk pindah. Pada 17hb Disember 2007 aku dapat surat pindah dan kena lapor diri di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu pada 01hb Januari 2008.

I’ll Miss This Space

I’ll Miss This Spaces

Ada banyak benda yang kena buat sebelum dan selepas pindah ni yang menyebabkan agak sibuk sejak dua minggu lepas.

  1. Cari forwading company yang akan menguruskan barang termasuk kereta. Sebenarnya kita tak payah nak cari pun. Sebelum dapat surat pindah hari tu dah ada company yang call tanya itu ini pasal pindah. Kena ambik tiga quotation dari mana mana company dan tunjuk dekat admin, admin dengan persetujuan pengarah akan decide company mana yang diterima bergantung pada harga yang terendah. Minarex Resources Sdn Bhd adalah forwarding company yang dapat uruskan aku nyer perpindahan barang.
  2. Urus claim pindah, tiket balik dan claim gangguan yang juga perlukan masa kerana ada banyak dokumen yang kena buat salinan
  3. Packing barang. Ini sepatutnya akan disetelkan oleh forwarding company, tapi disebabkan itu barang kita dan demi untuk memudahkan kita juga bila nak buka balik kotak tu nanti, lebih baik kalau kita yang tagging dan listkan semua kotak dengan isinya. Yang ni paling memenatkan. Ambik masa dua hari sebelum flight 27hb Disember hari tu.
  4. Setel semua bil.
  5. Clearkan balik PC dan dokumen kat office. Disebabkan sekarang ni cuti, ramai yang balik, takder proses penyerahan tugas yang aku pegang sekarang kepada sesiapa. Cuma aku pilih mana mana dokumen yang patut dan letak dekat meja mana mana pensyarah yang berkenaan. PC pulak, buang mana mana yang tak perlu, clearkan semua password serta delete mana mana file, software dan document yang dirasakan tak perlu untuk orang lain pakai.

Selepas balik ni pulak, sebelum report kat tempat baru,

  1. Cari rumah baru. Dah call kawan kawan yang sedang bertugas Politeknik Dungun dan mereka bersedia untuk tengok tengok rumah. Tinggal lagi aku pergi nanti just pilih mana mana rumah yang bersesuaian.
  2. Cari sekolah untuk Syafique dan Faeiz. Aku lebih suka kalau ada PASTI sebab sebelum ni Syafique dah belajar di PASTI.
  3. Cari dan isi barang barang rumah yang masih belum ada. Kalau ikut forwarding tu, barang akan sampai paling awal pun dalam tiga minggu. So, dalam tiga minggu ni takder peti ais, takder mesin basuh, takder TV. Aku cuma kena beli set bilik tidur sebab yang ni masih belum ada. Yang lain kena tunggu barang dari tempat lama.

Sekarang ni tengah tumpang rumah adik aku kat Kuantan. Esok plan nak gi cari rumah kat Dungun. Lepas tu kena cari barang untuk isi dalam rumah tu. Harap harap semua berjalan seperti yang dirancang.


, , .

Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan

» Last Day Along kat SK Bt 7
» Pindah
» Flowchart Yang Kelakar
» Sebuah kisah klasik seorang pekerja Indonesia yang hidup sendirian dan seorang wanita di kampungku
» Santai petang Sabtu dengan family sambil makan pizza

Imej Imej Rawak

 

11 Komen untuk “Proses Pindah”

  1. maza:

    8 tahun dok sbh????fuyo…sy yg staun kat swak nih pun dh isi borang pindah..buatnye cukup tempoh nanti x dapek2 gak pindah, naya wei..mau nangis..hekhek..sbh kat nerrr

    [Jawab Komen Ini]

  2. megat:

    Insya allah berkat kesabaran semuanya akan selesai seperti dirancang. Lihat dari perjalanan cerita dalam entri ko, banyak perkara yang ko telah rancangkan dan setakat ini berjalan seperti rancangan asal.

    Selamat menjalankan tugas di tempat baru!

    [Jawab Komen Ini]

  3. CypherHackz:

    8 tahun kat sana? Uish! Tu pun nasib baik ada orang nak tolong. Kalau tak, mahunye duk sana lagi setahun. Tu pun tak pasti.

    [Jawab Komen Ini]

  4. mazudi:

    @megat
    Alhamdulillah, semalam dah dapat rumah untuk sewa dan pagi tadi dah daftarkan PASTI untuk anak anak. Semuanya dekat dengan tempat kerja.

    @Cypherhackz
    Sekarang ni semua nak kena ada networking yang besar kabelnya

    [Jawab Komen Ini]

  5. LediAgli:

    alhamdulillah.. akhirnya pulang ke pankal jalan :-D ..

    selamat pulang ke semenanjung yaa…

    [Jawab Komen Ini]

  6. yazid:

    klu niat kite nak mengajar..sy rase x kesah la kat mane kite ditempatkan..
    sabah ke,srawak ker..semenanjung ker..sumenyer same jer..
    niat tu yg penting..nak mendidik anak bangsa kan….

    [Jawab Komen Ini]

  7. Rydz:

    Macam mana perkembangan kat dungun…

    Bleh la berkenalan dengan Lecturer baru nie….

    Ngajar kat Jabatan mana?

    [Jawab Komen Ini]

  8. anne:

    salam en.mazudi, saya ada mengikuti blog ni walaupun tak kenal tuan punye nye. hehe

    ishk2, lama betul tempoh 8 tahun ni, saya ni pun tgh kenang nasib kt utara. anak kt selatan, suami kt KL… payah ke nk mintak tukar politeknik? khidmat pun belum setahun lg ni? :-(

    [Jawab Komen Ini]

  9. zamri:

    ko org ganu ke? Ganu kat ne? 8tahun sekejap je sbnrnya bila kita disibukkan dengan tugas. Aku alhamdulillah masuk tahun ke 3 aku di kuching, sarawak. Dah mula suka duduk di sini. Belum ada niat nak pindah lagi. lagi 9 tahun baru nak minta pindah ke ganu atau klantan.

    kalau dapat pindah tp kat selangor atau KL lebih baik aku duduk di sini. Penat dah duduk KL 8 tahun 97-2007.

    [Jawab Komen Ini]

  10. mazudi:

    @zamri
    Tu la. Time kat KK dulu rasa selesa sangat jugak kat sana. Tapi apa apa pun kena jugak pindah.

    [Jawab Komen Ini]

  11. zamri:

    yup… memang kena pindah. mana nak sama dengan tempat kampong halaman sendirik..hehe

    [Jawab Komen Ini]

Maklumbalas...

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




Creative Commons License   1380   711  141845
©® 2004 - 2010 www.mazudi.com | 190 queries. 0.366 seconds