Sebelum balik hari tu dah call kawan kawan kat Dungun untuk tengok tengok kalau ada rumah untuk disewa. Disebabkan sekarang musim cuti, jadi dorang pun takder masa juga untuk cari dengan serius, tapi mereka cuba tanya tanya macam tu jer la. Semalam satu hari dekat Dungun cari rumah dengan Zainuddin.
Rumah baru kat Dungun
Bertolak dari Kuantan pun dah lewat, dalam pukul 10.30am. Tak sangka pulak Kuantan dengan Dungun tu jauh jugak. Ingatkan sejam setengah boleh sampai, tapi ambik masa dalam dua jam jugak untuk sampai Dungun sebab ada banyak kontena dan tanker yang besar besar sepanjang jalan.
Cari rumah sewa di Dungun pula bukan satu kerja yang mudah. Tidak ada taman perumahan yang besar di sini seperti di Kota Kinabalu. Kalau di KK satu satu taman perumahan ada sampai 15, 16 lorong, tapi kat sini yang dikatakan taman perumahan tu pulak cuma ada satu dua blok rumah teres, atau semi detached yang kecik kecik. Walaupun ada banyak taman perumahan, tapi tu la, setiap satu tu cuma ada satu dua blok dengan 10 hingga 20 buah rumah saja. Mungkin Dungun satu bandar yang baru nak naik so takder taman perumahan yang besar besar.
Sampai kepetang kami pusing pusing dan hampir setiap lorong kat Dungun tu kami masuk, cuma ada dalam lima buah rumah yang ada sign “Rumah Untuk Disewa” bersama dengan nombor telepon untuk dihubungi. Dari lima buah tu pula ada dua buah yang bila call balik masuk voice mail sampai petang. Satu tu, dia letak harga RM1000 walaupun rumah macam berhantu. Lagi satu tu rumah kampung, besar jugak tapi bila call dia cakap rumah yang nak kasi sewa bukan yang besar tu tapi kat belakang rumah tu. Huhu, macam orang gaji plak duduk belakang belakang.
Last sekali bila dah takder rumah, Zainuddin bawa pergi tempat kawan dia, tanya tanya kalau ada dia jumpa rumah untuk disewa. Selepas call sana sini dengan beberapa rumah yang dia tahu termasuk banglo, rumah teres apa semua, semuanya dah kena sewa. Time tu dah dekat maghrib dan dah nak kena balik.
On the way balik, disebabkan rasa tak puas hati dia pusing lagi sekali kat satu lagi taman yang kami dah masuk pagi tadi. Tiba tiba, dalam suasana gelap time maghrib tu dia ternampak sign rumah untuk disewa kat satu rumah kat taman tu. Bila call, tuan rumah tu boleh datang lepas maghrib nanti dan kami boleh tengok.
Dalam pukul lapan kami tunggu tuan rumah tu kat depan rumah. Tengok apa yang patut, buat buat tak penting sangat rumah tu, minta dia tambah apa yang patut, grill dan cat sana sini dan aku pun setuju untuk ambik rumah tu dengan sewa RM400 sebulan. Alamat rumah tu yang tuan rumah bagi, No 3, Kampung Balai Besar, Dungun. Puas hati cari rumah kat sini.
Malam tadi aku tidur kat Dungun sebab tak berani nak balik Kuantan. Tak tahu jalan bila sampai bandar Kuantan.


December 31st, 2007 at 9:20 am
RM400 tuh kira murah le kalau nak banding kat KL yang hampir RMriburiban neh huhu.
December 31st, 2007 at 2:58 pm
Alhamdulillah dapat juga rumah untuk ko berteduh anak bini. RM400 dah dikira bersesuian dengan rupa rumah tue.
Selamat menduduki rumah baru
December 31st, 2007 at 6:03 pm
Ya, 4000 tu kira murah… Tapi…. Dungun?
January 5th, 2008 at 11:40 pm
oh la.. dekat je dgn rumah aku.. rumah ko dkt dgn skolah balai besar? depan tu je kan
April 25th, 2008 at 6:50 am
macam kenal je umah ni… he3
June 5th, 2008 at 2:23 pm
akum…smua!
kepada sesiapa yg tinggal dkt Dungun, sy mintak tolong kalau ada rumah kosong atau bilik untuk di sewa di Dungun. Kerana saya akan dihantar berkerja disana….mungkin dalam 2 minggu lagi. Saya berharap sangat pertolongan saudara/saudari di Dungun. Saya masih bujang. sekiranyanya ada tolong sms no telefon owner rumah ke 0192049144. insyallah sesiapa yg membantu sy belanja la nnti.
Assalamualaikum.
June 7th, 2008 at 6:15 pm
salam…
rekabntuk rumah diatas ni sgat berpatutan harganya.
saya baru sahaja dapat tukar didungun.
sdangkan negeri asal saya nun jauh di selatan.
saya harap sgat ada pihak yg sudi memberikan bantuan iaitu nombor telefon
pemilik rumah diatas yg ingin menyewakan rumahnya.tak kisah lah rumah jenis
apa pun..asalkan berpatutan harganya..
kepada sesiapa yg ingin membantu..abda boleh menghubungi saya di alamat
e-mel :
wonderlady_02@yahoo.com
June 7th, 2008 at 6:15 pm
salam…
rekabntuk rumah diatas ni sgat berpatutan harganya.
saya baru sahaja dapat tukar didungun.
sdangkan negeri asal saya nun jauh di selatan.
saya harap sgat ada pihak yg sudi memberikan bantuan iaitu nombor telefon
pemilik rumah diatas yg ingin menyewakan rumahnya.tak kisah lah rumah jenis
apa pun..asalkan berpatutan harganya..
kepada sesiapa yg ingin membantu..anda boleh menghubungi saya di alamat
e-mel :
wonderlady_02@yahoo.com
June 17th, 2008 at 4:01 pm
Assalamualaikum semua….
Ak pn tengah cari rumah sewa kt dungun…tp ak nk kt area uitm dungun coz ak br je dpt smbung degree kt sana…susah la coz ak dok kt kedah,x dak contact lak tu…so kalu ada rumah sewa kt uitm dungun yang ok2 n harga yg berpatutan,tlg la bg tahu aku…PLEASE….e-mail je kt….
shah_aaple87@yahoo.com.my
June 19th, 2008 at 11:53 am
Assalamualaikum ….
Minta tlg pada sapa2 carikan umah/bilik sewa untuk saya kerana saya lapor diri kat politeknik dungun 1julai ni.sekarang ni saya still kerja kat putrajaya, so mmg xde masa nak turun sne nak cari umah sewa..i’m single..
so,it’s ok klau just ada bilik sewa je:)
klau boleh saya nak area yang berdekatan ngan politeknik dungun..
senang:)so, saya minta tlg sangat2…
n klau ada yang sudi membantu saya..
plz cal/msg me at 012-9027604
feeza…
or email : crystalflower_83@yahoo.com