Tanpa Kertas
Projek pengumpulan data staff secara online yang aku dipanggil untuk turut terlibat semalam adalah satu projek yang dah lama dijalankan. Objektif dia adalah untuk memudahkan semua pihak dari peringkat bawah hingga ke peringkat atasan mencapai data staff dengan mudah dan menyeluruh. Data data termasuk personal profile, sejarah perkhidmatan serta pencapaian pencapaian yang telah diperolehi oleh staff. Selain dari itu, terdapat juga borang borang berkenaan perkhidmatan yang boleh diakses dari website tersebut.
Apa yang menjadi permasalahan adalah ke efisiensi penggunaan aplikasi tersebut. Tak ramai staff yang masuk dan menggunakannya,walaupun enjin perisian yang dibangunkan adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Seolah olah, untuk memacu masyarakat dari menggunakan borang bercetak ke paperless media, bukan sesuatu yang boleh dibuat dalam masa yang singkat.






30 January 2008 | 11:42 pm
674 pembaca
Tanpa Kertas [...]

1383  
712
145866