Aku hantar emel kat satu student aku. Bukan nak tanya kabar atau nak suruh tengok gambar yang aku attach kat email tu, tapi nak suruh dia hantar buku aku yang dia pinjam sebelum exam dulu. Bila takder apa apa respon dari dia selepas dua tiga hari, aku pun cari nombor telefon dan SMS kat dia. Tak sampai lima minit lepas tu dia reply dan sejam kemudian buku aku tu dah ada kat atas meja aku. Terdetik di kepala aku yang penggunaan emel di era ini bukan lagi satu kaedah komunikasi yang seefektif era sembilan puluhan dulu.
Aku tak dapat cari statistic penggunaan social networking dikalangan remaja di Malaysia (kalau ada sapa sapa yang berani buat survey bagus jugak ni), tapi mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Pew Internet & American Life Project pada Januari 2007, 91 peratus remaja yang menggunakan social networking menggunakan Myspace atau Facebook untuk “keep in touch” dengan kawan kawan yang mereka kenali, manakala 82 peratus untuk berhubung dengan teman yang tidak pernah dorang jumpa. 72 peratus dari semua pengguna social networking menggunakan Myspace atau Facebook untuk plan sesuatu dengan kawan kawan mereka.
Kalau korang cakap itu peratusan dari pengguna social networking, berapa ramai sangat yang guna perkhidmatan macam ni? Kalau korang nak tahu, ada 68 peratus remaja yang ada akses ke internet telah ada profile dekat social network ini dan terdapat 80 millions pelawat ke Myspace dan Facebook pada Februari 2007 sahaja.
Ok. Ok. Habis citer pasal stat yang memboringkan. Ada lagi tapi malas nak tunjuk kat sini. Apa yang timbul kat kepala aku sebenarnya, adakah budak budak sekarang ni menganggap email tu dah “old-school”, macam nostalgia bila kita baca balasan surat cinta pertama tulisan tangan awek kita masa form five dulu. Aku pernah tanya student aku sapa yang ada Myspace, lebih dari separuh budak dalam kelas tu ada profile kat MySpace. Apa yang dorang isi kat Myspace aku tak tau. Bila aku minta email untuk aku simpan, duh, hampir semua cakap dorang dah lama tak buka kotak emel dorang.
Segala-galanya seolah olah point to SMS, IM dan Social Networking sebagai komunikasi social yang paling berkesan dikalangan budak remaja. Teringat kat iklan yang mamat tu beli Laser Disc Player kat radio. Agaknya emel ni pun dah jadi macam tu. “You get your messages when you want to vs. when the sender wants you to get them.” Menerima mesej melalui SMS dan IM adalah satu gangguan, tapi orang dah tak peduli lagi, malah dah jadi satu kebanggan dan satu kekuatan tersendiri bila dapat mesej. Tapi mender ni memang menggagu kalau kat dalam kelas, kan?
Satu lagi. Apa agaknya akan jadi dengan email marketing pada masa depan. Dan lagi, apa sebenarnya tujuan korang nak simpan email orang bila orang nak komen kat blog korang. Aku pakai Thunderbird sebagai perisian untuk baca email, tapi dalam 20 email yang aku terima, cuma satu dua jer yang aku baca, yang lain aku boleh anggap sebagai spam.
Time aku study dulu, cukup excited bila ada email masuk kat inbox, tapi sekarang dua minggu sekali baru bukak email. Memang akupun lebih selesa pakai IM dan SMS dan Twitter, selain tunggu komen korang semua kat blog.


January 2nd, 2008 at 12:37 am
zudi, kelakar je kan.. zaman sekarang ni e mel pun dah jadik “old school”. tapi untuk editorial suratkhabar cam kitowang ni.. e mel ni la yang dibukak setiap hari sebab nak dapatkan bahan daripada reporter.
Penah juga dorang tak sempat nak emel sebab ada masalah.. hantar by sms untuk ditaip semula oleh sub editor. Tak ke penat.. satu news yang berjela2 nak hantar thru sms..
eh.. dah lari topik.. anyway, bukan ke zaman makin berubah dari satu benda ke satu benda berdasarkan kecepatan masa. antara sms dengan e mel.. rasanya sms tu lagi cepat nak sampai maklumatnya berbanding e mel..
apa pun.. nasib baik le budak tu nak pulang buku .. kalau dia buat reta.. alamatnya kena repeat paper.. heheh.. lawak je!
selamat tahun baru..
January 2nd, 2008 at 10:01 am
mungkin lebih cepat mesej sampai melalui sms kerana ia boleh dicapai tak kira di mana orang tu berada asalkan ada telefon bimbit berbanding dengan emel yang perlu ada pc/laptop/telefon bimbit canggih dan perlu ada talian internet… itu pendapat sas jer…
January 2nd, 2008 at 11:30 am
Ahahahha, saya masih pathetic dengan email!
January 2nd, 2008 at 7:50 pm
member2ku hanye membaca mesej2 yang dihantar kat ms n fs. So kalu na inform sesuatu kat speises cmni hanya ‘add comment’ …
January 2nd, 2008 at 8:58 pm
Ehm.facebook dan friendster yang terbaik untukkku..
Apapun. nk komen. Aku suka blog ko. Segar bugar!
January 3rd, 2008 at 4:11 am
salam bro..dh pindah dungun ek..baru jer nak g sabah n jumpa bro kat sabah..dh larik ke dungun lak..nanti jumpa kat KT la..nak gi KT nanti..ehehe apa pun happy new yr ya dan semoga happy balik kpg
January 3rd, 2008 at 2:10 pm
Memang itu lah yang berlaku pada masa kini. Email hanya untuk attachment file saja. Itu pun setelah beberapa diskusi di IM, FS @ twitter!
January 3rd, 2008 at 2:39 pm
Salam 2008 Zudi,
Aku punya 6-7 akaun emel, tapi yang pakai 1-2 saja. Hehehe!
January 3rd, 2008 at 10:10 pm
@nieys
Sesetengah pekerjaan memang memerlukan email sebagai alat komunikasi. Budak budak ni nanti akan terpaksa juga buka email dorang at least 2 kali seminggu bila dah start kerja.
@Sastri
Ya. Itulah kepentingan teknologi. Setiap satu yang baru akan memudahkan sistem yang lama.
@Azhar Ahmad
Huhu.. awak memang!
@MakLan
Macam tu juga kemaruknya aku diawal penggunaan email dulu. Ada apa apa nak bagitau, email jer. Hahah.
@titan
err.. tq.
@arsaili
Ya. Saya dah pindah Dungun baru seminggu kat sini. Loo… nak gi KK ker.
Datang Dungun nanti tinggal mesej kat blog comment yer. Haha.
@megat
Jadi incik Megat setuju la bila dikatakan email tu dah old school. terima kasih.
@blackpurple
Dalam 1-2 akau emel tu, berapa emel pulak yang kau baca?
January 13th, 2008 at 12:51 am
wa…wa…gsm…..gprs…3G
skrang plak BlogMMS..Tu bisa kena develop satu aplikasi mobile tuu…
January 14th, 2008 at 1:10 am
@Rydz
BlogMMS bukankah aplikasi yang disertakan bersama triji henset. Wordpress ada Wordpress mobile plugin untuk update entri ke blog. Aku guna wpmobile untuk update gambar kat Moblog section aku.