Kategori | Kehidupan, Keluarga

Dibawah Paras Minima

Tarikh: 04 January 2008 by mazudi

Dulu time jadi student aku berpuas hati dengan kehidupan aku yang seadanya. Maksud aku, boleh hidup dan enjoy dengan sumber yang minima. Nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat boleh pakai public transport. Bila boring boleh pergi tengok TV kat  bilik TV asrama. Bila nak pakai PC boleh pergi ke lab computer kat kampus. Baju dua tiga pasang kat dalam locker pun dah kira cukup.  Semuanya simple dan tak perlu nak pikir pasal bajet atau apa apa masalah yang lain. Harta yang ada time tu cuma satu radio cassette player yang sentiasa berbunyi kat bilik hostel. Itupun ada yang kata aku dah berharta.

Hari ni masuk hari keempat aku dan family aku hidup dibawah paras minima.

 

Rumah Kosong

Kami takder kereta kat rumah ni yang menyebabkan kami  mati langkah tak boleh nak bergerak walaupun nak keluar pergi beli lauk dan sayur.
Kami takder TV kat rumah ni yang menyebabkan anak anak aku mati kutu tak tau nak buat apa selain dari bergaduh dan memanjat sana sini.

Kami takder washing machine kat rumah ni yang menyebabkan wife aku mati akal dengan kain baju kotor yang bertambah secara geometry mengikut masa.

Kami takder peti ais kat rumah ni yang menyebabkan kami tak boleh nak simpan makanan masak dan basah lebih dari dua hari.

Kami takder kerusi meja  kat rumah ni yang menyebabkan anak anak aku berjalan dan berlari seharian tanpa duduk kat atas lantai. Begitu juga bekalan makanan kami takder tempat nak letak selain dari berbungkus dalam plastic bag dari kedai.

Apa yang kami ada cuma lima biji pinggan plastic sama cawan plastic. Ada satu kuali sama rice cooker untuk masak. Ada satu tilam (toto)  sama dua biji bantal untuk kami anak beranak tidur. Peralatan yang paling berteknologi ialah computer ini sama henset.

Entri ni bukan bertujuan untuk minta derma dengan sapa sapa walaupun korang kesian ngan kami. Hihi.

Kontena kami baru berlepas dari Pelabuhan KK pada 31hb Disember hari tu. Dorang cakap ambik masa paling cepat pun 10 hari untuk sampai Port Klang, pastu pakai jalan darat untuk hantar ke rumah kami. Maksudnya ada la dalam dua minggu lagi kami akan hidup macam ni.

Ada kebaikannya jugak sebab boleh bersama dengan family semua kat rumah dan merapatkan lagi hubungan antara keluarga. Habis nak buat apa lagi. Bercerita, bergaduh pastu makan, cukup masa tidur. Nampaknya kehidupan yang minima seperti dulu ada sedikit kepayahannya bila kita bukan lagi hidup sendiri dan ada tanggungjawab tertentu terhadap orang dibawah jagaan kita.

Kesian kan?

Terdapat 10 Komen Untuk Artikel Ini

  1. Komen Dari ad3ck:

    alaa takpe. orang cakap susah2 dulu senang2 kemudian hehe. yang paling penting kebahagiaan keluarge hang. ;).

  2. Komen Dari Azhar Ahmad:

    Ehhhh, kenapa tak melalui Pelabuhan kelang? Kan lebih mudah pergerakannya?

  3. Komen Dari megat:

    Kadang-kadang seronok juga hidup sebegini. Betul dapat merapatkan hubungan kekeluarga sama org umah dan anak-anak.

  4. Komen Dari wear:

    teringat plak zmn skolah dulu..klo musim ujan dok kt umah ja tak buat aper.time tu lah rasa rapatnya hubungan ngn adik beradik…err..cam lain plak situasi ngn citer..hehe

    2 minggu je lg!

  5. Komen Dari MakLaN:

    gHete bende leh cari,
    kebahagiaan?
    Kepercayaan?
    Kasih sayang?
    (dengan duit gak … huhu)

  6. Komen Dari keroro:

    hehe.. kat mana rumah sewa ni ? welcome to dungun. skrg ni bkn ms yg sesuai la nk melawat pata. ombok beso giler.

  7. Komen Dari tmnasir:

    Assallammualaikum,Mazudi dah pindah semenanjung ker?Kalau barang2 tue sampai dalam 2 minggu lagi yang aku ada 2 bulan lagi nak sampai kat Malaysia…..hehe,sedihnya hidup di perantauan nie….

  8. Komen Dari mazudi:

    @ad3ck
    Bahagiaaa…..

    @Azhar
    memang kapal akan berenti kat Pelabuhan Kelang, pastu kontena akan pakai jalan darat hantar ke Dungun

    @megat
    Agaknya sebab tu orang dulu dulu yang takder TV tu hubungan keluarga dorang memang rapat.

    @tmnasir
    Kesian. Aku nak tunggu dua minggu ni pun cukup sedih.

    @wear
    Ya. Kalau time bah tu, makan ubi kayu sama sama buat sarapan. Syok pulak.

  9. Komen Dari yus:

    oooo, cikgu mazudi dah balik semenanjung yer…

    Sekali sekala seronok gak hidup paras minima macam tu, tp kalau lelama, tak senang duduk dibuatnya.

  10. Komen Dari mazudi:

    @keroro
    Alamak. Ko memang tinggal kat area rumah aku ni jugak ker. Boleh kenal kenal ni. Jadi guide aku kat sini. Pasar pun aku tak tau kat mana lagi ni. Taman apa kau duduk.

    @Yus
    Ya. Saya da balik semenanjung.
    Bukan tak senang duduk Yus, tapi terpaksa kena duduk. hahah

Leave a Reply

 

HAPPY-O-Meter


BLOGGER

    Loading...

ADS

MESEJ

ADS

BLOG INFO

Ranking

  • Pagerank :3/10
    AlexaRank :1,190,688
    Technorati :262,934

  • Backlink

  • Google :32
    Yahoo :0
    AltaVista :956
    AllTheWeb :186
    AOL :0

  • RSS Subscriber

  • Feedburner :0

Statistik

  • Comment :763
    Post :580
    Hits :  2124

META