Minyak Masak Pulak
Sebelum datang Dungun dengan family semua hari tu kami dah start shopping barang barang dapur kat Kuantan. Time tu dah qurious dah sket kenapa minyak masak kat situ tinggal yang mahal mahal jer semua. Tak der satu pun minyak masak yang biasa aku beli ada kat situ. Ok la. Ingatkan kat situ takder so, nanti boleh beli kat Dungun. Lagipun minyak masak benda yang common, mana mana boleh dapat.
Besoknya, first day aku kat Dungun, satu pekan Dungun aku pusing cari minyak masak, satu pun takder. Bukan jer yang murah, tapi semua species minyak masak takder kat kedai kedai biasa kat sini.
Masa aku tinggal kat KK dulu, time isu bekalan gula takder dulu tu. Kami mula terasa ketiadaan bekalan selepas dua bulan bekalan tu takder kat semenanjung. Mungkin stok kat sana lambat sampai, so kami lambat terkena kesan dia. Apa yang menarik ialah, bila isu kekurangan gula tu di perkatakan di media arus perdana, kami ada masa untuk beli banyak banyak dan simpan. Setiap kali pergi kedai beli dua kilo. Tapi tu la, ada juga masanya gula takder kat rumah aku time tu.
Dorang cakap kekurangan bekalan minyak masak ni boleh disetelkan dalam dua tiga minggu. Tapi rasanya semua orang dah ada pengalaman masing masing dengan bekalan gula dulu tu. Ada sesuatu yang tak kena dengan universe ni agaknya. Bukankah Malaysia sebuah negara pengeluar minyak kelapa sawit utama dunia? Nak tuntut laba yang lebih besar dari pihak yang bertanggungjawab, pengguna yang kena tanggung segala kesulitan. Ya, kita harus terima semua tu sebab takder mender yang adil kat alam ni. Kena percaya tu.
Aku ada dua botol minyak masak lagi yang aku bawak dari Sabah. Tapi belum sampai lagi, masih kat dalam kontena. Harap harap bila sampai nanti, ketiadaan minyak masak kat Dungun ni dah pulih balik seperti yang dijanjikan.
Artikel Yang Berkaitan
» Peluang
» Mydin Dungun, beli minyak kayu putih
» Ketam Dan Kelapa
» Lunch For Thought.
» Achieve a Target
» TiVi
» Bisnes
» Back To KK


















Salam Mazudi ….
lama tak singgah umah ni , sampai tertinggal banyak cerita.
Tahniah sebab dah balik ke Semenanjung ….
Walaupun tak dapat Pangkal Kalong, at least DUngun masih lagi kawasan pantai timur.
Sampaikan salam pB kepada Encik Syawal. Dia pun lapur diri pada 1hb Jan 2008.
9 January 2008 : 12:19 pm
Owhhhh, lambat sebulan kalau kat KK? Bahagiala… orang KK kannn.. Tapi kat KK harga lebih kurang kat Kuantan kan…
9 January 2008 : 1:45 pm
@pB
En. Syawal? Ok. Ok. Nanti aku buat annowencement. Dia dari mana sebelum ni?
@AzharAhmad
Yer. Lewat barang sampai sana, dan ada sesetengahnya tak sampai langsung. Pernah nampak kat kulit majalah dak? Ada harga west dan east Malaysia, harga jualannya pulak ialah, harga Sabah/Sarawak yang dicetak tu campur dengan RM1.00 lagi.
9 January 2008 : 2:18 pm
Kelmarin aku belanja di Tesco. Kelihatan tempat dimana diletakkan minyak masak kosong. Apa dah jadi!? Keperluan harian kalau dah tak de macam ni akan mendatangkan kepayahan kepada pengguna.
9 January 2008 : 4:26 pm
Hari ini minyak masak, lepas ini emtah apa lagi pulak agaknya?!
9 January 2008 : 5:32 pm
hehe, ada jugak tu minyak bawak dari sabah.
harap sabar menunggu :p
9 January 2008 : 7:57 pm
salam maal hijra semoga pembuka tahun bara menjanjikan seribu kebahagiaan dan kerahmatan
10 January 2008 : 12:09 am
salam maal hijrah
10 January 2008 : 12:10 am
Than kesudahannya….tunggu minyak masak lah yer??????????kat kontena tue??????hish…hish….
10 January 2008 : 8:01 pm
Nasib baik aku tak gunakan minyak masak.. fuhh selamat.. nampak sangat aku tak memasak..
tapi kat umah aku ada lagi 2 tong… mark up 10 kali ganda bes juga
10 January 2008 : 9:29 pm
kes yg sama jadik kat aku minggu lepas. time aku nk beli tggl lagi 6 botol minyak msk size besar.
12 January 2008 : 4:46 pm