Bookmark and Share

9
user

Lelong barang permainan
Dapatkan permainan berkualiti dari jenama yang terkenal. Harga boleh runding.

Nostalgia Netscape

11 January 2008 | 1:47 am  |   405 pembaca. Coding, InfoTech

Dua belas tahun yang lalu (1995) aku diperkenalkan dengan internet di kampus. Bila buka komputer kat lab komputer kampus, icon utama yang dicari ialah Netscape. Ia adalah browser utama yang digunakan aku untuk melayari internet. Tak ingat pula samada icon IE dah ada atau tidak, tapi ia tak digunakan sebagaimana Netscape. Banyak nostalgia dia sebenarnya sejak Netscape dibentuk pada tahun 1994 sehinggalah ia diumumkan untuk dikuburkan oleh AOL awal tahun (exact date is 28 Disember 2007) baru baru ini.

Netscape Diskette

Peringkat awal pembangunan browser dipertengahan 90-an menyaksikan tidak banyak multimedia yang boleh dipaparkan. Cuma text dan image dengan resolution yang bersemut-semut sahaja yang dapat dipaparkan. Audio pula cuma dalam format midi. Video masih belum ada. Take note juga yang internet connection time tu berapa jer speed dia, dial-up connection zaman sekarang pun lebih laju. Semua itu Netscape dapat bawa dengan berkesan dan kami puas hati.

Teknologi sumber-terbuka Mozilla yang popular diguna oleh Firefox sekarang ni pun dipelopori oleh Netscape pada tahun 1998 sebelum AOL ambil alih. Terdapat beberapa versi Netscape yang menggunakan teknologi Mozilla. AOL akan meneruskan security patches bagi versi terkini Netscape sehingga 1hb Februari 2008. Selepas itu Netscape akan difailkan sebagai salah satu dari sejarah perkembangan internet.

Walaupun begitu, pengguna Netscape masih lagi boleh download Netscape versi yang tak akan dibangunkan lagi ini. Netscape.com juga akan diteruskan sebagai “Internet portal kegunaan am”


.

Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan

» Laskar Pelangi : Nostalgia Zaman Sekolah Era 70an
» Sejarah Feed
» Browser Compliance
» Nostalgia Geocities
» Retro: Finale

Imej Imej Rawak

 

8 Komen untuk “Nostalgia Netscape”

  1. Azhar Ahmad:

    Ahahahahah, netscape memang hebat satu masa dahulu. Perkara pertama yang saya buat bila masuk internet ada daftar akaun hotmail! Ahahahahhaha… punyalah lembap, tapi masa tu tak kesah… Teruja sungguh….

    Masa tuh dok main chatting kat server singapore. Apa tah namanya, altavist kotttt…. ahahahahha

    [Jawab Komen Ini]

  2. megat:

    Uhuh memang lemau betul time tu. Tapi masa tau apa, jalan terus. Kalau sekarang mau hentak kepala kat keyboard wakaka.

    [Jawab Komen Ini]

  3. MakLaN:

    alamak, tak dapat rase kenostalgiaan netscape ..

    [Jawab Komen Ini]

  4. ad3ck:

    hehe mase tuh ade satu disket pong da kira bangga. ;p. pekh 12 tahun kire senior la jugak. ku start menginternet kurang dari 10 thn dulu hehe.

    [Jawab Komen Ini]

  5. titicaca:

    yep..saya ingatt..saya ingat..nostalgia giler..heheheh..

    [Jawab Komen Ini]

  6. BP:

    Masa itu antara kami, anak-anak orang kaya jer yang ada pc sendiri. Huhuhu

    [Jawab Komen Ini]

  7. melayubuntu:

    haha…nostalgia giler rr netscape nih…walaupun aku kenal komputer yang ada 2 kaler jer pada awalnye, tapi bila dh banyak kaler antara bnda pertama yg aku kenal ialah netscape..

    btw, aku tgk ko guna widgetbucks kt blog nih..aku dgr derang xbayar utk blog yg bukan BI..dia dh bayar ko blom?

    [Jawab Komen Ini]

  8. mazudi:

    @melayubuntu
    Aku guna widgetbuck tu sebagai alternatif untuk Adsense, tak tau plak dorang tak bayar utk blog bukan english. Patutla takder apa pun kat akaun aku. Kena cari alternatif lain laa plak sebab adsense tu kengkadang jalan kat comment page.

    Thanx for the info bro.

    [Jawab Komen Ini]

Maklumbalas...

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




Creative Commons License   1384   712  146747
©® 2004 - 2010 www.mazudi.com | 195 queries. 0.380 seconds