Entri ini sebenarnya adalah jawapan atau komen dari seorang bekas pelajar politeknik yang sedang menjalani pengajian di Universiti untuk entri bertajuk Lepasan Politeknik Di Universiti. Yazid ada beberapa point dari persepsi seorang pelajar. Aku merasakan jawapan dari beliau ini sesuai untuk aku tempatkan di muka hadapan blog ini agar ramai antara kita boleh baca, bagi mereka yang berkenaan dan terkena batang hidung, bolehlah sedikit sebanyak dijadikan panduan.
pelajar lepasan polytechnic memang susah nak dapat keputusan cemerlang bilaman mereka masuk ke alam universiti. saya pun dak lepasan politek gak.buat cert kat poli ungku omar(2001-2003)-CPA:3.84,then futher dip kat poli s.alam(2004)-CPA:3.86,then thun 2006 smbung degree kat kuittho..tp skarg nak jd UTHM..atr sebab2 dak poli susah nak survive kat ‘U’ pada pandangan saya ialah:
a)dieorg terkejut yg sistem pembelajaran kat ‘U’ ni..4 the 1st sem tu,memang teruk.saya pun alaminya…bln yg pertama tu,ya Allah..hanya tuhan je yg tau betapa sukarnya life kat ‘U’ ni..langsung x sama ngan poli.saya ingat lagi 1st test sy di kuittho ni adalah subjek digital system,En afendi yg ajar(skrg beliau tgh wat phd kat oversea),bayangkan sy dapat 20+ jer over 50..sepanjang kat poli,x penah pun dlm mane2 test sya dapat result seteruk ni…tp,alhamdullih sy dapat atasi nya,maybe markah test tu gak yg menjadi turning point dlm diri sy utk megubah cara belajar sy disini..thanks en affendi..
b)dak2 poli ni,malas n malu sangat nak tanye kat pensayarah bilamane dieorg ni x paham..x tau la kan sebab ape..klu buat bende yg berfaedah tu rajin plak..
bile x paham..senyap jer..bile pensyarah tanyer paham ke x?..sume ckp paham..padahal..hampeh x paham pun..
c)dak2 poli ni susah nak jmpe secara personal ngan pensyarah dlam bilik pensyarah.klu malu nak tanye dlm clas,pegi la bilik pensyarah secara personal..ni x,dlm clas malu..jmpe personal dlm bilik pun xkan malu kot…
d)dulu kat poli slalu di manjekan dgn tips..tips pun kekadang sejibik2 masuk exam kan..soalan pun x lari byk dr soalan2 past year..so,klu buat soalan2 past year pun dah boleh lulus..kekadang dah boleh dapat result baguih..tp,kat ‘U’ ni lain..ade gak lecturer yg bg tips,tp jgn harapkan 100% dr tips tu jer..kene ade la usaha lebih skit..bace lebih skit..
tu lah atr sebab2 dak poli x leh nak survive kat ‘U’ terutamnya dak melayu..tp bukan sumenyanye la…
anyway,saya rase dlm kes ni kite xleh nak salahkan lecturer poli..diri kite sendiri tu yg patut diubah..cara kita blajar,cara kite berfikir,cara kita bercakap,jgn ade sifat malu utk bertanyer..klu x tau on d spot trus tanye pensyarah..
ok..dikesempatan ini gak sy nak ucapkan terima kasih x terhingga kepada pensyarah2 jabatan kejuruteraan kletrik poli ungku omar n s.alam yg telah byk mengajar dan memberi tunjuk ajar kepada sy selama ini..
oh ya..lupe nak bgtau..skrg ni sy berada d final semester..bln april ni tamatlah pengajian sy di UTHM..CPA sya skrg 3.80..hopefully dapat konvo dengan ijazah kelas pertama..amin….
Terima kasih untuk Yazid atas pandangan beliau. Aku taknak komen apa apa sebab aku tahu budaya budaya belajar kat politeknik yang disebutkan kat atas itu memang wujud kat mana mana politeknik. Kita tunggu dan lihat apa kata kawan kawan yang lain.


January 13th, 2008 at 12:29 am
Hmmm…tak pernah la pulak kenal budak poli…so tak tau cerita la pulak…tapi bab spoon feed ni masih berlaku even dekat kolej2 swasta…..tak leh nak lari dah….
January 13th, 2008 at 10:19 am
usaha tangga kejayaan…berusahalah
January 13th, 2008 at 11:40 am
sy cukup tertarik ngan tajuk entri ini memandangkan sy juga merupakan bekas pelajar politeknik thn 2000. mmg tak dapat dinafikan ape yg diperkatakan oleh yazid itu betul. sy juga mempunyai pengalaman yg same tp xserupa, hehehe..sy amat bernasib baik kerana selepas sahaja tamat sijil, sy diterima masuk oleh sebuah IPTA untuk melanjutkan ke peringkat ijazah. dan sekarang dlm proses menyambung studi ke peringkat tertinggi. syukur..doakan sy ye
dulu, mmg timbul rase malu, kdg2 mcm xnak mengaku je bile org tanye psl background study. apatah lagi mase tu, kebanyakan kawan2 dari matrikulasi dgn berlatar belakangkan sekolah2 yg gah. kdg2 ade jgak pensyarah yg turut mempunyai perspektif yg negatif terhdp bdk poli.
mmg pada permulaan, agak sukar kerana hendak menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran yg baru & agak mencabar, tambahan pula dgn perasaan rendah diri yg kuat dan malu tp sikit demi sedikit, sikap tersebut dpt diubah.. masalah yang plg ketara ialah penguasaan bahasa inggeris dan matematik lebih2 lagi jika mengambil kursus dlm bidang kejuruteraan. jika org lain amik mase yg sedikit utk pahamkan sesuatu perkara tp sy pula kene bertungkus lumus, brula phm. walaubagaimanapun ape yg sy nmpk , bdk poli ade kelebihan tersendiri terutama sekali dlm kemahiran teknikal, ini boleh dilihat semasa sesi lab sbb kebanyakan bdk poli dpt menyelesaikan ujikaji tersebut dan selalu dijadikan rujukan.
dan sekarang, Alhamdulillah akhirnya sy dapat membuktikan yg sy dapat berdiri same tinggi, duduk same rendah dengan pelajar2 lain. malahan, secara peribadi sy berbangga dengan pencapaian akademik sy tp bukanlah niat hendak mendabik dada sbb nilai duniawi ini tidak bawe ke mane, dan ia bukanla kayu pengukur kedudukan kite di sisi Tuhan..at last, sebenarnye manusia ini same shj walaupun berbeza latar belakang yg penting kite kne sentiase berusaha memperbaiki kelemahan diri.
Sori, komen sy agak pnjg, mengalahkan tuan punye blog pulak, hehehe…
January 13th, 2008 at 2:54 pm
heh..poli kt sini pn smer ngn aper yg saudara Yazid tu ckp..
nk tanak..student yg tentukan…
January 13th, 2008 at 6:28 pm
Apap2pun semua atas diri…. Hummm adik saya pun susah nak terus belajar kat univ…
January 14th, 2008 at 12:50 am
Spoon feed ni sangat sinonim di poli, member la bagitau, adn she also tak survive kat u, separuh je, mungkin pembudayaan kot.
di kolej swasta pon spoon feed berleluasa, tapi student kolej still survive, munkin sebab poli seperti biasa more technical..
January 14th, 2008 at 2:26 am
sy amat bersetuju dgn apa yg diperkatakan oleh saudara yazid…dia tu classmate sy ms dip kt poli shah alam dulu…sblm tu sy bt sijil kt situ gak…sy pn sdg sambg study kt kukum,perlis tp skrg dh jd Universiti Malaysia Perlis dlm kos electronic eng..dh last sem pn…bln mei 2008 ni dh abis la…alhamdulillah sy dpt survive jgk sepanjang stdy kt sini…seperti kwn2 yg lain sy pn ms mula2 agak sukar nk menempuhi alam baru kt universiti..tambah plk dgn kampus kami yg distributed ni…serata perlis ni ada je tpt kami belajar…mmg tension gak la…xsama langsung mcm kt poli dulu…member2 pn best…pastu cara pembelajaran pn xsama mcm kt poli dlu…smua kn bt sendiri…org lain dh sampai ke mana kita kena bljr lg…tp apa yg penting hendak seribu daya xnak seribu dalih…so sy try je la yg the best…sampai la skrg dh last sem.tapi result xder la gempak sgt mcm yazid tu…hehe
ada sekali tu dlm satu klas lecturer tu bezakan kami bdk poli dgn bdk matrik…geram btul…dia igt kita bdk poli xbgs kot…tension btul ms tu..tp xper lps gak paper dia…tapi kalo time bt projek or kt lab bdk poli arr terer…hehhe sbb kita dh biasa kt poli dulu kan…
apa pun usaha tangga kejayaan…di harap kepada semua kwn2 lepasan poli yg dpt samb kt universiti tu jgn risau…kita pn boleh mcm org lain gak…be yourself…good luck…
January 14th, 2008 at 6:57 pm
aku still rasa tak kisah budak poli ke..U ke.. maktab ke..sikap yg penting…sikap Yazid mmg patut diikuti sebab walaupon pada mulanya dapat markah tak bagus, tapi dia jadikan keputusan tu sebagai perangsang untuk dia..bukan melemahkan semangat diri sendiri. Aku still rasa kalau dah usaha bersungguh2, dan berdoa, Allah tak akan menghampakan kita, insyaAllah. Kebanyakan students aku selalu tak buat apa yg dijanjikan..suruh jumpa once a fortnight untuk saya ‘pantau’ pun tak buat…masih nak kena ketuk macam di sekolah…hmmmpphh….
January 16th, 2008 at 1:34 am
Aku pun rasa apa yang di nyatakan di atas oleh En.Yazid tue betul….
Cheers
February 1st, 2008 at 3:29 am
kolej komuniti lagi la..
memang student dimanjakan gila..
bih kurang poli gak tu..
February 1st, 2008 at 11:58 pm
motivasi modal insan juara ada cara…
March 5th, 2008 at 3:01 pm
salam, ni pandangan saya,
kat U, yuran mahal,lecturer ajar biaser jer. kat poli yuran murah dan lecturer ajar dari a-z,btoi2 cam guru. nak kata poly spoon fed, x adillah. byk U lain pun spoonfed,cuma x nampak. ada U yg lagi murah dan byk keistimewaan pd sesetengah golongan(siap ade zakat/kupon makan) tapi kita x istilahkan dia spoonfed…nape? sebab dia U?
lecturer2 otai yg mengajar zaman 80-90an kat poli x penah sgt bangkit isu spoonfed student poli…nape?sebab ader something wrong ngan lecturer poli yg. muda2 dan baru ni…sebab-sebabnya:
1. ader ISO,dulu x der( dasarnya baguih,pelaksanaanya…?)
2.syarat kemasukan ke poli patut dh jumud.( pangkat 2 skang lg truk aku rase dr pangkat 2 zaman dulu)
3. bila graf keputusan SPM tiap2 thn x tetap, alamat student yg akan blajor kt IPTA bleh diragukan..(kem pelajaran yg kuarkan result, bahana kat IPTA yg akan select student bedasarkan SPM ni)
4.kalo poli wat degree, baru dia akan “jaga” kualiti student dia kerna kene bersaing ngan U lain.skang, hanya poli yg kuarkan Sijil dan penyumbang terbanyak pengeluaran diploma,jadi dia rase dalam zon selesa dan kurang nak bersaing dari segi kualiti student ngan IPTA lain.
kesimpulannya, byk gak aku tgk student poli jd pegawai profesional, ada jadi engineer,kontraktor bejaya, profesor dll.cuma skang aku arap poli kene tapis dan ketatkan syarat masuk.
March 10th, 2008 at 6:43 pm
yeah!! skg rmai sgt dak pndai2…ketatkan le skit pengambilan dak poli yg smpai melimpah ruah…huhu
April 19th, 2008 at 12:29 pm
I lihat dan kaji, sebenarnya ia terletak bersepadu antara pelajar, pensyarah dan sistem.
Penyebab negatif :
1. pelajar tiada jatidiri untuk majukan diri dalam pelajaran
2. pensyarah dibeban kerja pelbagai
3. sistem nilai kemasukan pelajar lepasan spm terlalu lemah dan nilai kualiti spm itu sendiri terlalu rapuh.
Penyebab positif:
1. pelajar politeknik kemasukan mudah, yuran murah tetapi diajar dengan a to z oleh pensyarah kerna untuk kejayaan pelajar. Kalau tak ramai pelajar gagal dan akhirnya menjadi agen pertambahan kaki2 letak tak berpelajaran.
2. pensyarah politeknik umpama lilin, gaji rendah, beban kerja tinggi. Mulianya mereka.
3. sistem sijil dan diploma banyak membantu pelajar untuk mendapat pelajaran dan sambung belajar.
April 25th, 2008 at 6:41 am
haha, aku budak psmza….
hahahahahaaaa….
June 25th, 2008 at 12:59 pm
bleh x aku tau, bpe gaknye gaji basic sbg sorg lecturer kt politeknik ni? please…aku nk tau r
June 25th, 2008 at 2:13 pm
@zuryn
Sila check kat JPA website.
Gaji pensyarah Politeknik baru diupgrade ker DH, sebelum ni DG. Tapi tangga gaji masih sama.
June 30th, 2008 at 2:39 am
nak tanya…saya graduan epas dip poli dlm bidang kejuruteraan elektrik. saya br je dpt smbg di ijazah UITM kos elektrik. so, sy nk tau samada tempoh saya buat degree brape tahun? kepada sesiapa yang pasti,tolong beri pandangan
July 8th, 2008 at 3:25 pm
salam, bro mazudi, nak tanya skit lar:
1.diploma lanjutan yg nak wat kat Poli ni setaraf Ijazah Kepujian atau Ijazah Am atau Diploma je?
2.berapa tahun pengajian diploma lanjutan ni kalo dari diploma poli?
3.bleh ke lulusan diploma lanjutan poli ni nak daftar sebagai jurutera siswazah kalo dip lanjutan ni setaraf ijazah?
4. Poli x bercadang ker nak wat kusus Ijazah?
sekian,arap bro. bleh konsi citer skit
July 8th, 2008 at 7:05 pm
@mahmud
Kalau tak salah saya program advance dip kat poli ni ada problem la baru baru ni dari segi pengiktirafan. Saya tak pasti samada dari JPA atau KPTM atau. Ini kerana objektif asal politeknik adalah untuk menghasilkan pekerja separa profeesional, bila prgm adv dibuat, ia setaraf dengan degree yg levelnya dah pro.
Namun saya tak tau setakat mana masalah ni dah diatasi. Nanti saya try tanya sapa sapa untuk info lanjut.
July 10th, 2008 at 5:46 pm
salam,bro mazudi,
tq atas info itu.arap2 dapat konsi info lanjut.