Bookmark and Share

15
user

Lelong barang permainan
Dapatkan permainan berkualiti dari jenama yang terkenal. Harga boleh runding.

Tanpa Kertas

30 January 2008 | 11:42 pm  |   857 pembaca. Coding, InfoTech, Pengajar

Projek pengumpulan data staff secara online yang aku dipanggil untuk turut terlibat semalam adalah satu projek yang dah lama dijalankan. Objektif dia adalah untuk memudahkan semua pihak dari peringkat bawah hingga ke peringkat atasan mencapai data staff dengan mudah dan menyeluruh. Data data termasuk personal profile, sejarah perkhidmatan serta pencapaian pencapaian yang telah diperolehi oleh staff. Selain dari itu, terdapat juga borang borang berkenaan perkhidmatan yang boleh diakses dari website tersebut.

Apa yang menjadi permasalahan adalah ke efisiensi penggunaan aplikasi tersebut. Tak ramai staff yang masuk dan menggunakannya,walaupun enjin perisian yang dibangunkan adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Seolah olah, untuk memacu masyarakat dari menggunakan borang bercetak ke paperless media, bukan sesuatu yang boleh dibuat dalam masa yang singkat.

e-SiS

Paperless. Suatu masa in the near future, akan wujud satu situasi yang bila kita nak baca berita, kita singgah kat mana mana tempat, pastu dengan gadget tertentu kita download berita dari situ, bukan lagi beli surat khabar. Mungkin kedai surat khabar sekarang akan jadi satu kiosk untuk download berita. Sekarang ni pun service berita online dah banyak dan kita boleh akses kat mana mana dengan percuma walaupun ia tak sepenuhnya macam kat surat khabar.

Tapi, ini semua belum lagi berlaku, dan masa akan tentukan berapa lama lagi ia akan terlaksana. Namun dah ada statistik yang menunjukkan penurunan penjualan surat khabar.

Seperti kebanyakan perkara, the inability to adapt is often what drives the extinction of a species. Dalam kes ini, tekanan kehidupan, persekitaran dan teknologi berubah terlalu cepat berbanding perubahan pada kelakuan masyarakat (society’s habit) , atau mungkin juga keperluan dan kehendak mereka.

Terdapat unsur unsur romantika kat sana, walaupun dalam generasi yang korang hidup sekarang. Manusia masih lagi suka dengan suasana pagi untuk beli paper kat tepi jalan, lepas tu pergi kedai kopi minum, buka surat khabar page demi page kat kedai kopi sambil minum, sambil bercerita dengan kawan sebelah pasal berita yang ada, selepas makan nasi lemak.

Begitu juga bagi staff satu satu jabatan, menerima satu memo atau surat yang bercetak untuk menghadiri mesyuarat adalah sesuatu yang mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dari segi kesahihannya berbanding menerima emel. Mengisi borang maklumat diri pada borang cetakan lima muka surat dan menandatanganinya lebih meyakinkan, walaupun borang tersebut terpaksa melalui berbelas meja sebelum sampai kedestinasinya, dari berada depan komputer dan isi form yang sama secara online dan semua pihak yang memerlukan data tersebut dapat melihatnya secara terus, malah ia juga editable.

Jadi persoalannya sekarang adalah macamana nak adapt. Selain dari permasalahan penerimaan sosial, ia termasuk juga permasalahan kos, permasalahan human resources, R & D serta untung dan ruginya bila paperless ni dilaksanakan. Lebih lebih lagi masalah mentaliti masyarakat pekerja yang masih lagi menganggap arahan kerja tanpa tandatangan pengesahan ketua adalah satu arahan yang bukan resmi.

Apa yang kami ada untuk projek data staff secara online ini adalah harapan. Harapan agar satu masa, walau selama mana pun ia, akan tiba dimana, setiap permohonan, arahan serta kelulusan terhadap apa apa tugas dapat dilaksanakan disini. Rasanya bila generasi kami, iaitu generasi yang study di era IT, sudah berada diperingkat pengurusan atasan, aplikasi ini dapat digunakan dengan lebih berkesan.

“Berapa banyak pokok yang kena tebang bila korang masih lagi berminat baca surat kabar yang bercetak.” Kata sorang kawan yang tak pernah beli surat kabar.


, , , .

Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan

» Bunga kertas
» Baharin Che Ajid
» The Day Of Misleading
» Tokan tikam-tikam dari pekan Pulai Chondong yang terbakar
» The Desk : Judge Me

Imej Imej Rawak

 

12 Komen untuk “Tanpa Kertas”

  1. en_me:

    me teringat dulu2 projek paperless itu.. tapi sampai sekarang masih x praktikal..

    salam bro..

    [Jawab Komen Ini]

  2. azreen:

    Bukan senang nak ubah mentaliti sesuatu masyarakat :D

    [Jawab Komen Ini]

  3. melayubuntu:

    aku teringat kat ucapan CEO Intel (kalau tak silap) ttg apa yang dia pggil sebagai personal internet (kalau xsilap). DIa membayangkan bhw satu masa nanti akan ada fenomena dimana maklumat akan datang kepada kita dimana sahaja kita berada disaat kita perlukan maklumat tersebut..antara yg dia sebut jugak ialah pasal perhubungan antara 2 bahasa dan ada mesin penterjemah in real time..

    [Jawab Komen Ini]

  4. syamsulariff.com:

    memang susah nak ubah tu..kena ade kerajinan, tabah dan tak mudah putus asa..aku kengkadang terputus asa kejap bila surh kawan amek maklumat pasal akademik through internet

    [Jawab Komen Ini]

  5. ad3ck:

    ku masih takleh nak bayangkan kehidupan tanpa kertas. tapi kalau takde nanti ok gak, selamat le bumi hijau hehe. entah2 nanti kertas da takde sebab pokok dah abes. ;p

    [Jawab Komen Ini]

  6. megat:

    Don’t worry pokok byk lagi en mazudi wakaka

    [Jawab Komen Ini]

  7. Ms Chrome:

    memang..
    nak bagi emel 4 sure x semua yg check emel
    spttnya as a peg krjn setiap hari at least 2x cek emel
    nak x nak tpkasa gak kuar memo

    erk…update e-SIS ke?

    [Jawab Komen Ini]

  8. Norashady:

    Mace muko Azmi Ayop jah..jolo ko ??? Buleh la jelen dio Di..

    [Jawab Komen Ini]

  9. Azhar Ahmad:

    Adehhhh, ilmiah sungguh… Hiummm, paperless… Bilalah agaknya, sedangkan RFID yang dibangunkan sekarang banyak digunakan di kertas… sampai bila mahu guna kertas ya….

    [Jawab Komen Ini]

  10. arsaili:

    salam bro, cam ne tempat baru? ok tak?

    [Jawab Komen Ini]

  11. wear:

    mentaliti masyarakat msih lg kuat terhadap bnda yg sedia ada dan sukar tuk bertukar kpd sesuatu yg hakikatnya lbih praktikal dan efisen.(sukar nk terima bnda baru…)

    perlukan masa kot…tuk lebih pendedahan…

    [Jawab Komen Ini]

  12. MakLaN:

    secara personal, aku sekarang lebih suke gune online apps. Pantas, cepat, dan selesa. Tapi kepentingan kertas pun tak boleh dinafikan.

    [Jawab Komen Ini]

Maklumbalas...

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




Creative Commons License   1472   717  239369
©® 2004 - 2010 www.mazudi.com | 198 queries. 0.384 seconds