Teknik Optimakan Enjin Carian (SEO)
Setiap orang yang ada website atau webmaster perlu juga tahu asas teknik SEO yang mudah untuk mendapat ranking tertentu bagi site mereka kat enjin carian. Lagi banyak korang tahu tentang teknik Mengoptimakan Enjin Carian (Search Engine Optimization), (ada istilah dalam bahasa melayu yang lain ker untuk term ni?) makin baguslah kedudukan laman web korang dalam enjin carian yang digunakan, terutamanya Google.
Mengoptimakan laman web korang untuk enjin carian perlu jugak diberi keutamaan selepas korang bersusah payah menyiapkan laman tersebut. Bila korang boleh conquer atau menguasai satu satu katakunci (keywords) tertentu yang korang pilih untuk laman web korang, dimana bila orang search dengan keyword tersebut, lama web korang yang duduk kat ranking teratas, maka anda telah berjaya mengoptimakan enjin carian untuk laman web korang. Untuk itu, korang patut mempunyai satu ilmu tentang bagaimana SEO ini boleh berguna untuk korang serta website korang.
Tip mudah SEO ini diharap akan berguna untuk korang memahami secara asas tentang benda ni.
1. Title Tag
Title tag ni terletak kat atas sekali dalam html page korang dan ia akan bagitau enjin carian berkenaan dengan apa sebenarnya laman web korang ni. Bila korang buka lama web kat browser (IE, Firefox, etc.) Title tag ni adalah perkataan atau ayat yang akan muncul kat atas sekali screen tu. Walaupun ia satu benda yang simple, tapi title tag ni penting untuk ‘on-page optimization‘; ia sepatutnya mengandungi katakunci utama anda kat situ dan ia juga seharusnya terdiri daripada 63 karakter atau kurang kalau korang nak Google paparkan tajuk ini dengan ayat yang penuh.
Ramai mereka yang expert pasal SEO ni, buat laman web mereka dengan tiga pendekatan. Dia orang letak title dalam:
- Title Tag
- Tajuk utama dalam laman web itu sendiri ( Biasa yang pakai tag h1 atau h2 tu)
- dalam URL mereka (www.tajuklamanweb.com)
Kadang kadang dorang pakai keyword tu kat anchor url jugak, Contoh: www.namawebsite.com/tajuklamanweb(atau)keyword.html
2. Meta Description Tag
Meta tag ni pulak mengandungi penerangan tentang laman web korang. Penerangan (description) korang ni akan keluar kat enjin carian selepas tajuk website, jadi kena berhati hati jugak kat sini, kena tulis dengan tepat, padat dan objektif. Description ni kena ada dalam 140 karakter atau sekitar 20 perkataan. Pastikan korang masukkan keyword yang korang pilih tu kat sini tapi jangan nak spam pulak, jangan ulang keyword korang lebih dari dua kali, kalau boleh guna variasi perkataan yang sesuai.
Webmaster yang berjaya boleh menjadikan description dorang seolah olah menonjol dari banyak banyak keyword dan mampu untuk memikat surfer agar klik pada link dorang. Description ni kira macam ‘first contact‘ la dengan korang nyer bakal pelawat, so kalau berjaya impress dorang diperingkat ini, baguslah.
3. Anchor Tag Atau URL
Anchor tag ni digunakan untuk membentuk link samada ke website yang sama atau dari satu site ke site yang lain. Tag ini sepatutnya mengandungi title atau keyword utama dari tajuk laman web korang untuk menjadikannya lebih berkesan pada enjin carian.
Anchor text yang korang gunakan juga penting untuk korang tahu, ia adalah text yang ada underline, yang boleh diklik atau perkataan yang menyambungkan ke tempat yang lain.
<A href=”url”> Anchor Text </A>
Kalau korang nak check kat Google untuk laman web yang mengandungi sesuatu keyword dalam anchor tag.
Korang boleh taip kat Google Search : allinanchor:KeywordKorang
4. Buat Backlinks Banyak Banyak
Salah satu daripada kunci untuk dapat ranking teratas ialah dengan membuat link dari laman web yang relevan dan yang berkaitan. Enjin carian macam Google akan mengambil kira setiap link sebagai satu undi (boleh pakai ker perkataan ni) untuk laman web atau content website korang.
Otai otai banyak yang mencadangkan agar memasukkan keyword utama korang kat anchor text pada link yang disambungkan ke website anda (inbound link), kalau nak dapat rank yang tinggi.
Kalau nak cari berapa banyak backlink yang dilinkkan ke website korang,
Taipkan kat Google Search: link:URLkorang (Contoh ->link:mazudi.com)
Google tak kasitau semua backlink yang ada, cuba try Yahoo!, untuk dapatkan exact number.
Buka Yahoo!, taipkan : linkdomain:URLKorang
5. Check Macamana Laman Anda di Index.
Elok jugak kalau korang tau macam mana enjin carian mengindeks korang nyer website. Korang boleh check balik, tengok macam mana link ke website korang dipaparkan. Tengok kalau kalau ada sebarang tajuk ker, description ker yang missing kat mana mana.
Kalau kat Google, korang boleh check dengan taip : site:URLKorang.
Korang boleh try, “http://sitekorang.com” dan “www.sitekorang.com” (dengan quotation marks), kadang kadang result carian untuk kedua dua ni boleh berbeza pada description dia.
6. Check Laman Web kat Google Cache
Korang boleh juga check tengok Google Chace laman web korang dengan menggunakan arahan cache. Korang jugak akan dapat tahu bila kali terakhir laman korang dilawati oleh robot Google.
Taip kat Google Search : cache:URLKorang
7. Cari Katakunci yang berkaitan.
Katakunci atau keyword ni sebenarnya dah jadi macam jantung pada internet sekarang ni, korang boleh menguasai enjin carian dengan satu keywords kalau korang dah berjaya kat internet. So, make sure la yang korang ada keyword yang utama kat Meta Keyword Tag kat laman web korang. Ramai expert yang mencadangkan supaya letak keyword utama korang kat 25 perkataan pertama web page.
Selain dari tu, korang juga kena ada dan gunakan variasi keyword yang lain selaian keyword utama tersebut. Untuk nak cari apa lagi keyword yang Google associate dengan keyword yang korang gunakan, pakai arahan tilde ~ untuk cari frasa keyword yang berkaitan pada Google.
Contoh : ~keywords
Variasi keyword akan dihighlight dengan cetakan bold.
8. Carian Title Keyword.
Kalau nak tengok website lain yang menggunakan keyword yang sama dengan keyword yang korang gunakan pada title korang, pakai arahan allintitle kat carian Google.
Contoh : allintitle:keywordkorang
Kesimpulan.
Teknik asas SEO ni kalau digunakan dengan konsisten, dia memang mampu untuk membantu improvekan ranking website korang kat enjin carian. Ia juga akan menunjukkan kat mana posisi website korang kat mata search enjin. Kalau korang pakai site statistic atau traffic log yang lain, korang akan nampak samada keyword yang korang pakai tu akan meningkatkan atau merudum kan ranking website korang. Korang perlu tahu semua tentang website korang dan keyword apa yang digunakan untuk enjin carian, terutamanya Google. Ini sebab Google mampu membawa masuk trafik yang
berkualiti, jadi kita sepatutnya mengoptimakan penggunaan website kita untuk Google.
Sekian.Terima kasih.
Tu la, lama tak buat entry, nah panjang pulak nih.
|
Enjin Carian, Google, Search Engine, seo. |
Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan
| » 5 Tempat Senaraikan Blog » Projek eBook Dan Adsense » Carian Gambar Flickr » Blog Sebagai Media Sosial » Twellow : Twitter Yellow Pages |
Imej Imej Rawak
|






13 March 2008 | 9:33 pm |
697 pembaca.


1383  
712
143999
thanks for sharing. ku ade pikir gak nak buat internet bisnes. mungkin boleh gunekan tips yang ko bag neh.
.
[Jawab Komen Ini]
16 March 2008 : 12:11 pm
Huh? tak paham aku post nih. huhuhuhuhuhuhuh
[Jawab Komen Ini]
17 March 2008 : 2:41 pm
mekasih..informatif sungguh mesej nie..akan ku jadikan sebgai panduan
[Jawab Komen Ini]
17 March 2008 : 5:15 pm
nie first ak tgk tips SEO dlm bahasa melayu….bgs2.
keep it up
[Jawab Komen Ini]
17 March 2008 : 9:37 pm
Tak apalah. Ranking aku kat bawah pun tak apa.
[Jawab Komen Ini]
19 March 2008 : 2:42 pm
wah makin canggih blog ini, byk benda baru yang ada, boleh Am belajar dari mazudi ni hehehe
[Jawab Komen Ini]
24 March 2008 : 5:28 pm
salama..apa kabar?
[Jawab Komen Ini]
30 March 2008 : 9:33 am
Ya betul. Maklumat seperti ini amat berguna. Bukan hanya utk mereka yang mementingkan trafik, tapi kepopularitian blog juga main peranan
[Jawab Komen Ini]
5 April 2008 : 12:01 am
hai. TQ atas entri SEO ini. Bole buat rujukan para-para bloggers juga
[Jawab Komen Ini]
10 April 2008 : 10:28 am
good tips bro!!!
alhamdulillah makin faham ttg trafik ni
[Jawab Komen Ini]
10 September 2009 : 9:32 pm
nice info bro, baru aku faham serba sedikit tentang SEO ni. hehe
[Jawab Komen Ini]
2 January 2010 : 4:51 am