Kategori | Kembara

Sunset At KK

Tarikh: 09 April 2008 by mazudi

Lapan tahun tinggal kat KK, suasana petang bila matahari terbenam kat tepi pantai dia yang menarik adalah satu perkara biasa. Tak pernah cuba untuk duduk dan melapangkan masa bagi menghayati keindahan ini. Minggu lepas berpeluang lagi sekali turun ke KK kerana ada mesyuarat yang dijalankan di sana. Kami menginap di Le Meridean. Kat depan dia ada Anjung Selera yang mengadap ke laut. Bila petang, akan ada ramai orang bersantai kat situ sambil minum minum dan menunggu untuk melihat sunset.

Kami sempat turun ke Anjung Selera pada satu petang. Seperti yang telah aku tahu, akan ada ramai orang kat sana bila petang samada untuk minum atau untuk bersantai sambil tengok sunset. Apa yang aku tak tau adalah pada satu bahagian Anjung Selera, iaitu yang ke arah Le Meridean, suasana dia lebih happening. Terdapat kedai makan (yang kebanyakannya serve alkohol) dengan meja yang disusun sepanjang tepi pantai secara terbuka. Untuk menambahkan lagi suasana, terdapat satu servis massage secara terbuka kat situ. Memang happening. Satu bahagian, pengunjung akan bersantai kat tepi laut sambil menunggu matahari terbenam, manakala di satu bahagian yang lain ada perempuan Mat Salleh tengah buat massage.

I’ll miss all this. Tapi, cukuplah lapan tahun kat sana, dari zaman bujang sampailah ke zaman anak tiga.

Sunset At Kota Kinabalu

Sunset At Kota Kinabalu

Sunset At Kota Kinabalu

Imej dipegunkan dengan kamera telefon yang beresolusi 2 Megapixel. Kamera yang betul tertinggal kat Dungun.

Terdapat 8 Komen Untuk Artikel Ini

  1. Komen Dari megat:

    aduh sayangnya. tapi memang cantik la sunset kat situ uhuhu

  2. Komen Dari uda:

    ni baru camera fon. lenkali jgn tinggal kamera ya. :-D

  3. Komen Dari chot:

    buat la kamera tu mcm hp..bawa pergi kemana2..

  4. Komen Dari titicaca:

    tah bila nak sampai sabah..

  5. Komen Dari mazudi:

    @megat
    KK memang terkenal dengan sunset, lebih lebih lagi kat Tanjung Aru.

    @uda
    Ya saya. Pasni kena jadi fotografer pro cam Uda.

    @chot
    Ha’aa. Mulai hari ni aku dah start bawak camera tu kemana mana kat dalam beg notebook aku. Tapi tu la, bila dah bawa takder plak nak snap kat apa apa.

    @titicaca
    Nanti nanti sampai la tu. AirAsia.com kan ada. Cam naik bas jugak tu.

  6. Komen Dari LediAgli:

    pakcik.. sebenarnya saya cuba membuka web ni di pejabat.. tetapi rasanya last entri di lihat adalah yang pakai baju warna ijau kot.. baju kampeni lama.. sangat hairan bila tengok begitu banyak entry nbila buka blog ni di rumah.. ishkk ajaib nih

    btw, pakcik pakai senapang apa eh tembak pic tu?

  7. Komen Dari WaWa:

    arghhh!! rindu kota kinabalu. rindu anjung selera. rindu bakso gerai no14. rindu sunset kota kinabalu.

    enchek mazudi, maksud bahagian anjung selera yang ke arah le meridien tu, kawasan yang ada pub dan coffee bean tu ke? yang berhadapan dgn warisan square ke? tu bukan anjung selera dah. anjung selera cuma bhg gerai2 makanan tu jek.

  8. Komen Dari wanie:

    sunset kat KK mmg lawa kan..
    jom lah rmi g tanjung aru tgk sunset..
    ..enck, dah pindah dungun, rjin2 ler blik sbh yer.. hehe..

Leave a Reply

 

HAPPY-O-Meter


BLOGGER

    Loading

ADS

MESEJ

ADS

BLOG INFO

Ranking

  • Pagerank :3/10
    AlexaRank :918,054
    Technorati :0

  • Backlink

  • Google :49
    Yahoo :1,921
    AltaVista :875
    AllTheWeb :336
    AOL :0

Statistik

  • Comment :586
    Post :552
    Hits :  732393

META