Pengunjung yang bertandang ke blog ini dengan menggunakan pelayar Internet Explorer (IE) tentu akan mengecewakan aku dan diri mereka sendiri. Semalam aku telah baiki shoutbox aku supaya ia tidak lagi loading the whole page just to insert a new shout. Aku telah berjaya lakukannya dengan menggunakan iframe (even aku tak suka sangat iframe instead of css). Iframe agaknya akan ambik sikit ruang dalam satu dua pixel dari keluasan asal yang telah kita setkan pada CSS. Selepas selesai baiki shoutbox dan setkan balik CSS lalu aku test kat IE. Seperti yang aku expect, sidebar akan turun duduk kat bawah pada IE walaupun dalam Firefox ( default browser aku) dia dah nampak ngam seperti yang aku harapkan.
Berikut adalah statistik penggunaan browser yang disediakan oleh w3schools.com untuk Februari 2008.
| 2008 | IE7 | IE6 | IE5 | Firefox | Moz | S | O |
| February | 22.0% | 30.7% | 1.7% | 36.5% | 1.1% | 2.0% | 1.4% |
Berikut pula statistik penggunaan browser pengunjung ke mazudi.com pada Februari 2008.
| Browsers | Grabber | Hits | Percent |
|---|---|---|---|
| Unknown | ? | 111151 | 64 % |
| MS Internet Explorer | No | 31688 | 18.2 % |
| Firefox | No | 23547 | 13.5 % |
| Opera | No | 4060 | 2.3 % |
| Safari | No | 1671 | 0.9 % |
| Mozilla | No | 449 | 0.2 % |
| Netscape | No | 296 | 0.1 % |
Ini satu lagi hal yang agak mengecewakan juga. Kedua dua statistik menunjukkan ramai pengguna internet kat planet ini dan pengunjung ke mazudi.com menggunakan IE sebagai pelayar mereka berbanding Firefox.
Ini ada study yang lain lagi:
Gecko-Based Browsers (Camino, Firefox, Mozilla, Netscape 6-8, SeaMonkey, etc.): • The reported percentage of users varies a lot, largely because different sites attract different types of users. • I suggest that ~15% typically use Gecko browsers, but many more use Gecko browsers on sites that attract people who are more aware of the alternatives. The percentage of users is increasing slowly.
Microsoft Internet Explorer: Roughly 76% use IE-based browsers, down from a high of ~94% as users switched to other browser families — mainly Gecko and KHTML. • About 35% use IE7, with its percentage growing slowly. About the same percentage use IE6, with its percentage decreasing slowly as users switch to IE7 and other browsers. • Many still use IE5, with the number shrinking slowly as users upgrade or switch; IE5 will remain a factor for several years, especially since IE7 cannot be installed on Windows older than XP SP2, and since many companies using Windows 2000, which came with IE5, are refusing to update to IE6. • Browsers older than IE5 may generally be considered extinct.
Terdapat banyak sebab kenapa majoriti pengguna masih mempertahankan penggunaan IE.
Kebanyakan browser yang baru dibangunkan tidak support Operating System yang lama. Contohnya, Firefox 3 yang akan dikeluarkan nanti dah tak support dah Windows versi yang lebih lama dari Windows 2000.
Lagi satu, otai otai yang lama ni susah untuk update browser mereka, tu sebab masih ramai yang gunakan browser yang out of date dan terdedah kepada serius security defect. Satu study pada Dec 2007 menunjukkan hanya 41% dari pengguna IE5 yang menggunakan IE5 yang latest version. Mereka tak update pun.
Perkara ni adalah satu perkara yang perlu direnungkan juga, terutama untuk mereka yang nak menjalankan perniagaan di internet. Kebanyakan pengguna yang sanggup mengeluarkan duit untuk buat pembelian di internet adalah mereka yang dah bekerja dan ada pendapatan sendiri. Golongan ini adalah pengguna internet peringkat dewasa dan termasuk dalam golongan otai otai yang susah untuk bertukar browser yang mereka dah biasa gunakan sejak tahun 90-an dulu, iaitu Internet Explorer. Jadi nak tak nak, website mesti kena compliance dengan standard IE.
Sebagai seorang yang membangunkan website pula, mereka kenalah pula memastikan site yang dibangunkan itu boleh dilayari oleh seramai mungkin pengguna dengan browser yang berbagai. Ini ada beberapa kaedah yang boleh dilakukan:
- Design site dengan HTML, CSS, DOM dan standard yang lain.
- Uji site dengan common browser yang implement standard ini
- Tweak the sites so ia boleh digunakan dengan baik pada browser yang antik dan yang masih digunakan secara meluas.
Jadi mazudi.com buat masa sekarang dah gagal bila diuji dengan menggunakan Internet Explorer. Micosoft nampaknya agak slow bila bercakap tentang compliance. Semua nak orang kena ikut standard dia. Akibatnya lebih dari separuh masa yang digunakan dalam pembangunan CSS digunakan untuk hack balik supaya ia compliance dengan IE. Lepas tu bila versi baru dikeluarkan, hack yang sebelumnya ada kemungkinan dah tak boleh digunakan lagi.
Nampaknya, nak tak nak aku kena baiki juga sidebar kat blog ni supaya ia compliance dengan IE. Berapa banyak masa yang nak digunakan lagi pun tak tau.
So sorry untuk abang abang dan kakak kakak yang menggunakan IE kali ni. Anda kena scroll lagi kebawah untuk tengok content yang ada dalam sidebar blog ni.


April 13th, 2008 at 4:03 pm
thumb up 4 firefox users~
April 13th, 2008 at 6:27 pm
2 thumb up 4 wear~
April 13th, 2008 at 10:38 pm
ey? tingginye hit hang dalam bulan 2. apekah rahsianye? sudi berkongsi? ;p.
April 17th, 2008 at 12:20 pm
huishhhh…aku bengap benda-benda ni…