Kategori | Kehidupan, Keluarga

Jenayah Kampung

Tarikh: 20 April 2008 by mazudi

Hari minggu semalam (Jumaat ngan Sabtu ya) balik kampung kat Kelantan. Ada kematian kat kampung. Ada beberapa cerita yang tak best disampaikan oleh mak dan ayah aku sewaktu aku kat sana. Sekarang ni banyak kes kes jenayah berlaku kat kampung aku. Kejadian pecah rumah, ragut dan kecurian banyak sangat berlaku kat sini.

Swing On

Kampung aku tu bukannya bandar sangat. Memamg betul betul kampung la. Traffic light pun takder. Tapi budak budak kat sini mentaliti mereka dah maju sangat. Mereka dapat mengetahuai kaedah kaedah jenayah yang terkini. Bagaimana nak meragut dengan efektif, bagaimana nak pecah rumah supaya tuan rumah takleh detect dan sebagainya.

Satu kakak tu menunggang motosikal balik dari mengajar kelas fardhu ain kat kampung sebelah. Dia terpaksa melalui jalan yang agak sunyi dalam kebun getah untuk sampai balik ke kampung kami. Seorang peragut datang dari belakang, pegang handle motor dia. Tersungkur dia jatuh keatas jalan bertar. Nasib baik bila dia jatuh tu, satu kereta datang dari arah belakang dan penjenayah tu terus cabut lari tanpa sempat nak ambik apa apa. Kakak tu memang ada bawak duit dalam RM600 time tu, dia letak dalam raga motor.Kena jahit banyak jugak kat kepala.

Satu makcik yang dah tua dan miskin, hidup sensorang dengan mengharapkan bantuan yang tak seberapa dari kerajaan negeri. Duit pemberian itu dia cuma simpan dalam baju dalam sahaja. Semua duit dia ada kat dalam tu, duit masuk, duit keluar semua dari situ. Bila balik dari sembahyang isyak malam tu, dia letak baju dalam dia kat atas katil. Pagi besok, bila bangun pagi, dia keluar nak beli nasi kat kedai dekat dengan rumahnya. Bila cek cek, dia terlupa pakai baju dalam dia tu. Jadi terpaksa dia hold dulu beli nasi berlauk, balik nak ambik duit kat dalam baju dalam. Bila sampai kat rumah, duit dengan baju baju dalamnya sekali dah tak der.

Satu orang usahawan pertanian yang agak berjaya tapi sentiasa low profile (orang income tax sepatutnya kena bagi perhatian kat orang camni tau) kat kampung aku baru baru ni telah mulakan projek penanaman tembakau beliau. Pada peringkat awal penanaman, anak anak tembakau perlu diberi perhatian yang cukup rapi dan teliti terutama dari segi air, racun dan baja. Untuk memudahkan pekerjanya, dia menyediakan pam air berenjin dengan tiub penyaluran yang panjang untuk menyiram setiap anak anak tembakau. Pagi sebelum aku balik Dungun, sorang pekerjanya balik awal dan melintas depan rumah aku. Bila ditanya kenapa balik awal, katanya tak boleh nak kerja sebab enjin pam air dah kena curi malam tadi. Bukan saja enjin yang diambil, dengan tiub tiub yang panjang tu pun dah hilang.

Cerita cerita yang macam ni bukan saja sikit, tapi boleh dikatakan setiap minggu berlaku. Jiran nenek aku tu dah dua kali motor dia kena “pinjam” tak hantar hantar sampai hari ni. Nak kata ramai sangat penduduk tak juga. Kalau tanya ngan ayah aku, dia boleh kenal hampir semua penduduk kat kampung tu, anak sapa, tinggal kat mana, kerja apa semua. Jadi aku simpulkan yang penjenayah penjenayah yang ada tu semuanya budak budak kat kampung tu. Kalau tak pun, mereka jadi informer, pastu bagi tau geng geng dari luar kat mana nak projek dengan kaedah yang paling mudah.

Kadang kadang aku risau jugak takut perkara perkara yang macam ni berlaku kat mak ngan ayah aku. Risau kalau kalau mereka sampai berani bertindak ganas dan mencederakan sapa sapa.

Terdapat 5 Komen Untuk Artikel Ini

  1. Komen Dari afham:

    bahye tol skang..aku pun ade kes..nanti aku cite laks..

  2. Komen Dari mazudi:

    @afham - OK. Bagus jugak boleh share share citer yang macam ni.

  3. Komen Dari chot:

    mcm2 hal la…

  4. Komen Dari amilah:

    astaghfirullah
    kalo aku, pasti ketakutan duduk dlm kampung tu

  5. Komen Dari mazudi:

    @chot
    Banyak sangat hal laa sekarang.

    @amilah
    nak tak nak kami penduduk kampung ni, kena la jugak duduk kat kampung tu. Nama lagi kampung kami.

Leave a Reply

 

HAPPY-O-Meter


BLOGGER

    Loading

ADS

MESEJ

ADS

BLOG INFO

Ranking

  • Pagerank :3/10
    AlexaRank :918,054
    Technorati :0

  • Backlink

  • Google :49
    Yahoo :1,921
    AltaVista :875
    AllTheWeb :336
    AOL :0

Statistik

  • Comment :586
    Post :552
    Hits :  732384

META