Kategori | Blogging

5 Kebaikan Setelah Web Di Taja

Tarikh: 21 April 2008 by mazudi

Artikel di bawah adalah hasil tulisan Syamsulariff @ vangardx sebagai penulis tamu pertama blog ini.

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, artikel ini sebenarnya ingin dimuatkan di dalam ebook saya yang pertama. Namun setelah difikirkan kembali saya rasa lebih elok saya publishkan melalui blog entry. Mudah dah fleksibel dan saya rasa ia sesuai dikongsikan di blog Mazudi. Ianya berkenaan faedah yang akan kita perolehi setelah mendapat penajaan blog.

Tiada masalah bandwidth - Tiada lagi resah dan gelisah memikirkan web anda tidak dapat di akses akibat melebihi bandwidth yang dibenarkan.

Tiada lagi birokrasi - Kalau dulu anda kena hubungi pembekal hosting melalui customer support la, submit ticket la dan antara 24 hingga 72 jam baru kita akan dapat maklum balas. Setelah di taja, boleh guna direct phone call siap boleh sms-sms lagi.

Kredibiliti - persepsi rakan-rakan, tanggapan jiran-jiran tetangga blogger pasti akan berbeza. Ada yang memuji, kagum dan tidak kurang juga menjadikan kita sebagai role model. Namun begitu, hati-hati dengan individu yang iri hati.

Responsif - ini merujuk kepada syarikat yang membekalkan kita hosting. Mereka akan monitor laman web anda jadi kita tidak perlu lagi mengupah atau memohon pertolongan orang lain untuk melihat keadaan web kita. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa yang berlaku di sebalik tabir web kita. MySQL overload resource? Er..apa tu?

Boleh demand - Antara sebab kenapa perlunya kontrak penajaan ditandatangani . Ya, kita boleh minta sesuatu yang adakalanya kita tak mampu seperti dedicated server, extra email, extra diskspace, special access dan sebagainya. Ia bergantung kepada perjanjian dan performance web anda. Memintalah secara rasional.

What you give you get back right?

Artikel ini ditulis oleh Syamsulariff Bin Mohamed yang telah membatalkan niat untuk menjadikannya dalam bentuk pdf. Anda boleh subcribe feed blog beliau jika mahu.

Terdapat 6 Komen Untuk Artikel Ini

  1. Komen Dari megat:

    erk… aku agak keliru dengan pemahaman isi entri di atas atau aku yang berada dalam kekeliruan!?

  2. Komen Dari kamato:

    teringin juga nak tau lanjut macamana nak dapatkan penajaan ini

  3. Komen Dari mazudi:

    @megat
    Artikel ni nak cakap tentang kelebihan yang akan anda dapat bila site anda ditaja.

    @kamato
    Tentang bagaimana untuk nak dapat penajaan, itu kena tanya penulis dia.

  4. Komen Dari topo:

    tahniah syam.. anda semakin faymes… kat mane2 ade name ko jadi guest writer… hohoho

  5. Komen Dari syamsulariff.com:

    @ megat - saya mintak maaf, sebenarnya ni entri sambungan dari sepuluh idea mendapatkan penajaan web daripada hosting company, ada dua entri yang tak dipublish akan dipublishkan di blog noorizamshah dan amirez..nantikan ya :)

    @ topo - aku rasa cara ni lebih menarik kita sebarkan pendapat dan idea sebab tak semua org baca blog kita dan dalam masa yg sama ikatan antara sesama blogger juga akan terjalin :)

  6. Komen Dari Afzai Afandi:

    Penajaan blog….dahsyat tu, first time aku dengar. Macam selebriti juga blogger ni ekk..ada penajaan.

    Biasanya blogger popular lah kot yang akan mendapat penajaan atau camana..wahai penulis :)

1 Trackbacks Untuk Artikel Ini

  1. Syamsulariff.com » Blog Archive » 5 kesan negatif daripada penajaan web atau blog Menulis:

    [...] ini juga ingin dipublish di blog Amirez namun atas beberapa kesulitan saya publish di sini. Baca 5 kebaikan setelah blog atau web ditaja di blog [...]

Leave a Reply

 

HAPPY-O-Meter


BLOGGER

    Loading

ADS

MESEJ

ADS

BLOG INFO

Ranking

  • Pagerank :3/10
    AlexaRank :918,054
    Technorati :0

  • Backlink

  • Google :49
    Yahoo :1,921
    AltaVista :875
    AllTheWeb :336
    AOL :0

Statistik

  • Comment :586
    Post :552
    Hits :  732361

META