Anda mungkin ada satu blog, dan blog itu terdiri daripada kandungan yang sangat menarik, tapi ini takkan memberi apa apa makna terhadap kemahiran menulis anda serta tidak juga mendatangkan apa apa faedah sekiranya khalayak yang anda tujukan penulisan blog anda tidak membacanya, atau tidak tahu tentang kewujudan karya penulisan anda.
Sebagai salah satu kaedah untuk mendapatkan pelawat atau pelanggan yang berpotensi bagi pengamal perniagaan atas talian, ianya memerlukan beberapa promosi.
Terdapat beratus ratus direktori dan enjin carian yang secara spesifik menyediakan perkhidmatan mereka untuk blog. Ini satu fenomena yang menarik dan ianya juga penting sekiranya blog anda dapat disenaraikan dalam sebanyak mungkin direktori dan enjin carian tersebut bagi meningkatkan capaian pembaca. Terdapat beberapa tempat utama yang anda boleh senaraikan blog anda, dan ini adalah beberapa tempat yang boleh saya sarankan:
1. Technorati
Saya suka memikirkan Technorati sebagai Google bagi Blogosphere. Bila saya ingat enjin carian, saya teringat Google. Bila saya ingatkan Blogosphere, saya akan fikirkan Technorati. Ia satu jenama yang semua penggemar blog ketahui. Saya percaya Technorati merupakan satu tempat utama dan terpenting untuk menyenaraikan blog anda.
http://technorati.com/ping untuk menyenaraikan blog anda.
Kalau Technorati dianggap sebagai Google untuk carian blog, apa halnya pula dengan Carian Blog Google? Ya, secara teknikalnya, tugas tersebut patut disandang oleh Google, tapi Google tak menjadikan enjin cariannya sebagai carian blog sebab ia tak menempatkan carian blog pada laman utama website mereka tetapi meletakkan carian blog kat belakang. Namun begitu tak dinafikan yang ramai orang kerap menggunakan carian blognya untuk mencari blog. Anda pasti juga mahukan blog anda dijumpai kat sini.
http://blogsearch.google.com/ping untuk menyenaraikan blog anda.
3. Blogpulse
Masih lagi dengan analogy enjin carian utama, saya rasa anda perlu mempertimbangkan Blogpulse sebab ia boleh dianggap sebagai Yahoo bagi carian blog. Masih lagi satu nama besar dalam carian blog dan satu tempat yang anda boleh mendapat trafik yang tinggi. Secara pribadi saya rasa Technorati adalah jenama yang lebih hebat, tapi, saya tak rasa juga anda perlu pilih yang mana anda suka dan yang mana tak suka. Senaraikan jugak kat sini.
http://blogpulse.com/submit.html untuk menyenaraikan blog anda.
4. Icerocket
Icerocket ni boleh pula dikatakan sebagai Live.com atau Ask.com bagi carian blog. Hint: Ask.com pun ada carian blog yang anda boleh juga senaraikan blog anda. Icerocket, sama macam Blogpulse dan Technorati, ada populariti tersendiri di arena blogosphere.
http://www.icerocket.com/c?p=ping untuk menyenaraikan blog anda.
5. 2RSS.com
Saya masukkan juga 2RSS.com dalam senarai ni untuk satu sebab yang mudah, ia merupakan satu tempat untuk RSS feeds, dan secara kebiasaannya, feeds datang seiring dengan blog, jadi feeds ini pun anda perlu promosikan juga. Terdapat beberapa direktori RSS yang lain juga, tapi anda boleh mulakan dengan 2RSS.com ni dulu.
http://www.2rss.com/index.php untuk menyenaraikan blog anda. Anda perlu scroll kebawah untuk mencadangkan blog anda.
Saya rasa, sebagai penutup, tempat tempat ini lebih kepada titik permulaan untuk menyenaraikan blog, bukan senarai top 5, sebab saya rasa, untuk pembaca mencapai karya di blog anda, anda perlu submit ke enjin carian dan direktori ini dan biarkan pautan blog anda kat situ.
Selain dari 5 website kat atas saya rasa Bloglah juga satu direktori yang berkesan untuk menyenaraikan blog anda untuk capaian dari Malaysia. Ada ker lagi blog dan/atau direktori yang anda cadangkan yang kita boleh senaraikan blog kita. Sila cadangkan kat ruang komen ya.


April 22nd, 2008 at 12:50 am
Erm, kalau entri2 yang bagus bolehlah indekskan blog. Kalau setakat sampah, buat habiskan boreh jo… Hukhuk..
April 22nd, 2008 at 3:28 am
Googlr & Technorati rocks!
April 22nd, 2008 at 8:11 am
no 3 sampai 5 ku tak penah try lagik. malah first time dengo ehehe. cam menarik.
April 22nd, 2008 at 9:56 am
gempak seh mende nie..
April 22nd, 2008 at 10:04 am
Menarik sungguh untuk menambahkan kadar trafik blog saya yang masih kecil bilangan pengunjungnya..
April 22nd, 2008 at 11:28 am
@Maklan
Betul jugak. Kena ada content yg bagus la baru berbaloi nak indexkan kat direktori.
@MohdIsmail
Anda pengguna tegar Google ngan technorati ker?
@Ad3ck
Boleh la try.
@afham
Kau akan rasa sesuatu bila ko nampak blog ko disenaraikan kat mana mana blog search atau direktori.
@zool
Boleh la try. Mana tau kau nyer majority trafik boleh datang dari tempat ni.
April 22nd, 2008 at 12:29 pm
good info bro..
April 22nd, 2008 at 12:57 pm
thank u bro…
ade 5 je ke?
xde lagi ke?
April 22nd, 2008 at 8:59 pm
…
Bagusss.. info yang baik….
(lama tak dgr kabar berita…)
…
April 22nd, 2008 at 10:05 pm
@chot
tq bro. Harap harap kau boleh pakai info ni.
@mmuurrllyy
5 jer setakat ni bro. Boleh googling lagi untuk cari tempat yang baru, then kita sama sama share.
@debik
tq.
lama x dengar kabar ke?
Abis org dah tak sudi lagi selalu selalu datang sini.
April 23rd, 2008 at 6:52 pm
yang lain aku tak tahu la pulak. tapi yang pasti google dan technorati!
May 5th, 2008 at 1:17 pm
wah! ini betul2 benda baru (pada aku la). Maklum la, orang kampung. buta IT skit