Silap Jadual

Tarikh: 23 April 2008 by mazudi

Salah satu perkara yang mungkin menakutkan juga dalam hidup ialah bila kita tersilap tengok jadual atau apa apa schedule, atau mungkin juga kita mati mati konfiden bahawa masa yang kita berada tu adalah masa yang sebenarnya. Sekiranya kita sedar dengan sendiri akan kesilapan tersebut, keadaan mungkin akan jadi normal, tapi apa kata kalau yang membuatkan kita sedar akan kesilapan tersebut adalah orang lain atau situasi tertentu, yang mungkin ekstrem.

1. Aku, era 90-an.

Pagi tu ada kelas. Perjalanan dari Kolej Perindu ke kelas kat atas bukit tu ambik masa dalam 15 minit dengan kelajuan berjalan kaki yang biasa. Pagi tu aku komited dengan kelas, 8.30am aku dah start jalan. Tak payah nak terkejar kejar.

Bila sampai kat kelas, aku masuk dari pintu belakang. Buka pintu, rupanya kawan kawan semua dah datang awal. Yang peliknya lagi pensyarah pun dah ada dah kat depan. Bila aku ambik tempat untuk duduk, pensyarah pun cakap, “Ok. Kita jumpa lagi minggu depan.” Aku pelik dan mula nak rasa ada sesuatu yang tak kena. Pastu, pensyarah tu cakap lagi “Mazudi, jumpa saya kat opis!” Memang sah ada benda yang tak kena. Last sekali kawan sebelah bersuara “Kau ingat apa ni, kan hari ni kelas pukul lapan”.

Aku tersilap hari bila tengok jadual.

2. Student, minggu lepas, hari Rabu.

Dia masuk selepas kira kira 15 minit aku start kelas. Walaupun aku susah nak ingat nama student aku, tapi kebanyakannya muka muka mereka aku boleh cam. Aku rasa aku tak pernah nampak dia sebelum ni kat kelas aku. Aku teruskan juga kelas sampai habis tanpa ada apa apa prasangka.

Diakhir kelas aku panggil nama ambil attendance. Aku perhatikan dia sebab aku dah syak sesuatu, dan nama dia tak dipanggil. Aku tanya kenapa nama dia tak ada dalam senarai aku.
“Sebenarnya incik, saya bukan dari kelas ni. Saya ingat hari ni hari Khamis, kalau hari Khamis kelas saya kat sini.”
“Habis pasal tak keluar?” Aku tanya.
“Alang alang dah masuk incik, duduk jer la”. Dia, dengan muka yang kemerah merahan.

3. Aku, hari Isnin.

Bengkel untuk student menjalankan amali dibuat mengikut giliran. Empat minggu kat bengkel aku, lepas tu empat minggu seterusnya masuk ke bengkel lain pulak. Selepas satu kumpulan dah habis empat minggu, akan ada kumpulan lain pulak yang akan masuk bengkel aku. Disebabkan jumlah minggu dalam semester tak sama, jadi akan ada satu giliran tu, satu kumpulan akan ada lima minggu kat bengkel aku. Biasanya projek dapat disiapkan dalam masa empat minggu.

“Ini minggu kelima kan awak kat bengkel ni? Projek semua dah siap?
“Siap incik” jawab mereka.
“Ok, kalau dah siap, awak boleh hantar report dan boleh balik”.
“Yippie” jawab mereka.

10 minit selepas student semua balik, ada satu panggilan telepon untuk aku.

“Mazudi, mana student tak datang datang masuk bengkel saya lagi ni”. Suara pensyarah perempuan.
“Bukankah minggu ni minggu kelima dan masih belum ada pertukaran bengkel lagi?”
“Hangguk kau. Mana ada minggu kelima, sampai minggu keempat jer. Minggu ni dah kena tukar”. Suara pensyarah perempuan.
“Yer ker? Semua student aku dah suruh balik”
“Tak tengok jadual ker? bla.. bla.. bla…. x1000″. Suara pensyarah perempuan.

Anak anak,
Berhati hati ya bila tengok jadual. Buruk padahnya bila tersilap.

Terdapat 8 Komen Untuk Artikel Ini

  1. Komen Dari akirasuri:

    he he he..
    kalau tersilap kelas kena buat muka kering jek..
    :)

  2. Komen Dari CypherHackz:

    Setakat ni aku tak pernah lagi la tersilap jadual. Hu3. Tak pernah lagi rasanya sepanjang hidup aku. Hu3.

  3. Komen Dari MakLaN:

    Ade gak silap jadual. Tapi banyak gak buat-buat silap jadual ;-)

  4. Komen Dari roshaizul:

    aku macam bole bayangkan siapa lec pompuan tu…ermmmmmm

  5. Komen Dari syamsulariff.com:

    kalau tersilap tgk jadual periksa mcamana?

    dtg2 je..eh exam nie minggu lepas dah kitaorang buat..

  6. Komen Dari bp:

    Kalau tak ada jadual, macam tak terurus aktiviti hidup kan…?

  7. Komen Dari mazudi:

    @akirasuri:
    Huhu… pandai. Cam biasa jer.

    @CypherHackz:
    Kau boleh la try sekali buat tersilap. At least ada experience jugak, haha.

    @MakLan:
    Haha… buat buat tersilap. Ni mesti kes nak tuang apa apa ni.

    @roshaizul:
    Pssstt… rahsia eek. ;-)

    @syamsulariff.com :
    Apa kata kalau satu group / kelas yang buat tersilap jadual periksa.
    Sapa yang salah.

    @bp:
    Yer. Semua benda kena plan dengan jadual yang berkesan.

  8. Komen Dari debik:

    Aku masa SPM lewat nak ambik paper english. Hampir sejam lewat. Mujur la aku dibenarkan jugak masuk. Result? Tak seperti yang diharapkan…

Leave a Reply

 

HAPPY-O-Meter


BLOGGER

    Loading

ADS

MESEJ

ADS

BLOG INFO

Ranking

  • Pagerank :3/10
    AlexaRank :918,054
    Technorati :0

  • Backlink

  • Google :49
    Yahoo :1,921
    AltaVista :875
    AllTheWeb :336
    AOL :0

Statistik

  • Comment :586
    Post :552
    Hits :  732388

META