Samada kita telah menulis blog bertahun tahun lamanya atau baru nak bermula, satu perkara yang agak penting yang tak patut kita ketepikan adalah aspek sosial dalam blogging. Fikirkan blog anda sebagai satu komuniti yang kecil, dan seperti komuniti sosial yang lain macam forum atau social network, penyertaan atau penglibatan adalah sesuatu yang amat penting yang akan menggerakkan komuniti tersebut. Mungkin kita merasakan yang kita dah menulis dengan baik, kita juga dah mengambil bahagian dalam banyak blog, namun penglibatan orang lain terhadap blog kita berada pada tahap yang masih tidak seperti yang diharapkan.
Teruskan menulis
Blog kita seboleh bolehnya sentiasa dikemaskini sekiranya kita inginkan pelawat sentiasa terus membaca dan bertandang ke blog kita. Jika kita menunggu sehingga berminggu minggu antara satu entri dengan entri yang baru, kemungkinan besar pembaca akan melupakan kita. Dengan capaian informasi yang terlalu banyak kat internet, serta kemunculan blog blog baru yang beratus ratus dalam sehari dengan pengaruh blog nya yang tersendiri, peluang untuk seseorang pembaca datang balik ke blog kita juga menjadi semakin kecil mengikut masa. Oleh itu, jika kita ingin mereka kekalkan blog kita dalam kitaran pembacaan harian mereka, kita perlu ada satu alasan yang baik untuk mereka iaitu sentiasa ada entri yang baru.
Komen
Kadang kadang kita perlu juga merangsang pembaca kita agar meninggalkan komen untuk memulakan perbincangan. Bila kita mendapat komen, teruskan bersama mereka dengan menjawab balik samada kita bersetuju dengan mereka atau tidak, atau sekadar ucapan terima kasih. Ini, kadang kadang, akan menjadikan pemberi komen tadi alasan untuk bertandang lagi. Perbincangan yang dibuat pada ruang komen ni jugak kadang kadang satu inspirasi untuk menulis satu entri yang baru. Ada juga kemungkinan yang dapatan dari perbincangan pada komen tu tadi satu benda yang baru yang berkaitan dengan entri yang kita tulis tu dan kita tak terfikirpun sebelumnya. Ini akan menjadi satu sumber maklumat tambahan pada pembaca kita.
Satu benda yang kena jaga pasal komen ni adalah spam. Pastikan kita boleh kawal spam dengan kaedah yang terbaik sebab tak ada seorangpun yang suka untuk scroll jauh kebawah melalui spam ini untuk melihat komen yang berguna.
Blogroll
Blogroll ni sepatutnya menunjukkan kepada pelawat kita apa yang kita suka baca, selain daripada nak inspire mereka mereka yang tersenarai dalam blogroll tu untuk menyenaraikan blog kita dalam blogroll mereka.
Dari perspektif pembaca pula, mereka akan nampak sesetengah nama yang biasa bagi mereka pada blogroll kita dan merasakan “orang ni nampaknya ada masuk blog yang sama dengan aku”, jadi dengan mengenali nama tersebut, mungkin akan memberi mereka alasan untuk datang balik ke blog kita.
Satu idea yang bagus sekiranya kita boleh bina satu rangkaian sosial yang lebih mantap bersama mereka yang ada dalam senarai blogroll kita. Tinggalkan komen yang berkesan disetiap entri mereka. Ini juga satu kaedah yang baik untuk meningkatkan trafik.
Enjin Carian
Bila kita nak menyenaraikan blog kat enjin carian blog, lihat samada enjin carian tersebut ada unsur unsur sosial, contohnya macam Mybloglog atau Blog Catalog. Pengguna pergi kesana untuk mencari blog blog yang baru, ini satu peluang untuk meningkatkan jumlah pembaca kita sekiranya blog kita tersenarai disana.
Blogging ni bukan sekadar satu penulisan, ia lebih kepada satu interaksi sosial. Kalau kita tidak merangsang pembaca untuk memulakan perbincangan, itu satu penulisan artikel dengan komunikasi sehala. Jadi, kenapa tak membiarkan semua pembaca kita terlibat sama dalam penulisan blog kita.
Kalau ada sapa sapa yang nak tambah, sila berbuat demikian dibahagian komen.


April 25th, 2008 at 9:53 am
good info bro..
April 25th, 2008 at 6:37 pm
mmg satu info yg berguna. pertama kali tersesat ke blog ini. terus terpaut dengan isinya. keep it up bro
April 26th, 2008 at 12:12 am
@chot
Tq bro.
@syam
TQ. Huhu.. caner leh tersesat plak ni.
Nanti buat buatla tersesat lagi ya bro.
April 29th, 2008 at 1:28 pm
betul tu en mazudi. aku setuju. perbanyakkan perkongsian ilmu seperti ini supaya penulis baru tidak tersasar jauh dari matlamat asal.
kurangnya pendedahan seperti ini menyebabkan penulis baru tersasar ke arah penulisan yang tidak berfaedah.
p/s : tak sesia belajar penulisan bahasa malaysia ekeke