Projek eBook Dan Adsense
Selepas lebih 3 bulan memulakan project ebook yang bertujuan untuk compile url ebook ebook yang boleh didownload secara terus tanpa melalui Rapidshare atau seumpamanya, serta tujuan kedua untuk meletakkan iklan Adsense kat situ, akhirnya bulan ini saya dapat juga hasil dari Adsense ni. Tak tahu macam mana orang lain boleh dapat click yang banyak setiap bulan, tapi bagi saya, ia bukan satu perkara semudah yang diceritakan.

Semua orang tak suka iklan.
Pengunjung akan nampak iklan Adsense sebagai satu iklan kerana ada logo Google disetiap iklannya. Namun, flexibilty yang disediakan oleh Google untuk memilih saiz iklan dan menentukan sendiri warna yang bersesuaian pada teks dan latarbelakang iklan, mampu untuk sedikit sebanyak menipu mata pengunjung dari menangkap iklan Adsense ini sebagai satu iklan. Susun letak iklan pada laman web satu perkara yang memberi kesan juga sebab manusia ada ergonomik nya yang tersendiri bila menggerakkan tetikus yang kemudiannya akan menentukan juga dimana mereka lebih selesa untuk membuat click. Biasanya mereka lebih selesa untuk click dibahagian sebelah kanan screen. Itupun kalau majoriti umat manusia ni bukan kidal.
Semua orang sukakan sesuatu yang PERCUMA
Projek ebook yang saya bangunkan membolehkan pengunjung memuat turun ebook dengan percuma, walaupun lokasi ebook tu bukan dekat server mazudi.com (kesian dengan bandwidth tuan punya). Bila sebut saja percuma dengan pilihan yang banyak, kebanyakan manusia akan sukakannya. Satu perkara yang saya belajar dari laman ebook ini ialah, bila kita sediakan sesuatu yang percuma, kita tak sepatutnya mencampurkannya dengan sesuatu produk untuk dijual. Disamping senarai ebook yang boleh dimuat turun dengan percuma tersebut, saya letakkan sekali iklan dari Amazon.com yang memaparkan senarai buku buku yang berkaitan dengan hasil carian pengguna. Terdapat satu komen dalam satu forum yang iklan Amazon.com ini merosakkan (spoil) tujuan asal laman tersebut. Ini kerana, saya rasa, iklan Amazon.com terdapat tanda harga disetiap item produk yang dipaparkan. Namun, mereka seolah olah merasakan iklan Adsense adalah sesuatu yang berkaitan dengan laman tersebut dan tidak menganggap ia satu iklan yang mencacatkan.
Tempat teratas enjin carian.
Pernah satu masa laman ebook ini berada di mukasurat pertama enjin carian Google dengan katakunci “Free ebook download”. Namun sejak tiga bulan lepas, rasanya, Google telah mengubah logaritma sistem perindeksannya yang menyebabkan ranking boleh berubah dalam masa sehari dua saja. Hari ni anda berada di ranking pertama, esok ada kemungkinan anda berada diranking ke beratus ratus. Ini bukan satu kerja yang mudah. Keyword yang betul, tag yang sempurna, tahu apa yang dibaca oleh robot enjin carian, tag html yang mengikut piawai, content yang terkini, itu semua adalah penentu yang diguna pakai oleh enjin carian dalam meletakkan ranking kita ditempat yang mana. Perisian Internet Business Promotion (IBP) adalah satu perisian yang agak bagus dalam mengoptimakan enjin carian.
Biar semua orang tahu.
Menceritakan apa yang kita tawarkan kepada khalayak ada seninya yang tersendiri. Ada banyak tempat yang kita boleh promosikan laman web kita sekiranya kita ada sesuatu yang menarik. Yahoo! Group, Google Group serta laman sosial macam Facebook, Forum dan sebagainya adalah satu tempat yang amat berkesan untuk meletakkan url kita dengan ayat ayat promosi yang memberangsangkan. Antara Yahoo! Group dengan Google group, laman ebook ini lebih banyak mendapat pengunjungnya dari Google Group. Ini kerana kebelakangan ini Yahoo!Group penuh dengan spam yang orang tak suka sangat nak buka melainkan pengiklan pengiklan itu sendiri yang terus buat spamming. Salah satu cara yang saya buat untuk mempromosikan laman ebook ini adalah buat satu iklan yang ditujukan khas kepada satu group yang spesifik, contohnya, group yang berkaitan fotografi, saya senaraikan ebook yang berkaitan dengan fotografi dan letakkan url, mereka dari group ini memang sentiasa tercari cari satu input yang berkaitan dengan minat mereka.
Cipta outbound link.
Agak gembira bila kita lihat link ke website kita terdapat pada satu website yang kita tak pernah tahu sebelum ini, malah ramai pengunjung datang dari link tersebut. Cara yang paling mudah untuk meletakkan link kita kat website orang lain ialah minta dengan webmaster dia untuk letakkan, tapi berapa ramai sangat yang bersetuju, lebih lebih lagi website yang ada ranking tertentu dan ada kaitan dari segi contentnya dengan website kita. Kebanyakan link pada website lain yang mengarah ke laman ebook ini datangnya dari ahli google group yang baca post yang merasakan laman ebook ini ada kepentingan bagi mereka, jadi mereka letakkan link ini pada website mereka. Link link yang dibuat pada forum dan guestbook tidak memberi apa apa makna pada enjin carian, tapi ia dapat membawa pengunjung ke laman web kita kalau forum atau guestbook tersebut ada ramai penggunanya.
Penutup.
Panjangnya entri ni. Ada ke yang dah baca sampai sini ni. Ok, sebagai kesimpulannya, iklan Adsense yang ada pada satu satu laman web tu tidak akan di klik oleh sesiapapun kalau pengunjungnya tiada. Bagi saya, saya telah melakukan semua yang diatas untuk membawa pengunjung ke laman ebook ini. Dari jumlah pengunjung yang datang tu pula, secara puratanya untuk laman ebook ini, 0.8 daripada 100 pengunjung akan buat klik pada iklan Adsense. Kadang kadang tak sampai pun. Kadang kadang terasa juga yang link yang ada pada iklan Adsense ini seolah olah pilihan terakhir untuk pengunjung buat klik.
Terima kasih kerana berjaya mebaca entri yang panjang ni.
Sekiranya anda ada kaedah yang lebih berkesan yang sudi untuk dikongsi bersama, saya amat berbesar hati.
|
adsense, ebook. |
Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan
| » RSS feed ke HTML » Bagaimana untuk paparkan iklan Google Adsense pada laman web Bahasa Melayu » eBook » EBook : Search Result » EBook : Download The Book |
Imej Imej Rawak
|
|






30 April 2008 | 12:38 am |
416 pembaca.

1384  
712
146746
tulisannya bagus sekali
Jamber
[Jawab Komen Ini]
30 April 2008 : 2:55 am
aku dh pegi lmn ebook bro. byk mende yg aku leh dpt. ads nya juga diletakkan dgn bagus. aku kagum bro leh dpt USD 100 melalui adsense. brp lm amik ms nk dpt jumlah byk tu
[Jawab Komen Ini]
30 April 2008 : 1:33 pm
wah blh dapat byk tue ker!? bape lama en mazudi!?
au pernah cuba tapi mendukacitakan. blh tunjuk ajar!? mungkin secara asasnya di dalam entri akan datang.
[Jawab Komen Ini]
30 April 2008 : 4:42 pm
@syam
Adsense aku dah reg lama dah. Cuma sejak awal tahun baru ni baru start nak try dengan cara ni.
@megat
Sejak awal tahun baru ni.
Susah jugak bro, point yg aku describe kat atas tu apa yg aku buat untuk dapatkan click.
[Jawab Komen Ini]
30 April 2008 : 11:35 pm
xperlah.. blog me memang xder iklan.. uhuhu
[Jawab Komen Ini]
1 May 2008 : 7:23 am
ektuali, aku tak paham apa yang ko tulis. mungkin advance sangat kot berbanding pengetahuan yang aku ada…
[Jawab Komen Ini]
5 May 2008 : 1:08 pm
@en me
Saya pun suka blog yang takder iklan.
@roshaizul
Pelan pelan kayuh bro.
Rasanya kau tau mender ni kot.
Cuba baca betul betul lagi sekali.
hahah.
[Jawab Komen Ini]
7 May 2008 : 9:06 am
Hello webmaster
I would like to share with you a link to your site
write me here preonrelt@mail.ru
[Jawab Komen Ini]
3 March 2009 : 5:35 pm