Setiap kali bila semester baru bermula aku suka untuk mengingatkan student aku yang mereka semua pada hari tersebut telah ada 4.00 point untuk subjek yang aku ajar. Tinggal lagi mereka perlu maintain markah tersebut sehingga hujung semester dengan buat semua assignment dengan betul, jawab semua kuiz dengan betul, jawab kertas ujian dengan betul dan jawab final exam dengan betul. Aku sebagai pengajar, aku cakap kat mereka, akan sentiasa cari kat mana salah mereka dan akan dari semasa ke semasa mengurangkan markah mereka.
Realitinya aku bukan begitu. Setiap kali bila aku marking paper, aku cuba untuk cari kat mana tempat yang aku boleh beri markah dari jawapan yang bercampur aduk antara yang salah dengan yang betul tu dalam setiap ujian yang aku beri.
Ada dua kaedah sebenarnya. Pertama, mencari kat mana jawapan yang betul dan boleh diberi markah atau kedua, mencari kat mana jawapan yang salah untuk ditolak markah. Kedua dua kaedah ini akan mengsetkan minda penilai tersebut dalam perspektif yang berbeza. Mereka yang mengambil kaedah pertama akan cuba mencari mana mana jawapan yang betul walau sekecil kecil ayat dan diberikan markah, manakala mereka yang ambil kaedah kedua akan cenderung untuk menolak markah walau sekecil kecil kesalahan, yang ini agak merbahaya. Setiap penilai adalah unik dan masing masing akan mengambil dari salah satu kaedah penilaian ini, dan minda serta kelakuan mereka juga akan turut sama disetkan sedemikian, samada sentiasa mencari dimana betulnya seseorang atau sentiasa mencari dimana salahnya seseorang.
Bila terdapat pegawai yang sentiasa melihat atau nampak hanya kesalahan pekerjanya dalam menjalankan satu satu tugasan, pekerja akan lebih termotivasi untuk tidak melakukan kesalahan tersebut dimasa hadapan, tetapi dia akan sentisa dalam keadaan tertekan dan takut sekiranya berlaku kesilapan. Lebih lebih lagi bila ada pegawai yang suka mencanangkan kesalahan yang dilakukan oleh pekerja sewaktu mesyuarat atau tempat tempat awam yang lain.
Bila terdapat pegawai yang sentiasa melihat sesuatu yang betul yang dilakukan oleh pekerjanya, pekerja akan termotivasi untuk melakukan yang lebih baik dimasa depan berbanding tugasan yang diberikan sebelumnya. Mereka tak takut untuk buat silap. Sebenarnya kesilapan tu mengajar sesuatu jugak. Tapi ini pun agak bahaya juga bila melibatkan satu rantaian kerja dengan proses yang berterusan. Bila pekerja pertama buat silap, semua sistem akan jadi silap, banyak pulak deffectnya nanti.
Jadi apa yang kita perlukan, bagi aku la, adalah seorang pegawai yang seimbang yang sentiasa melihat pada apa yang telah kita lakukan dengan betul dan pada masa yang sama tegas untuk menegur sekiranya ada kesilapan yang telah kita lakukan. Bukan seorang pegawai yang sentiasa mewarwarkan kesilapan yang kita lakukan sedangkan banyak perkara yang selama ini kita lakukan dengan betul tidak pernah diperkatakan.
*Aku suka juga untuk mencari kat mana salah dan silapnya aku sehingga tuhan tidak memakbulkan doa doa aku bila sesekali aku berdoa memohon sesuatu dariNYA. Semoga aku sentiasa mampu untuk memperbaiki kesalahan yang telah aku lakukan terhadapNYA.


May 25th, 2008 at 11:31 pm
rambut sama hitam tapi hati lain. itu kebenaran yang patut kita tempuh sebagai tenaga pengajar yang bertanggungjawab. perlu ada ketegasan dalam menetapkan sebarang keputusan dalam bidang apa sekali pun. apa yang menarik untuk disentuh adalah bagaimana kita nak keluarkan produk pelajar yang berkualiti.
sejak kelambakan koleh swasta makin byk terhasil pelajar yang mampu utk ke peringkat lbh tinggi. tapi tiada kualiti. belajar hanya utk dapatkan paper tp tiada ilmu.
cara begini dpt mendidik mereka dari awal supaya tidak ketinggalan apabila mereka hadapi dunia sebenar.
May 26th, 2008 at 7:49 am
Saya paling tak suka meeting ngan pentadbir…walau bos tak de lah canang nama si polan si polan ni, yg tak sukanya sbb meeting tu selalunya lama sangat…. huh tak larat nak dengar… hihi
eh, berkaitan ke dengan tajuk ni.. hihi
cikgu mazudi, yuk makan kenduri..
May 26th, 2008 at 2:02 pm
mazudi,
sebenarnya aku tak berapa bersetuju dgn cr pendidikan kita. cr pembahagian markah berdasarkan samada jwpn tersebut betul sprti di dlm teks pembelajaran atau tiada dlm teks pembelajaran. cr begini membuatkan kita kehilangan pemikiran kritis dan kreatif. sepatutnya, pembelajaran adalah proses pengembangan ilmu. sebagai contoh, jika kita menghadapi satu masalah, dan kita berjaya menjumpai satu penyelesaian terhadap permslhn tersbt, proses mencari penyelesaian terhadap permslhn trsbt berhenti bila kita telah menjumpai satu penyelesaian. sepatutnya kita harus berusaha mencari jln penyelesaian yg lain. thomas edison, dlm usaha mencipta mentol, telah gagal sebnyk 1000 kali sblm berjaya. beliau berkata, itu (1000x ggl) bukan kegagalan sebenarnya, ttp beliau telah menjumpai 1000 cr utk mencipta mentol…!
May 27th, 2008 at 3:48 pm
@megat
Sifat tegas dalam membuat keputusan sepatutnya ada pada setiap pengajar. Tapi terlalu banyak interference dari luar dan dalam proffesion perguruan ini menyebabkan guru macam aku ni terhad untuk bertindak tegas. Bandingkan hasil didikan guru zaman sekarang dengan zaman dulu dari segi keperibadian pada setiap pelajarnya.
@AMINBAKISH
Aku suka meeting sebab ada karipap.
@syam
Penilaian terhadap apa dapatan yang dihasilkkan oleh pelajar adalah sesuatu yang subjektif. Susah nak diukur. Oleh itu setiap penilai kena ada satu pemberat yang akan menentukan nilai dapatan setiap pelajar. Pemberat ini biasanya dizahirkan dalam bentuk bertulis iaitu soalan ujian dengan ada tahap kesukaran tertentu. Secara teorinya ini dapat mengukur pencapaian pelajar, tetapi ada banyak pemboleh ubah semasa yang lain yang akan menggangu keberkesanan kaedah ini.
Sebab tu kita ada berbagai kaedah pengujian seperti tesis, penyelidikan, ujian amali, hands on dan sebagainya. Ini supaya darjah ketepatan pengukuran dapatan pelajar dapat diukur dengan lebih berkesan.
May 27th, 2008 at 9:54 pm
ha ha ganas betul kau ni
May 28th, 2008 at 12:05 pm
teringat aku ketika waktu alam persekolahan dulu…heheh