Cuti Sekolah
Dah habis seminggu Syafique dan Faeiz cuti sekolah. Dua dua pun kebanyakan masanya lepak depan PC dia orang layan game start dari Subuh bawak lah kemalam. Sesekali bila petang petang time aku rajin, ada la juga bawak dorang gi main kat playground kat Teluk Lipat sana. Banyak bezanya cuti sekolah zaman aku dulu dengan zaman dia orang sekarang.
Cuti sekolah aku dulu kalau banyak dihabiskan dengan berkubang kat bendang dengan kawan sekampung menggagau ikan haruan, puyu dan keli. Sampai kadang kadang bila balik tengahari mak ngan ayah aku marah marah sebab dorang kena jugak beli ikan bila aku tak bawak balik apa apa.
Cuti sekolah Syafique dan Faeiz banyak dihabiskan depan PC main game.
Cuti sekolah aku dulu, kalau musim sawah kering, dengan lastik kat leher, aku dengan kawan kawan masuk hutan melastik burung. Dapat tak dapat itu bukan tujuan utama, yang penting buat xpdc redah hutan. Bila berxpdc macam ni adalah pulak xtvt sampingan yang lain macam mandi sungai, panjat pokok cari sarang burung dan sebagainya. Satu kepastian bila balik jer rumah mesti kena marah ngan mak dan ayah.
Cuti sekolah Syafique dan Faeiz banyak dihabiskan depan PC main game.
Mungkin ada jugak silap aku. Hidup aku yang lapan jam sehari kat opis menyebabkan aku takder kawan kat kejiranan aku. Bila aku takder kawan, anak anak juga akan terkesan, mereka takder kawan kawan yang sebaya dengan mereka kat rumah. Jadi, bila cuti macam ni, apa lagi, main game jer la.
Artikel Yang Berkaitan
» Sekolah
» Opis time cuti
» First day sekolah
» Boring tunggu budak sekolah
» Crowne Plaza Riverside
» Hari Pertama Puasa Dalam Hidup
» Bila Mereka Tiada
» Nursery

















nampaknya macam itulah budak-budak abiskan cuti sekolah yang bagi aku amat memboringkan.
klu zaman kita dulu macam-macam perkara dari berkubang sampailah buat umah atas pokok. lastik burung segala. banyak dunia luar yang kita explore sendiri.
budak-budak skang ni byk menggunakan imaginasi seperti apa yang mereka lihat apabila mereka main game!
29 May 2008 : 11:59 pm
aku ingat lg zmn kecik2 dulu. asl cuti skola, org tua aku hantar aku blek kg. mmg best. aku n sepupu haruk satu kampung. pening kepala nenek aku. pernah dia ligan kitorg satu kg dgn parang sbb kitorg berkubang kat parit. mmg best.
tp skrg nenek aku dh xsekuat dulu. aku kesian melihat beliau.
31 May 2008 : 9:34 pm
best jugak korang leh lastik burung, berkubang, xpdc, bla, bla,bla
aku cuti sekolah mesti kena kerahan tenaga!!!! huhuhuhuh. mesti bapak aku hambat suh pegi kebun pisang
tanam pisang
baja pisang
tebang pisang
jual pisang
petik daun pisang
tebas rumput
meracun
gali parit
itu hanya sebahagian….huhuhuhuh. setelah penat melakukan kerja-kerja di atas aku akan makan pisang!!!!
huhuhuh
1 June 2008 : 1:56 pm
best kan cuti sekolah hehehehe
2 June 2008 : 8:26 am
Kesimpulannya
budak budak zaman sekarang ni RUGI …
4 June 2008 : 9:17 am
salam..kena la ikut perubahan zaman, harap aktiviti tersebut lagi membina..games good for psycho motor kanak2 kan
9 June 2008 : 5:40 pm
cikgu selamat bersekolah semula eheheh
10 June 2008 : 8:56 am
Bosan gila ye bebudak skang habiskan cuti. Boleh kena strok laa tua2 nanti sebab tak banyak kuar peluh. Hehe.
17 June 2008 : 2:24 pm