“Ayah, atuk tu ayah ayah ker?” Syafique tanya.
“Err.. oo.. ha’aa, atuk tu ayah ayah la. Kenapa?” Aku.
“Jadi, atuk ayah tu sapa?”
“Oo.. atuk ayah tu ayah panggil Che’, dia dah meninggal lama dulu, tahun 1995, masa tu Syafique ngan Angah mana ada lagi. Nenek Moyang tu pulak nenek ayah. Dia tu isteri pada atuk ayah la ” Aku.
“Atuk ayah tu kerja sama macam atuk jugak ker? Menoreh getah.” Angah.
“Ya. Atuk ayah pun kerja kampung macam atuk Angah jugak. Tapi Atuk ayah tu dia hidup masa zaman semua orang susah, jadi dia kena kerja kuat. Banyak kerja yang atuk ayah buat, pagi dia menoreh getah, petang dia berkebun, bila sampai musim tanam padi dia tanam padi, bila musim tanam tembakau, dia jugak tanam tembakau.
Kerja orang kampung macam atuk ayah masa tu cukup susah. Bukan lagi macam sekarang ada segala macam jenis mesin untuk memudahkan semua kerja. Atuk ayah masih lagi guna tulang empat kerat untuk jalankan semua kerja.
Tanam padi masa zaman atuk ayah cukup susah. Kalau la ayah yang disuruh tanam padi, rasanya ayah tak larat nak buat. Ayah ingat lagi, masa ayah kecik kecik dulu atuk ada pelihara banyak kerbau. Bila time nak tanam padi atuk guna kerbau dia tu untuk bajak sawah. Lepas tu, nenek kamu, atuk kamu sama nenek moyang pulak semua turun ke bendang untuk tanam padi.
Atuk ayah dulu rajin sangat buat kerja. Tak pernah ayah nampak dia duduk duduk kat kedai kopi lepak lepak sama orang kampung yang lain. Ayah ingat lagi, dia kerjakan kebun getah dia cuma selepas sembahyang asar. Dari bersihkan pokok yang ditebang, pasang pagar, tanam anak getah sampailah dia jaga satu satu pokok getah yang ditanamnya tu supaya tak di patahkan oleh kera.
Banyak benda yang ayah belajar dari atuk ayah. Ayah belajar pasal kegigihan dari atuk ayah, ayah belajar pasal kesabaran dari atuk ayah. Banyak juga benda yang atuk ayah selalu pesan pada ayah supaya bila ayah dah besar ayah jadi manusia yang berguna. Sayang pada adik adik, hormat pada mak dan ayah serta berpegang pada ugama yang satu.”
“Ooo… atuk ayah tu macam cikgu jugak ker ayah, selalu belajar belajar”
“Ha’aa.. atuk ayah tu cikgu ayah yang nombor satu”
“Ooo.”
“Padi tu apa ayah?” Angah.


June 25th, 2008 at 9:26 am
ape jawapan kepade soalan terakhir tuh? ehehe
June 25th, 2008 at 10:54 am
alahai mazudi… anak kau boleh dikategorikan sebagai anak zaman moden.adi pun dh tak kenal. nmpak gaya kau kene bawak diorg pergi sawah padi la
June 25th, 2008 at 2:25 pm
“Atuk ayah dulu rajin sangat buat kerja. Tak pernah ayah nampak dia duduk duduk kat kedai kopi lepak lepak sama orang kampung yang lain.”
bapak aku sama gak ngan atuk ko…
June 25th, 2008 at 4:20 pm
budak2 mmg byk tanya.
uhuhuhu~
June 25th, 2008 at 4:39 pm
hihih penatnyer nk jawab..
June 25th, 2008 at 10:39 pm
soklan-soklan spt inilah yang agak memening kepala aku. tika mood aku baik, aku jawab lah dengan tenang dan berdedikasi. klu tak baik, just say sorry eheh.
tapi kekadang memang seronok apabila anak-anak ini mulai ambil tahu tentang sesuatu perkara dan kita perlu terangkan dengan bijaksana serta dalam bahasa mudah yang mereka senang faham.
yang kelakarnya apabila dah terangkan pepanjang lepas tu mereka tanya balik menunjukkan mereka tak faham wakaka
June 26th, 2008 at 9:11 am
@ad3ck - Aku ambik masa setengah jam pulak untuk explain apa itu padi kat dia.
@syam - nak wat caner, habis yang dorang tau masak beras jadi nasik. Dari mana beras datang dorang tak tau.
@azrn - Apa beza bila budak budak banyak tanya ngan orang tua dengan orang banyak tanya dengan budak budak.
@Tiara - Dari Kelantan sampai Dungun nak kena explain pasal Padi jer sis.
@Megat - Tu pasal kena explain pendek pendek jer sebelum terlepas apa yang dorang tak paham.