Selepas berjaya menghasilkan blogroll dengan menggunakan Google AJAX Feed API, adalah lebih baik untuk aku menjemput sesiapa yang melawat blog ini dan yang mana sudi untuk berkongsi link. Link akan dipaparkan secara keseluruhannya dalam section Link. Paparan pada section Link ini juga telah aku ubah dan menggunakan sepenuhnya code dari Google serta sedikit DOM yang menyakitkan kepala juga nak memahamkannya.
Klik untuk perkongsian link atau kalau lain kali datang boleh masuk terus ke section Link kat atas tu dan klik pada “Tambah Link Anda”.
Apa yang anda perlu masukkan ialah Nama Blog, URL blog anda (http://www.domainname.com), RSS Feed blog anda (http://www.domainname.com/feed/) untuk Wordpress, atau apa apa feed url yang dalam format xml atau atom dan email anda untuk tujuan pengesahan.
Senarai link disusun mengikut Google pagerank(PR), PR yang tinggi berada lebih keatas berbanding website yang mempunyai PR yang lain. Code untuk paparkan PR bukan dari Google API tapi dari tempat lain. Bila anda tambah website anda, script akan run untuk check PR anda lalu dimasukkan ke database.
Setiap blog yang ditambah tidak terus dipaparkan, ia perlukan pengesahan dari admin. Ini untuk elak spam. So, boleh lihat kat section Link tu dulu untuk lihat blog kawan kawan yang dah ada, lepas tu sila la tambahkan link ke blog anda. Bagi kawan kawan yang dah ada link kat situ, tak payah la ngada ngada nak tambah lagi.


July 5th, 2008 at 11:41 pm
patutlah panjang semacam je link kat sidebar tu eheh. siap dengan rss feed sekali, bagus juga eh?
July 6th, 2008 at 12:04 am
wah..bagus nie! salah satu nak promosi free blog aku neh! hehe..
July 6th, 2008 at 12:44 am
Bolehlah aku join sekali…
Apedehal..
July 6th, 2008 at 9:56 am
Terima kasih maklumat ini
July 6th, 2008 at 10:24 am
salam kenal..
buat la apa yg patut..
July 7th, 2008 at 3:49 pm
aku juga mahu join link exchange kau…
July 13th, 2008 at 8:13 pm
aku dah request dan letak link blog ko skali dalam blogroll aku. huhu.