Kategori | InfoTech

Tags | , ,

Sejarah Feed

Tarikh: 06 July 2008 by mazudi

Feed dibangunkan untuk memastikan segala maklumat yang anda perlukan sentiasa dikemaskini dan diproses dengan mudah. RSS feeds secara asasnya menyediakan maklumat tentang sumber sesuatu kandungan web, URL nya, tajuk, penerangan ringkas dan kadang kala terdapat juga pautan ke dokumen lain yang berkaitan. Feeds telah berjaya mengubah konsep penyampaian kandungan, agregasi kandungan dan bagaimana untuk sentiasa up to date dengan maklumat. Feed telah maju dengan drastik sehingga sekarang ini ia mampu untuk menghantar hampir kesemua jenis format kandungan.

Sejarah Feeds.

Terdapat cerita hebat disebalik sesuatu inovasi yang baru. Untuk mengetahui bagaimana RSS feeds berevolusi sehingga tahap sekarang, mari kita lihat sejarahnya. Sebagai permulaan, RSS bermaksud Really Simple Syndication.

Dave Winer dari UserLand (http://www.userland.com) adalah orang yang bertanggungjawab bagi evolusi RSS, format utama bagi feeds. Pada mulanya beliau membangunkan system untuk menghantar berita yang beliau panggil scriptingNews. Kemudian, Dan Libby memperbaiki kerja kerja Winer yang menjadikannya mampu untuk mencapai dan memaparkan berita di laman web Netscape. Pembaca yang berminat untuk terus membaca boleh klik dari pautan yang disediakan dan pergi ke sumber asal berita.

Kerja kerja Dan Libby’s ini merupakan versi pertama RSS. Proses ini dipanggil RDF yang bermaksud Resource Description Format. Dengan menggunakan format ini, sesiapa saja boleh menerbitkan tajuk, deskripsi dan pautan dari sebarang sumber berasaskan web. Tidak lama selepas Libby mengeluarkan RSS0.9, beliau mengambil keputusan untuk mengubah beberpa struktur yang major. Format yang baru diubah ini ialah RSS0.91.

Pada tahun 2000, satu kumpulan pembangun perisian telah mencipta RSS 1.0 yang berasaskan RDF. Versi RSS yang ini komplikated sedikit dengan tambahan beberapa modul. Versi ini adalah versi original RSS bersama dengan feature-rich pek. Dalam masa yang sama, Dave Wine telah mengeluarkan edisi baru RSS0.91 yang beliau versikan sebagai RSS0.92. Pada masa ini laman asal Netscape, yang mana RSS mula dibangunkan, telah ditutup. Walaubagaimanapun, orang ramai sudah mula menggunakan RSS dan lebih suka untuk menggunakan versi mudah RSS iaitu 0.91, dan dengan itu versi ini telah menjadi de facto.

Pada tahun 2002, era baru bermula bila RSS2.0 diterbitkan. Dave Winer telah meninggalkan UserLand, namun beliau masih berminat untuk membangunkan format RSS. Jadi beliau mengeluarkan versi yang baru ini dengan beberapa ciri ciri yang baru seperti tarikh penerbitan, unique identifier dan support untuk namespaces. Pada tahun 2003, UserLand memindahkan hakcipta RSS2.0 kepada Harvad manakala Dave Winer menyambung pelajaran di Berkman Center for Internet and Society di Harvard.

Pada masa ini, majlis penasihat untuk evolusi RSS telah ditubuhkan. Dalam masa yang sama, berdasarkan beberapa cadangan terhadap format RSS yang sedia ada dari Sam Ruby, pembangun perisian dari IBM, satu format feed yang baru dilahirkan. Format ini pada mulanya dipanggil Echo, kemudian Pie, dan akhir sekali dipanggil Atom.

Sesetengah versi RSS adalah berasaskan RDF, manakala yang lain pulak sebaliknya. RSS 0.9  dan 1.0 adalah berdasarkan dari RDF yang asal. RSS news aggregators yang moden mampu untuk baca semua format ini. Jadi anda tak perlu risau tentang format mana yang booleh diguna atau tidak untuk mencapai maklumat. Walau bagaimanapun, RSS 0.91 adalah format yang paling mudah, dimana ia lebih cepat untuk mencapai kandungan anda. Sekiranya anda tak perlukan penghantaran kandungan lanjutan seprti imej, audio dan video, maka gunakan saja versi 0.91, sebaliknya, gunakanlah RSS2.0.

Diterjemah dan diringkaskan dari buku : Wordpress Complete : A comprehensive, step-by-step guide on how to set up, customize, and market your blog using Wordpress.

Bagus buku ni.
Download Buku Wordpress Complete [6.32 MB]

*Entri ini adalah entri untuk nak tolong sapa sapa yang nak cari bahan untuk assignment.

Terdapat 5 Komen Untuk Artikel Ini

  1. Komen Dari megat:

    info bagus en mazudi!

    baru aku tahu yang aku x pernah amik tahu asal usul RSS reader ni. apa pun terima kasih kerana bg tahu. itulah kebaikan menulis blog ;)

  2. Komen Dari Gamemaster:

    Nice info bro

  3. Komen Dari roshaizul:

    owh! ko sunguh hibat en. mazudi…. kagum aku!!!!

    p/s: tapi apsal kat opis kita ko pura-pura tidak menjadi hibat. heran aku. huuhuhuhuhuh

  4. Komen Dari mazudi:

    @megat
    Sebenarnya saya pun macam kau jugak. X pernah ambik tahu. Bil aterjumpa info ni, rasanya lebih baik untuk dikongsi kat sini.

    @Gamemaster
    Hopely dapat membuka minda masing masing sket.

    @roshaizul
    Mana der hibat. Biasa biasa jer macam yg kau nampak tu.

  5. Komen Dari titan:

    oh. macam ini ka. barula aku tau..

1 Trackbacks Untuk Artikel Ini

  1. Firefox Add-ons : Feedly | mazudi.com Menulis:

    [...] ialah “a more social and magazine-like start page.” Feedly ni berfungsi sebagai RSS Feeds aggregator macam bloglines dan Google Reader dan laman berasaskan sosial seperti Friendfeed dan [...]

Leave a Reply

 

HAPPY-O-Meter


BLOGGER

    Loading...

ADS

MESEJ

ADS

BLOG INFO

Ranking

  • Pagerank :3/10
    AlexaRank :1,190,688
    Technorati :262,935

  • Backlink

  • Google :32
    Yahoo :0
    AltaVista :889
    AllTheWeb :184
    AOL :0

  • RSS Subscriber

  • Feedburner :0

Statistik

  • Comment :763
    Post :580
    Hits :  1465

META