Rasanya ok jugak untuk share info ni kat sini. Terdapat jawatan kosong sebagai pensyarah di politeknik Malaysia sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 dan DH29 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaaan iklan jawatan kosong ini dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
1. JAWATAN
1.1 JAWATAN : PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI
GRED : DH41
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
1.2 JAWATAN : PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI
GRED : DH29
KUMPULAN : SOKONGAN
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
2. SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN
Syarat-syarat am ;
(a) terbuka kepada semua Warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan. Pegawai yang sedang berkhidmat
hendaklah berumur kurang dari 54 tahun.
(c) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41
(d) Kelayakan untuk lantikan terus ke skim DH41
(i) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T3); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dengan pendidikan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T4); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T 4); atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T4); atau
(v) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan/ Ukur Bahan/ Ukur Tanah/ Ukur
Bangunan/ Seni bina Landskap/ Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T5); atau
(vi) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T7); atau
(vii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T9) bagi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
serta menjadi ahli penuh badan-badan ikhtisas perakaunan yang diiktiraf kerajaan
P1T10; dan ahli penuh Institut Akauntan Malaysia P1T11); atau
(viii) Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T8); atau
(ix) Ijazah Doktor Falsafah (phD) dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T11)
(e) Calon-calon para (d) (i) hingga (ix) yang memiliki Diploma Pendidikan diberikan satu
tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan.
PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH29
(f) Kelayakan untuk lantikan terus ke skim DH29
(i) Diploma dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH29 P1:T1); atau
(ii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH29 P1:T2); atau
(iii) Diploma dalam bidang Pertanian/ Kejuruteraan/ Seni Bina/ Ukur Bahan/ Ukur Tanah/
Ukur Bangunan/ Seni Bina Landskap/ Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH29 P1:T3)
(g) Calon-calon para (f) (ii) dan (iii) yang memiliki Sijil Kursus Perguruan Lepasan Diploma
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya akan diberikan satu tangga gaji
lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan.
3. TARAF JAWATAN
Taraf jawatan adalah tetap
4. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
Calon-calon yang memasuki perkhidmatan seperti di perenggan 1.1 dan 1.2 adalah tertakluk kepada
syarat-syarat dalam skim perkhidmatan yang berkuatkuasa sekarang serta pindaan-pindaan yang
dibuat keatasnya dari masa ke semasa.
5. CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian di www.elx.gov.my. Pegawai awam yang
sedang berkhidmat juga boleh mengemukakan permohonan secara atas talian.
6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan adalah dibuka sepanjang masa. Walau bagaimanapun pengambilan peringkat pertama
akan mengambil kira permohonan yang diterima dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh iklan.
7. PERINGATAN
Semua maklumat yang dikemukakan di dalam borang permohonan adalah dianggap benar. Jika
terdapat sebarang penipuan berkaitan maklumat yang diberikan, permohonan akan
dibatalkan serta-merta dan nama pemohon akan disenaraihitamkan.
=============================
Terima kasih pada Roshaizul untuk maklumat perjawatan ini.


July 7th, 2008 at 8:38 pm
Terima kasih pada Mazudi untuk maklumat perjawatan ini.
July 7th, 2008 at 9:29 pm
Terima kasih pada Ad3ck untuk komen perjawatan ini.
July 8th, 2008 at 10:54 am
Tukar dari kementerian pelajaran ke kementerian ko leh tak?
July 8th, 2008 at 6:59 pm
@debik
Yang ni aku tak pasti la bro.
Aku rasa ko boleh mohon dari KPM untuk pertukaran Jabatan ke KPTM.
Atau kau terus apply dari iklan yang ni.
Ada satu kes time aku kat Sabah dulu satu cikgu mohon untuk mengajar kat politeknik, pihak politeknik meluluskan permohonan beliau selepas interview, tapi bila kita panggil untuk kerja, pihak sekolah pulak tak lepas.
Ini maksudnya, kau boleh mohon, tapi walau pun dapat ia masih bergantung pada pihak sekolah, kalau kau rasa pihak sekolah boleh lepaskan kau, aku rasa no problem.
Try jer la.
July 11th, 2008 at 3:44 pm
bile tarikh iklan ni??
July 11th, 2008 at 11:21 pm
@reen
Tak pasti exact date, tapi rasanya dah dekat sebulan dah. Anyway, anda boleh mohon bila bila masa dan akan dipanggil interview bila ada kosong. Biasanya la.
July 14th, 2008 at 4:56 pm
salam..bro tumpang ty sket..iklan ni hanya untuk org yg dh keje ngan kerajaan ke?ataupon org yang menganggur cam gua ni pon leh apply gak??kalo SPP punya jawatan ni mmg agak keliru sket la..
July 15th, 2008 at 1:56 am
@mg
Tawaran jawatan ni untuk semua orang dengan kelayakan seperti di atas. Bukan. Bukan utk org yg dah kerja sahaja. Try la mohon.
July 15th, 2008 at 5:17 pm
aku cuma ada sijil poly jerk huhuhuu…
July 18th, 2008 at 5:03 pm
camne nak apply jawat DH41 tu?? sila beri tunjuk ajar
July 18th, 2008 at 9:01 pm
salam en mazudi..
Saya dah apply utk jawatan dh41 tu..so,en mazudi ade any tips x yg nak dikongsi if they col me to attend d interview?tq
July 18th, 2008 at 9:07 pm
@nuoi
Keterangan kat ats tu adalah cara macamana nak apply DH41.
July 20th, 2008 at 3:10 pm
Saya berminat dengan jawatan yang berikut..so camner nak apply ek…
July 20th, 2008 at 4:35 pm
@siti
Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian di http://www.elx.gov.my. Pegawai awam yang
sedang berkhidmat juga boleh mengemukakan permohonan secara atas talian.
July 29th, 2008 at 5:21 pm
nape susah sgt nk bukak website elx.com 2?? cmne nak apply??
July 30th, 2008 at 11:21 pm
bro sy rasa, sape2 yg sedang cari keje bagus apply cepat2,..tuah ayam nmpak di kaki, tuah manusia cuba jwp.
July 31st, 2008 at 12:54 pm
txh 4 da info tp bl tarikh tutup n cane nk apply?! x leh pon bukak elx tu?
July 31st, 2008 at 3:42 pm
@miz independant
ohhoo.. tak tau plak link yg aku buat tu masuk balik ke mazudi.com.
Sekarang dah baiki dah…
url asal : http://www.elx.gov.my/
August 17th, 2008 at 8:48 pm
hi….need your help…
nak apply post ni kat http://www.elx.gov.my/ kan?
tapi nak gi mana utk apply? byk sgt link….
confuse la…huuhuuuu
leh tak bg direction utk apply?
August 22nd, 2008 at 12:58 pm
xde ke jawatan yg utk yg berkelulusan spm shj?
September 5th, 2008 at 1:25 pm
kalo apply jawatan dh41 pakai manual bleh x eh?anto trus ke politeknik yang dipohon.
September 9th, 2008 at 9:58 am
bila ya, interview dh41 akan dimulakan?
September 11th, 2008 at 3:32 pm
Permohonan pensyarah tidak boleh dihantar ke poly tersebut kerana semuanya sudah diambil alih oleh SPP pada 1 Jan 2008 yg lalu….