Hidup mati anda terus bersama internet. Semua sumber kehidupan anda bergantung pada internet, dari bayar bil hinggalah bayar road tax kereta, online is great. Pernah tak dalam satu satu masa yang genting, anda tak dapat nak akses ker website yang anda perlukan pada masa tersebut. Seandainya ini berlaku, ada beberapa cara untuk kita memastikan apa sebenarnya yang telah berlaku. Kat sini ada lima tools yang anda boleh gunakan bila anda ada masalah sukar atau langsung tak dapat nak akses satu satu website.
1. Laporan Lalulintas Internet
Ini boleh dijadikan satu rujukan awal anda untuk melihat kesesakan web secara menyeluruh. Kat sini mereka track web traffic dan masa tindakbalas diantara rangkaian router seluruh dunia, dan memegunkan keputusannya kepada nombor index trafik yang senang pada skala 1 - 100. Agak mudah untuk nak lihat samada, sebagai contoh, connectivity ke site site di ASIA ada masalah atau tidak pada waktu semasa.

2. Semua orang down atau aku saja?
Jika anda tak boleh nak akses satu satu site tertentu, laman ini akan memberikan anda satu quick check samada masalahnya dari line anda atau site yang anda nak akses. Antara mukanya amat simple: taipkan url website dan klik. Satu kelebihannya lagi ialah URL dia ni senang nak ingat. (Downforeveryoneorjustme.com).

3. WatchMouse
Ini adalah website berbayar yang memberikan perkhidmatan monitoring, tapi kalau anda lihat pada “Check Host” tool dia, anda boleh selidik status web server sebagaimana yang dilihat dari 8 lokasi rawak di dunia. Anda akan dapat lihat berapa lama masa yang diambil untuk resolve, connect dan download default page bagi setiap web server yang anda masukkan.

4. Just Ping
Tak semua server membenarkan packets yang digunakan oleh ping melaluinya, tapi untuk yang membenarkannya, ini adalah kaedah terpantas untuk mendapatkan penjelasan menyeluruh dari satu dunia tentang apa yang berlaku. Dengan menggunakan rangkaian dari 26 server di seluruh dunia, ia akan mempamerkan kepada anda masa perjalanan untuk satu putaran (round trip time) dan packet yang hilang. Anda boleh gunakan perkhidmatan ini untuk mengetahui sekiranya server betul betul down, atau untuk diagnose isu yang ada terhadap server anda.

Sama macam Just Ping, ini adalah salah satu perkhidmatan percuma yang disediakan oleh WatchMouse. Ia membolehkan anda penjalankan simultineous traceout terhadap server dari empat lokasi ( Singapore, Australia, USA dan Netherlands). Traceout memberikan maklumat detail tentang outages kerana dia akan tunjukkan dengan tepat kat mana network packet sebenarnya hilang.

Anda ada tools lain tak untuk check trafik, kalau ada boleh la kongsikan kat sini.


July 14th, 2008 at 11:54 am
kool! aku tak pernah guna pun tools2 ni sebelum ni. tq sbb kongsi info. sekarang tgh check sama ada server aku ada problem ke tak?
July 14th, 2008 at 4:22 pm
menarik! terima kasih kerana berkongsi maklumat ini en mazudi. lebih mudah gunakan cara tradisi iaitu command semata.
July 14th, 2008 at 8:42 pm
tak pernah guna tools ni. thanks for information. nice sharing.
July 14th, 2008 at 10:06 pm
zino pun banyak berurusan dengan tenet.. satu pc dah kong kat luar tu berebut nak guna yg satu ni hehe
July 14th, 2008 at 10:13 pm
sangat informatif. trimas.
July 15th, 2008 at 1:27 am
Wow. Boleh cek rupanya. Hoho. Thanks bro.
July 15th, 2008 at 1:35 am
@syam
haha. Boleh la try try selalu. Akupun kengkadang jer teringat ngan mender ni.
@megat
kalau guna command tu, pakai net tu ker?
@penyubiru
u’re welcome.
@zino
owh… yg tu kena check sendiri apa yg rosak.
@ad3ck
sama sama.
@aTiQah
Boleh. Try la.
July 16th, 2008 at 3:31 pm
First time dapat mklumat sebegini…thanks bro