Sejarah Awal Dungun
Semalam jumpa satu kawan lama zaman sekolah menengah dulu sewaktu aku dan kawan sepejabat sedang sarapan pagi kat Jalan UITM sana. Aku sombong katanya bila dia mula tegur aku dulu, padahal aku takut kalau tersilap orang. Bila dah jumpa, walau dalam masa yg singkat, banyak sejarah tentang zaman tu yang dibangkitkan kembali. Termasuklah sejarah beliau yang dah 13 tahun dah mengajar kat pekan Dungun ni.
Sebut pasal sejarah, malam ni tergerak pulak hati aku nak tahu serba sedikit pasal sejarah awal Dungun ni. Maklumat ni aku dapat dari website Pejabat Mara Negeri.
Sejarah awal pemerintahan Dungun kabur, namun begitu dipercayai telah ada pembesar Daerah (kalangan kerabat diraja Terengganu) menguasai kawasan Dungun. Ini berdasarkan kepada campurtangan Tengku Wook Dungun dalam pergolakan antara Tengku Omar dan Tengku Mansur untuk menguasai takhta Kerajaan Terengganu. Campurtangan ini tidak berhenti setakat ini saja malah berlarutan hingga kepada anakanda Sultan Mansur II iaitu Sultan Muhamad I (1837 – 1839 Masehi) yang meminta bantuan dari Tengku Hitam Dungun memerangi Sultan Omar untuk merampas balik takhta kerajaan.
Menurut Mubin Sheppara dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society Vol.XXII Part.3 pada pertengahan abad ke 14 Masehi, Dungun yang telah wujud pun bersama-sama Terengganu menjadi jajahan takluk kepada Kerajaan Majapahit:-
`This list, which was prepared in 1365 in the Negarakretagama includes not only Terengganu but also Paka and Dungun, two rivers in the south of the state which in modern times can boast nothing larger than a fishing village’
Dungun dikatakan berasal daripada nama pokok Dungun (sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar) dan dipercayai telah dibuka oleh pendatang daripada Pagar Ruyung, Sumatera dengan berdasarkan kepada:-
i) Kebanyakan orang Dungun suatu masa dahulu berasal daripada Kepulauan Indonesia.
ii) Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya.Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881 – 1918 ), daerah Dungun diserahkan kuasa berkaitan hasil mashul kepada Tengku Bukit, nenda saudara baginda.
Well, ada sedikit keraguan bila dikatakan asal usul orang Dungun ni dari Sumatera. Mungkin aku kurang berjalan lagi, tapi aku tak nampak ciri ciri ke”Sumatera”an dikalangan penduduk sini.
Kedua, kenapa ya orang dulu dulu suka ambik nama pokok untuk dijadikan nama satu satu tempat. Kampung aku pun macam tu, Pulai Chondong, pokok Pulai yang tumbuhnya condong.
Untuk bacaan seterusnya berkenaan asal usul dungun, boleh lihat di Sejarah Awal Dungun kat website PMN.
|
Dungun. |
Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan
| » Radio Frequency kat Dungun » Dungun Dikala Malam » Dungun to Ipoh : The Route » Nostalgia Netscape » Terima Kasih Hospital Dungun |
Imej Imej Rawak
|
|






16 July 2008 | 11:00 pm |
1259 pembaca.

1383  
712
145868
ko dok kat dungun erk…aku pun dok kat dungun gak..leh jadi geng ni
[Jawab Komen Ini]
john Reply:
December 30th, 2009 at 5:41 am
molek r..
aku org dungun gop..
nk jd geng gop r
[Jawab Komen Ini]
17 July 2008 : 7:57 am
zaman dulu², diorang suke guna nama pokok sebagai nama kampung/tempat sebab hanya pokok tu saje yg tumbuh kat kws diorang ataupun paling banyak tumbuh. aku agak lah.hehe
[Jawab Komen Ini]
17 July 2008 : 9:18 am
bagus fakta2 neh. dalam buku sejarah tingkatan 3 dulu tak de plak cerite sedetail ini ehehehe.
[Jawab Komen Ini]
17 July 2008 : 10:33 am
Boleh jadi jugak kalau orang2 Sumatera yang bukak penempatan tu. Eh, tapi jauh tu dia pusing. Sumatera kan belah Selat Melaka.
[Jawab Komen Ini]
17 July 2008 : 10:54 am
Pokok Dungun tu buahnya ada rupa muka ULTRAMAN
Aku memang asal dungung dan mak ayah aku juga msh kt dungun, kg sg buaya. Moyang aku memang asal dari Sumatera
[Jawab Komen Ini]
17 July 2008 : 10:59 am
Terima kasih maklumat ini, ni dak kira cerita sejarah
[Jawab Komen Ini]
17 July 2008 : 12:34 pm
Aku memang asal dungun, kg sungai buaya. Mak ayah aku pun masih kat kg tu . Pokok dungun tu buahnya iras2 rupa muka ultraman
Moyang aku memang asal sumatera, kalau tak silap acheh kot
[Jawab Komen Ini]
17 July 2008 : 3:05 pm
dungung… kelaut wei eheh. aku rasa ada kebenarannya kebanyakkan asal usul penduduk terengganu berasal dari tanah seberang indonesia. contoh arwah atok aku dan sedara mara disana (kebanyakkan di dungun & kg losong) tahu cakap jawa ohoh.
[Jawab Komen Ini]
17 July 2008 : 5:11 pm
barula aku tau..begitu rupanya..
[Jawab Komen Ini]
18 July 2008 : 10:43 pm
Mungkin fakta nama tempat kebetulan sama gok..aku rasa kalu banyak asal dr sumatera
mesti ramai yg bercakap dlm dielak sebelah sana sampai skrang….
[Jawab Komen Ini]
john Reply:
December 30th, 2009 at 5:38 am
betul2 aku rse org dungun asl nun oh afrika selatan..line2 barak obama..hahaha,,
[Jawab Komen Ini]
24 July 2008 : 11:05 pm
[...] ni dah tiba musim buah. Kat pekan Dungun tu aku, kat area CIMB bank tu aku dah nampak ada banyak buahan tempatan yang dijual, walaupun [...]
30 July 2008 : 1:50 am
dungun dr sumatera? yaaaa betul…tapi aku tak pernah mengaku yg aku ni org dungun keturunan sumatera…yg penting semuanya islam hehehe..ni ada sikit fakta aku amik dr dungun.net…
Berikut adalah sejarah dungun semenjak dr zaman Megat Panji Alam.
Tok Raja Lepang yg berasal dr Batok datang ke Pasir Raja , Dungun dan menetap di sana. Beliau kemudiannya memerintah kawasan tersebut dan memungut cukai. Dikhabarkan bahawa Tok Raja Lepang adalah seorg yg sangat berilmu . Beliau tidak lut ditikam dan tidak mati dibakar . Keturunannya berterusan menguasai kawasan jajahan tersebut sehinggalah matinya Tok Raja Lepang dan diwarisi oleh cucu cicitnya.
Cucu tersebut ( tidak diketahui nama ) adalah seorg yg hobinya menjala ikan. Apabila beliau mahu menjala, beliau akan menjemput handalan2 di serata Terengganu bersama beliau seperti suatu perayaan. Pada waktu tersebut, org2 di Dungun tidaklah berapa menggemari cucu Tok Raja Lepang dan mereka bercadang hendak membunuhnya.
Perayaan menjala tersebut dilakukan di sebuah lubuk. Org org Dungun telah melontar lebih awal kayu kayu ke dalam lubuk. Apabila cucu Raja Lepang menebarkan jala, jalanya terlekat. Maka cucu Raja lepang ini cuba menyelam utk meleraikan jala, hanya kemudiannya ditebarkan jala ke atasnya, dan dilemparkan kayu supaya beliau mati. Berakhirlah era Tok Raja Lepang di Dungun.
Pada era Sultan Zainal Abidin 1 sekitar 1700*, 3 beradik dr minangkabau datang ke Terengganu. Seorg menetap di kuala Ibai , seorg lagi di kampung Laut , Kelantan dan yg terakhir di Dungun ( tidak diketahui namanya ).
Kuala Dungun Kuala Dungun
Yg menetap di Dungun tersebutlah yg mengasas Dungun dan perkampungan pertama yg dibina adalah di Kuala Dungun sekitar jalan Lim Teck Wan . Dikatakan nama Dungun diambil dr sebuah pokok dungun yg tumbuh besar di jalan Lim Teck Wan.
Mengikut kepada salah silah , keturunan minangkabau tersebut memerintah Dungun dan sehingga kini keturunannya masih berada di Dungun.
minangkabau – andak- amin – tambun – aman.
Di antara keturunannya yg paling dikenali di Dungun adalah Tok Tambun ( sbb itula jalan besar di kuala dungun di namakan Jalan Tambun ) . Tok Tambun di katakan seorg yg sgt berilmu dan adalah kenalan rapat kepada Sultan Zainal Abidin 3 , Haji Deraman Limbong dan Tok Ku Paloh ( Kampung Paloh ) .
Mengikut ceritanya, selepas Mat Kilau melarikan diri daripada pahang, beliau menetap di Pasir Raja dan kemudiannya menuntut dgn Tok Tambun. Kemudian Tok Tambun menghantarnya ke Kg. Paloh utk belajar pula dgn Tok Ku Paloh.
Keturunan Tok Tambun kini masih lagi berada di Dungun dan kebanyakkannya masih lagi menetap di kawasan sama . Aman iaitu anak kepada Tambun kini berusia dlm 90an dan masih lagi hidup sihat di Alor Tempoyak . Cucu cucu Tok Tambun kebanyakkannya adalah peniaga besar di daerah Dungun.
[Jawab Komen Ini]
john Reply:
December 30th, 2009 at 5:39 am
alor poyok bru g org wi name..
ngarut lake seme..
[Jawab Komen Ini]
5 September 2008 : 6:55 am
menarik juga cerita tentang Dungun nih
kenapa tidak ada kaitan dengan Pak Soh Kumpal yang terkenal di Dungun?
[Jawab Komen Ini]
john Reply:
December 30th, 2009 at 5:39 am
pok soh kumpal mu kerek2..
[Jawab Komen Ini]
9 October 2008 : 11:17 pm