Kategori | Pelajar

Tags |

Antara Cik Dan Puan

Tarikh: 18 July 2008 by mazudi

Hari Isnin baru ni adalah hari pendaftaran modul untuk pelajar pelajar lama kat politeknik sini. Untuk memudahkan proses pendaftaran tersebut, kami dikumpulkan di satu dewan, jadi pelajar lebih mudah untuk cari dan tandatangan pensyarah modul masing masing dibawah satu bumbung. Seperti biasa, pelajar akan mengisi borang pendaftaran modul mengikut modul yang diambil, nama pensyarah setiap modul dan tandatangan pensyarah tersebut. Ada sesuatu yang melucukan tentang status pensyarah perempuan, samada Cik atau Puan bila melihat pada borang pendaftaran.

Daftar Modul

Daftar Modul

Contoh nama pada satu borang:
Nama Pensyarah : Cik Aminah Bt Ali.

Aku : Err.. siapa pensyarah awak yang ni ni?

Student : Sana incik, Cik yang mengandung tu.

Aku: Ya Allah! Betul ker Cik Aminah ni mengandung?

Student : Betul incik, yang sana tu…

Aku : Boleh tolong saya tak. Awak gi siasat balik ngan Cik Aminah ni, confirmkan balik, dia ni Puan ker Cik?

Student : Sekejap yer incik.

Tiga Minit kemudian..

Student : Puan Incik.

Aku : haa… kan. Lain kali tulis betul betul. Nanti menimbulkan fitnah. Awak tau tak apa yg bezakan antara Cik dan Puan ni?

Student : hihihi…

Huh! tak tau la tu.

Dalam ramai ramai student tu, yang macam ni pun korang boleh jumpa tau.

Terdapat 7 Komen Untuk Artikel Ini

  1. Komen Dari achik:

    dah mengandung, lagi mau panggil cik.. apara..

    oh2 masa saya gi makmal, technician tu awal2 pesan yg lecturer yg jaga tu masih seorang cik [umur beliau dalam lewat 30an atau awal 40an].. ‘bahaya’ gak kalau panggil puan.. bab2 panggilan ni kadang2 sensitif skit.. huhu..

  2. Komen Dari BP:

    Habis kalau namanya memang cik macamana? Puan Cik Aminahlah ek. :D

  3. Komen Dari megat:

    kadang-kadang ia menjadi perkara sensitif bagi mereka yang tak dapat menerimanya tetapi kadang-kadang ia berlaku sebalinya.

    ada juga puan yang suka dipanggil cik eheh.

  4. Komen Dari penyubiru:

    mengalami masalah krisis identiti. hehe

  5. Komen Dari titan:

    haha. bahaya nih. cikgu2 aku dulu selalu marah aku…

  6. Komen Dari alone:

    huhu.. betul juga.. kadang2 bila lecturer yg dah berkahwin dipanggil cik.. ramai student ingat beliau masih single..

  7. Komen Dari mazudi:

    @achik
    Ada jugak orang yang bila umurnya macam tu dengan sendirinya declare dirinya “puan” walaupun tak kawen kawen.

    @penyubiru
    Aku rasa krisis identiti pun lagi la dia tak tau.

    @titan
    Kau pun ada buat camni jugak ker?

    @alone
    haha… yang ni pun masalah jugak ni, kan?
    Tak tau status.

Leave a Reply

 

HAPPY-O-Meter


BLOGGER

    Loading...

ADS

MESEJ

ADS

BLOG INFO

Ranking

  • Pagerank :3/10
    AlexaRank :1,190,688
    Technorati :262,934

  • Backlink

  • Google :32
    Yahoo :0
    AltaVista :956
    AllTheWeb :186
    AOL :0

  • RSS Subscriber

  • Feedburner :0

Statistik

  • Comment :763
    Post :580
    Hits :  2090

META