Kategori | InfoTech

Tags |

Siapa Yang Guna OpenID?

Tarikh: 20 July 2008 by mazudi

OpenID ialah satu perkhidmatan perkongsian identiti yang membolehkan pengguna internet log masuk ke beberapa website berbeza dengan menggunakan hanya satu identiti digital. Ini akan menghapuskan penggunaan username dan kata laluan yang berbeza untuk setiap laman web. OpenID adalah sepusat, percuma dan satu open standard yang membolehkan pengguna mengawal maklumat peribadi yang mereka berikan. Salah satu provider OpenID yang awal ialah JanRain.com melalui website mereka myOpenID.com.

Dengan menggunakan laman web yang membenarkan OpenID (OpenID-enabled), pengguna tidak perlu lagi menghafal item item tradisional seperti username dan kata laluan. Sebaliknya, mereka cuma perlu mendaftarkan satu saja OpenID sebagai langkah untuknya sign in.

Namun begitu, pada masa sekarang kepenggunaan OpenID masih lagi berada pada marginal technology. Biarpun telah banyak penyedia OpenID sejak kebelakangan ini, seperti AOL, Wordpress, Live Journal, Verisign, Blogger dan Yahoo!, namun bilangan tersebut seolah olah tidak memberi apa apa makna bila majoriti dari pengguna mereka tidak tahu pun yang mereka mempunyai OpenID. Tak ramai pengguna yang mempunyai OpenID ini menggunaka identity mereka tu untuk login ke mana mana site yang lain.

Masalah utama ialah kurangnya pengguna OpenID - site yang membolehkan anda log in menggunakan OpenID anda. Ini bermaksud, untuk mendapatkan OpenID tu satu benda yang mudah, namun nak gunakannya, tak tau kat mana.

Mengikut WebWorkerDaily.com ni, ada tiga sebab kenapa orang masih kurang menggunakan OpenID.

1. Kita tak perlukannya
Kebanyakan pengguna mempunyai kaedah yang lebih baik untuk menguruskan login masuk kesemua website. Software seperti 1Password, RoboForm atau lain lain pengurusan pasword yang built-in kat dalam browser mereka dapat berfungsi dengan baik. Aku pakai Roboform. Roboform dapat buat seberapa banyak unik username dan password. Walaupun ada beberapa kebarangkalian untuk dia gagal berfungsi, namun ianya dalam kawalan kita. Sebaliknya, OpenID tak banyak yang kita boleh kawal sekiranya ada berlaku kegagalan dalam berfungsi.

2. Kita tak boleh nak gunakanya.
Banyak website yang kita guna seharian masih tak support OpenID. Kalau banyak sangat website yang kita nak masuk tak boleh nak gunakan OpenID, lebih baik kita guna password-management software untuk semua site kalau cuma satu dua saja site yang boleh pakai OpenID.

3. Kepercayaan
Benda ni banyak dibincangkan kat mana mana blogosphere. Bagi aku, masih terdapat isu dimana sesetengah perlaksanaan OpenID yang dikhuatiri mudah untuk malicious site mencuri maklumat. Walaupun terdapat provider yang berusaha untuk menghalang perkara ni macam Verisign dan Vidoop, namun purata pengguna yang naif tak ada pengetahuan untuk melihat semua tu.

Tak tahu sampai mana keberterusan penggunaan OpenID ni akan berlaku. Namun kelebihan dia adalah untuk mereka yang selalu travel, mereka yang tidak menggunakan satu komputer yang sama. Namun berapa ramai sangat pengguna yang masuk dalam kategori ini.

Anda ada guna OpenID? Kat mana anda biasa pakai OpenID anda?

Terdapat 6 Komen Untuk Artikel Ini

  1. Komen Dari kita:

    ni first i dgr..memang tak pernah guna

  2. Komen Dari penyubiru:

    bende nie blum meluas lagi kegunaannya, tu pasal la banyak orang tak tahu. err..aku pun tak berapa tau gak.hehe..

  3. Komen Dari wear:

    rasernyer isu kepercayaan nih yg come first klo ckp psl openID neh..

    rmai org yg ader `identiti` yg berlainan tuk setiap website yg didaftar..

  4. Komen Dari syam:

    aku pernah guna open id masa nak tulis komen kat laman blogger yg lain. tapi tak berapa jelas tentang fungsinya dgn lebih lanjut

  5. Komen Dari titan:

    still prefer dgn blogger dan wordpress. open id tak best..

  6. Komen Dari mazudi:

    @kita
    Saya pun tak pernah guna. Artikel ni sekadar nak mendokumenkan yang OpenID ni wujud.

    @penyubiru
    Aku juga sikit jer info pasal benda ni. Apa lagi nak pakai. Mungkin juga sbb dia baru dan masih banyak limitation dalam penggunaannya.

    @wear
    Kepercayaan. Ramai yg tak konfiden dengan kebolehpercayaan provider.

    @syam
    Ya. Kat situ aku first time nampak penggunaan OpenID.

    @titan
    blogger dan wordpress pun ada OpenId jugak.

Leave a Reply

 

HAPPY-O-Meter


BLOGGER

    Loading...

ADS

MESEJ

ADS

BLOG INFO

Ranking

  • Pagerank :3/10
    AlexaRank :1,190,688
    Technorati :262,935

  • Backlink

  • Google :32
    Yahoo :0
    AltaVista :889
    AllTheWeb :184
    AOL :0

  • RSS Subscriber

  • Feedburner :0

Statistik

  • Comment :763
    Post :580
    Hits :  1485

META