Bookmark and Share

15
user

Lelong barang permainan
Dapatkan permainan berkualiti dari jenama yang terkenal. Harga boleh runding.

Silap Nombor la beb.

21 July 2008 | 9:51 pm  |   682 pembaca. Pengajar

Diawal awal semester macam ni bila kalian kena menguruskan pendaftaran modul untuk pelajar pelajar dibawah seliaan kalian, baru kalian akan tahu betapa jemunya untuk masukkan setiap satu subjek yang diambil oleh setiap pelajar kedalam sistem berkomputer itu. Itu belum lagi diambil kira dengan seribu satu kesilapan dan borang pendaftaran yang tidak diisi dengan lengkap oleh pelajar kalian. Sebagai langkah terakhir, ada masanya kalian terpaksa menggunakan telefon mudah alih kalian untuk menghubungi pelajar tersebut berdasarkan nombor telefon yang disertakan pada borang pendaftaran modul untuk membetulkan kesilapan pendaftaran.

PA : Hello. Assalamualaikum.

Dia : wa’alaikumsalam.

PA : Ini Shaikh Ali bin Syaikh Abd Rahman Ker? Awak ada ulang subjek Termodinamik 1kan?. Kelas mana awak masuk ni? Seksyen berapa?  Berapa kali mau saya pesan, tolong letakkan kat sini kelas dan seksyen, sekarang macam mana saya nak key in ni. Awak kat mana ni? Ada jadual tak? Tolong tengok kelas dan seksyen untuk subjek Termo awak ni.

Dia : Mintak maaf deh. Kito ni orang kapong jah ni. Tak dok nama Syaid Syaid. Kita dok dalang kebung getah ni. Tengoh noreh getoh.

PA : ohh… ini bukan pelajar politeknik ker?

Dia : Dok’eh. Kito orang kapong jah.

… dan kat sini, aku membawa watak sebagai PA, yang membawa maksud Penasihat Akademik.


, .

Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan

» Pesakit luar
» Warganegara
» Tokan tikam-tikam dari pekan Pulai Chondong yang terbakar
» Kenapa Perlu Cari Salah
» Hadiah Angah

Imej Imej Rawak

 

18 Komen untuk “Silap Nombor la beb.”

  1. wear:

    mgkn kena laksanakan register subjek secara online…
    lebih praktikal…

    [Jawab Komen Ini]

  2. mazudi:

    @wear
    Mungkin. Tapi kat sini ada limitationnya bila ada sesetengah pelajar yang mengulang balik subjek dan perlu cari pensyarah dan buat jadual sendiri, sedangkan kita ada bilangan pensyarah yg terhad dan tak dapat nak serve permintaan subjek yg dikehendaki olh pelajr. So, mungkin nanti bila bilangan pensyarah dah mencukupi utk setiap subjek dan nisbah pensyarah:pelajar yg betul, sistem online boleh dilaksanakan.

    [Jawab Komen Ini]

  3. megat:

    ohoh salah nombor kah!?

    mungkin ada langkah terbaik untuk uruskan semuanya dengan lebih tersusun tapi bergantung kepada bilangan tenaga pengajar juga.

    [Jawab Komen Ini]

  4. penyubiru:

    haha..camno bleh tersalah nombor sampai ke kelate nun. haha.. tapi kan , penoreh getah la ni pun pakai handphone tu. kira zaman dah berubah,dunia dah maju la nie.

    [Jawab Komen Ini]

  5. chot:

    berhati2…jgn pisang berbuah 2 kali..hehe

    [Jawab Komen Ini]

  6. kita:

    ayat yg last komen dari penyubiru tu ayat iklan lerrr..tapi aku tak suka

    [Jawab Komen Ini]

  7. ad3ck:

    sedangkan ku pelajar pong pernah terlupa lecturer, inikan pule cikgu kepade anak2 muridnye ehehehe.

    [Jawab Komen Ini]

  8. Miey:

    kesian ko kn kene cam tu

    hahahhaa

    tapi kn skg suma on9 mana ada cal2 dah kalau x letak kira cancel

    [Jawab Komen Ini]

  9. zwitterion:

    heh..teringat dulu2 masa ambik subjek Termo masa kat u..penat la en mazudi kena contact students kalau macam ini..

    [Jawab Komen Ini]

  10. roshaizul:

    huhuhuhuhuh, mungkin juga budak itu sudah berhenti dan menoreh getah

    [Jawab Komen Ini]

  11. Afzai Afandi:

    selepas tersalah nombor…dapat ker contact orang yang dikehendaki :)

    [Jawab Komen Ini]

  12. aTiQah:

    Dia bagi nombor tepon ayah dia ke apa? Haih.

    [Jawab Komen Ini]

  13. debik:

    Hahahahh… yang ko lak gi terjah je apasal?? mujur la tak kena maki dgn penoreh tuh…. mcm2 la ko ni.. Tapi PA aku kat UTM ni tak berfungsi mcm ko pun… rilek je… baik mcm takyah ada PA rasanya…

    [Jawab Komen Ini]

  14. wanhameryzaimi:

    aku rasa budak poli tu gadai handphone dia kat pakcik tu..tak dop duit nak byr yuran poli..zaman sekarang org kaya yg toreh getah…org kg aku pakai avanza pergi toreh getah..

    [Jawab Komen Ini]

  15. Mohd Ismail:

    ha ha.. pnya la panjang lebar ko cakap.. leh diam plak org belah sana.. ha ha =)

    *oh termodinamik*

    [Jawab Komen Ini]

  16. dis:

    hai en mazudi..salam..
    en mazudi mengajar di poli dungun ke?
    cousin sy ada mengajar di situ bersama wife skali…tak ingt jabatan mana..

    [Jawab Komen Ini]

  17. dis:

    en mazudi mengajar di poli dungun ke?
    my cousin n wife ada gak mengajar situ..

    [Jawab Komen Ini]

  18. Metz:

    Wakakakaka…..

    incik… ini macam la…

    ini ***tut****bin***tut** ke ??

    Lepas dia jawap baru TEMBAK dia terus bg headshot

    wakakakakakaakakakak :) )

    [Jawab Komen Ini]

Maklumbalas...

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




Creative Commons License   1472   717  239370
©® 2004 - 2010 www.mazudi.com | 199 queries. 0.368 seconds