+ mazudi≈dah lagu tu nak buat lagu mana » Blog Archive » Musim Buah Pauh Gatal



Bookmark and Share


Twitter » 

Musim Buah Pauh Gatal

29 July 2008

Sekarang ni dah tiba musim buah. Kat pekan Dungun tu aku tengok, kat area CIMB bank tu ada banyak buahan tempatan yang dijual, walaupun majoritinya buah durian, tapi buah buah lain pun ada juga. Kat opis yang berhawa dingin tu pun lately ni diserikan dengan pewangi berperisa durian. Ini bukan nak bercerita pasal durian, tapi nak cerita pasal buah yang lain, pauh gatal.

Pada masa aku sekolah rendah dulu, kami berjalan kaki ke sekolah yang jaraknya dalam lima kilometer lebih. Bila tiba masa lepas menuai padi, sawah tidak lagi becak, kami menyusuri batas batas sawah sebagai jalan pintas ke sekolah. Jimat dalam dua kilometer. Kalau sekolah pagi masih tak boleh nak pakai jalan kat sawah ni sebab embun banyak, nanti sampai sekolah habis semua kasut basah, jadi kalau time balik atau sekolah petang boleh la.

Dipertengahan sawah padi yang luasnya saujana mata memandang tu, ada satu pokok pauh gatal. (Mungkin tempat kalian ada nama lain kot, sejenis mangga yang bersaiz kecil, masam tapi bila masak ada la sikit sikit manisnya). Pokok ni besar dan rendang. Selalu jadi tempat perhentian kami bila balik sekolah waktu tengahari. Suasana kat situ agak nyaman dengan udara yang bersih kat tengah tengah sawah tu serta pemandangannya yang luas. Kat sebelah depan sana kampung kami, kat sebelah belakangnya Pulai Chondong.

Tempat perteduhan kami ini akan jadi meriah setiap setahun sekali bila tiba musim buah macam sekarang. Pokok pauh gatal tu akan berbuah dengan lebat dan mengugurkan buahnya bila dah masak. Maka pada masa tersebut akan ramailah orang orang dari kampung kami dan kampung yang bertentangan tu datang untuk mengutip buah buah pauh yang gugur.

Ada tiga fasa masa jumlah kehadiran orang orang kampung kat situ. Peringkat awal dimana buah tu baru start masak, tak banyak lagi buah buah yang gugur. Fasa kedua bila tiba masa klimaks buah buah tersebut masak dan menggugurkan buahnya, dan fasa ketiga bila buah dah semakin habis.

Fasa masa pertama, tidak raami orang yang tahu tentang situasi buah mangga masak kat situ. Kebanyakan masa bila kami singgah dan rehat kat situ dalam fasa masa ini, kami akan dapat makan mangga dengan puas sampai gigipun rasa macam tajam.

Kebanyakan cerita cerita yang menarik berlaku pada fasa masa kedua buah gugur. Dari hari ke hari bila buah tu dah semakin banyak yang gugur, penduduk setempatpun semakin ramai yang berada kat bawah pokok tersebut. Ramai juga dikalangan kawan kawan aku hingga sekarang ni yang perkenalan pertama kami bermula disitu. Semua yang datang tujuannya cuma satu, untuk mengumpul sebanyak mungkin buah pauh gatal tersebut. Ini bermakna, setiap orang kena berebut rebut dan sensitif terhadap sebarang bunyi yang berkemungkinan berasal dari buah pauh yang gugur.

Disebabkan keadaan yang berebut rebut tu, maka ada satu masa bila rasa tidak puas hati timbul, pergaduhan berlaku. Mulanya ia melibatkan dua individu tersebut sahaja, tapi disebabkan ini perebutan antara dua individu dari dua kampung yang berbeza, jadi mereka yang lain dari kampung yang sama menyokong pula individu dari kampung mereka, akhirnya ia menjadi perbalahan peringkat kampung. Penduduk dari kampung sebelah yang jaraknya lebih dekat dengan pokok tersebut telah menguasai tempat tersebut, sehinggalah aku nak lalu nak pergi sekolah pun dah tak boleh lalu ikut tempat tu macam biasa.

Bila masuk fasa ketiga buah mangga gugur, manusia dah semakin berkurangan kat tempat tu. Bila buah dah mula habis, tempat tu akan jadi lebut macam gelanggang silat yang kena tinggal. Namun kami, macam biasa, akan singgah kat situ untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan kami yang separuh lagi untuk sampai rumah.

Pokok mangga tersebut masih ada hingga sekarang, tapi persekitarannya tak lagi macam dulu kerana sawah orang dah tak kerjakan lagi. Ada sesuatu pada perasaan aku bila melihat kembali pokok mangga tersebut dari jauh sekali sekala bila aku balik kampung. Dia masih lagi berdiri teguh disitu, biarpun tak serendang dulu, sedangkan manusia lain yang pernah berteduh dibawahnya ramai yang sudah tiada. Rasanya hitungan hari kehidupan mendatang antara aku dan dia, jumlahnya akan dimenangi oleh dia.

* Panjang entri ni. Tahniah untuk sapa sapa yang habis membaca tanpa skip mana mana ayat.

** Jumlah ahli keluarga aku mungkin akan bertambah bila entri ini dipublish atau esok. Isteri insya allah akan melahirkan seorang lagi insan.

*** Ketahui jenis jenis durian diblog rakan sekerja.

Artikel Yang Berkaitan

  » Moral Dari Lawak
  » Cari Rumah Sewa di Dungun.
  » Gurah
  » Atuk Ayah
  » Call And Locate
  » Crowne Plaza Riverside
  » Prasarana
  » Go Fishing

 

2 Komen untuk “Musim Buah Pauh Gatal”

  1. wanhameryzaimi:

    aku rasa buah pauh gatal tu sama dengan pauh ringan kot… makan dengan asam masin yg kaler merah best tu….teringat zaman sekolah rendah..

  2. roshaizul:

    buah pauh pun boleh jadi gaduh.

    “lebut” tu apa ek?

Ada apa apa komen ke?

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


« Baby girl baru ku  |   Kelisa kat bengkel welding »