Bookmark and Share

14
user

Lelong barang permainan
Dapatkan permainan berkualiti dari jenama yang terkenal. Harga boleh runding.

  Arkib : August 2008

Perkongsian Ilmu : Dimana kita berdiri.

25 August 2008 | 10:48 pm   405 pembaca     InfoTech    6 Komen

Satu masa dulu diera 1980 yang mana masih ramai antara senior senior kita yang cuma tahu komputer dengan namanya sahaja, Bill Gate telah menulis satu buku. Lupa nama buku tersebut dan malas nak gi cari kat dalam bilik. Aku ingat antara tulisannya, “Satu masa nanti kita boleh mencapai semua maklumat yang kita mahu mengikut kehendak kita, bila kita nak, apa tujuan kita nak dapatkan maklumat tersebut.” Dia bagi contoh, kita boleh menonton cerita dari TV pada bila bila masa yang kita nak. Kita boleh dengar muzik yang kita suka dari ribu ribu pilihan muzik yang ada. Kita boleh tahu cuaca pada bila bila masa untuk kita rancang sesuatu, semua maklumat tersebut akan sentiasa boleh dicapai dengan mudah. Itu impian Bill Gate 30 tahun yang dulu.  Perkongsian Ilmu : Dimana kita berdiri. [...]

SEO Cheat Sheet

23 August 2008 | 7:45 am   425 pembaca     InfoTech    6 Komen

Jumpa cheat sheet ni dari banyak banyak document yang ada kat dalam satu pen drive. Nak buang, tapi pikir balik ada baiknya juga untuk share kat sini. Document asal dalam format pdf dari SeoMoz.org. Terdiri dari beberapa segment yang kalian boleh lihat dan rujuk untuk tingkatkan kadar carian di search engine.
 SEO Cheat Sheet [...]

Tujuh Hari

22 August 2008 | 2:41 am   787 pembaca     Keluarga    6 Komen

Hari Selasa hari tu buat sikit kenduri kat kampung di Kelantan. Mereka panggil kenduri bercukur. Mak aku cakap adalah lebih afdal kalau buat majlis ni pada hari ketujuh selepas dilahirkan, tapi disebabkan sekolah masih belum cuti, jadi tak dapat la aku nak balik kampung. Ada beberapa prosedur yang lain yang agak menarik untuk dipaparkan sebelum dan semasa majlis bercukur tu dijalankan pada waktu tengah hari.
 Tujuh Hari [...]

Nasi Dagang Dungun, Terengganu

11 August 2008 | 7:30 am   3193 pembaca     Kehidupan    23 Komen

Kalau kalian datang ke Terengganu, menjadi satu kewajipan untuk kalian merasa nasi dagang Terengganu.  Biasanya nasi dagang ni dihidangkan sebagai sarapan pagi kat sini. kebanyakan warung dan kedai makan kat Dungun ni, bila kalian masuk untuk bersarapan, akan ada nasi dagang yang dibungkus dengan menggunakan daun pisang.  Satu keunikan yang ada padanya disamping menggunakan gulai ikan tongkol sebagai lauknya serta ditambah dengan acar timun. Harganya dikala semua harga barang naik ni secara puratanya ialah RM2.50.
 Nasi Dagang Dungun, Terengganu [...]

Gerhana Matahari 1hb Ogos 2008

10 August 2008 | 1:20 am   1030 pembaca     Kehidupan    9 Komen

Kalian pernah merasa suasana gerhana matahari tak? First time aku merasai suasana gerhana matahari ialah pada tahun 1978 kalau tak silap. Kecik lagi, ingat ingat lupa. Tapi ingat suasana dia. Masa tu aku selalu main main kat sawah, dan suasana bila gerhana tu tiba agak mendung sedikit. Agak lama jugak gerhana matahari kali tu. Ingat lagi bagaimana kami tengok matahari pakai kaca botol pecah, sebab TV pesan jangan tengok matahari secara direct.
 Gerhana Matahari 1hb Ogos 2008 [...]

Rapidshare Link Checker Untuk Firefox

7 August 2008 | 8:42 pm   1045 pembaca     InfoTech    6 Komen

Pernah tak dalam satu satu masa yang kalian boring dan nak download movie. Bila kalian google, maka akan keluar senarai panjang link untuk download movie tersebut dari rapidshare. Bila kalian copy dan paste link link tersebut, keboringan kalian akan berganda kerana kalian dapati file file tersebut telah tiada dari rapidshare. Kat sini ada satu script yang digunakan untuk GreaseMonkey (Firefox Add-onn) yang akan menghapuskan keboringan kedua anda. Sori ya pengguna IE, kalian kena bertukar ke Firefox dulu untuk menggunakan aplikasi ini.
 Rapidshare Link Checker Untuk Firefox [...]

“Dynamic Feed” Dari Google Feed API

4 August 2008 | 5:03 am   472 pembaca     Coding    6 Komen

Sebelum ni aku ada try buat blogroll widget dengan menggunakan Google AJAX API, dan nampaknya ia sesuatu yang menarik. Tiggal lagi aku tak dapat nak susun setiap feed dari Google tu mengikut tarikh kemaskini terkini setiap blogger. Google ada menyediakan satu lagi kemudahan dalam Google Code nya yang bertujuan untuk embed pada website dan memaparkan feed terkini yang dipanggil “Dynamic Feed
 “Dynamic Feed” Dari Google Feed API [...]

Terima Kasih Hospital Dungun

3 August 2008 | 7:21 am   906 pembaca     Keluarga    12 Komen

Telah banyak aku dengar cerita cerita yang kurang menyenangkan bila bawa isteri untuk bersalin dihospital kerajaan. Lebih lebih lagi bila hospital daerah yang kecil seperti di Dungun ini. Sebelum kami berpindah ke sini, ibu bersalin di KK. Hospital kat sana besar dan agak tidak adil kalau nak banding dengan hospital daerah seperti Dungun. Jadi, expectation kami hanyalah untuk menerima layanan yang paling minima berbanding sejarah sebelum ini dihospital yang lebih besar.
 Terima Kasih Hospital Dungun [...]

Apa Plugin Terbaik Untuk Lawan Spam?

2 August 2008 | 11:27 am   380 pembaca     Blogging    9 Komen

Baru baru ni aku pakai Defensio plugin sebagai anti spam untuk blog ini. Tapi sesuatu yang pelik berlaku bila banyak komen yang bukan spam dia declare sebagai spam. At first, it is ok since aku boleh despam balik bila masuk kat area defensio tu. Selepas beberapa ketika, dia jadi lebih pelik, makin banyak pulak komen yang betul dia masuk kespam. So, aku tukar balik ke Akismet yang telah diupdate ke versi terkini.
 Apa Plugin Terbaik Untuk Lawan Spam? [...]

1 /1 ::1


Creative Commons License   1374   708  129910
©® 2004 - 2010 www.mazudi.com | 147 queries. 0.346 seconds